Friday, January 11, 2013

Tentang Perasaan

"Bila saya memberi reaksi tidak berperasaan bukan bermakna saya tidak mempunyai hati. Itu tandanya saya mengawal emosi saya" -ain, 2013-

Haha.

Azam tahun baru (yela, orang berazam kau nak berazam. Lepas tu azam jadi asam) nak belajar menyorokkan emosi marah. Sorok je ye. Bukan tak nak marah. Rasanya untuk tak nak marah tu lagi susah. Sama macam nak kurus dengan berlagak kurus dengan pakai baju ketat. Eh. Macam tersasar benar personafikasi ni.

Dulu ada ustaz tu cakap kalau kita marah dengan orang pastu kita sumpah seranah kaw kaw habis segala perkataan dalam dunia ni kita sampahkan DALAM HATI tak berdosa. Berdosa bila kita tuturkan segala mak nenek babi tu dekat orang yang kita marah baru berdosa. Eh. Saya bukan sedang marah. Saya bagi penjelasan tanpa berlapik ni.

So disebabkan saya ni cepat sungguh marah terutama bila ada manusia yang sedang pandu Perodua Kancil warna biru masuk lane sy bila sy tengah speed dan manusia tu bukan jenis faham bahasa nak tekan minyak, instead of menyumpah manusia tu saya akan nyanyi secara tiba-tiba. Oh ye. Perodua kancil warna biru jangan perasan pulak sebab saya bagi contoh je. Kenapa kancil? Adalah kerana dia lagi kecik dari kereta saya. Bila yang lagi besar buat salah saya tak menyumpah sebaliknya saya terhina. Gua tahu la baby gua kecik. Begitulah rintihan saya.

So drivers yang berpengalaman. Be nice untuk orang tak-reti-sangat-drive ni.

posted from Bloggeroid

4 comments:

Time kasih sebab komen!