Oh, bukan apa, cuma malas sekali jari-jari ini mau menekan-nekan keyboardnya. Secara tiba-tiba terloghat Indonesia. Since, dah berjaya menonton dua filem Indonesia. Persetankan sinetron yang TV3 dan TV9 tayang. Dahlah tahyul, luar logik akal pulak tu. Kadang-kadang (nampak sangat la pernah tonton) rasa nak tampo je penulis skrip. Scene yang paling menyampah bila,
Lokasi : Di kantor
A : Pembunuh! Kamu telah membunuh bapakku.
B : Ngomong apa sih kamu?
A : Aku akan bicara sama polisi
Tidak lama kemudian, bapak-bapak polisi tiba.
A : Ini pak pembunuhnya. Penjara in dia pak.
B : Bukan saya pak. Bukan (sambil dibawa pergi oleh bapak polisi)
Kemudian A ketawa terbahak-bahak
A : Rasakan kamu! Seluruh kekayaan kini sudah jadi milik aku. Hahaha
Serius, sakit hati.
Itu sinetron. Ini filem.
PBS berdiri untuk perempuan berkalong serban dan HSL pula buat hafalan solat delisa. (Cantik pulak nama Delisa ni). PBS ni actually filem lama cuma I je baru tengok. Eleh, filem P.Ramlee lagi lama ye. Both filem ni adaptasi dari novel. Dua-dua pun sedap (tak boleh makan). I mean, bukan filem yang fail, yang tak ada apa-apa atau sekadar menaikkan nafsu marah penonton. So, cadangan saya adalah anda patut menontonnya.
Revalina comel gila dalam cite ni
Kat sini comel juga..........
Delisa bilang sama umminya "Delisa cinta ummi kerana Allah". Siapa yang tak jatuh cinta dengan watak Delisa tu mungkin kena rendam garam dulu.
Semua (yang pernah ditonton je) filem islamik dan adaptasi dari novel Indonesia bagus-bagus sekali. Contoh paling glamour Ayat-ayat cinta. Jauh panggang dari api kalau dibandingkan dengan adaptasi Ombak Rindu. Memang berombak rasa menyampah bila tengok filem tu. No offense for those kipas-tak-mati-mati filem tu. It just, so fail. Tapi mungkin tak balance kalau buat perbandingan sebab genre berbeza. Tapi,
Ok fine.
No comments:
Post a Comment
Time kasih sebab komen!