Alah balik pon sama. 2 kali mencik! (read. alah=on the way)
Tapi seronok jugak walau terpaksa sedut karbon monoksida yang dilepaskan oleh ekzoz-ekzoz yang sungguh tidak berhati itu.
Oh ya, tajuk agak panjang yang mana sama dengan mengucap panjang I bila ada mak cik tu secara sukarelanya telah menilik I. haaaa..free pulak tu. Terima kasih makcik.
Percayalah! Gambar ni takde kaitan langsung! =)
Mak cik yang diceritakan di atas adalah seorang perempuan yang datang ke arah bus stop bersama-sama beberapa orang sahabatnya (agaknye lerr) dengan beberapa bijik luggage. Situasi itu, saya terjemahkan sebagai "orang yang baru sampai dari mana-mana destinasi dengan bus".
Yes! Betul. (rasa nak sepak tak?)
Kemudiaannya, seorang teruna (yang akan dikecewakan oleh mak cik tersebut) yang turut datang bersama mereka menyapa saya.
"Adik, kakak, nak pegi kl naik bus apa?"
"errr...bus?..errr" (senyum adalah perkara yang boleh dibuat ketika ini)
Selepas tamat sesi soal menyoal (tanya lagi orang tak tahu apa-apa ni kan), teruna tersebut mula la memulakan aksi mengayat beliau. Disebabkan kebosanan menunggu bus yang mungkin besok akan tiba, saya pun melayan la segala macam soalan teruna tersebut. Perempuan gatal memang macam ni. hahaha..=)
Elok je sang teruna...
"nak kenal-kenal boleh ke"
"nombor telefon berapa"
Adik-adik, itu adalah ayat standard para lelaki yang mahu mendapatkan nombor ambulans. Ces..
Mujurlah ketika ini mak cik terbabit muncul lalu memeluk saya. Errr, mak cik, saya..(dalam hati jek)
"Mok cik tengok adik ni come. Lembut. Mok cik tengok mok cik. Ore dio lembut. Kecek dok banyok tapi sekali dio ghoyak, siap."
Ok mak cik. Terima kasih kerana menyelamatkan saya!
Berlalu pergilah sang teruna itu...
hahaha..ntah2 die kenal x teruna tu mcm mana....hahah
ReplyDeletehaha engat dale novel jah ado ore tulong g2
ReplyDeletetsya: maybe..haha
ReplyDeletecik yat: novel 2 kdg2 ad jgak mcm realiti kan..hehehe..lm dok napok awok!=p