Monday, January 20, 2020

Tips untuk shopping di Ho Chi Minh, Vietnam tanpa ikut trip

Assalamualaikum

Saya rasa hampir semua perempuan teringin nak jejak kaki ke Ho Chi Minh(HCM). Yelah, asyik dengar je orang bercerita yang best sangat shopping kat sana. Barang murah! Ha... terujalah tu. Okay saya akan kongsi sikit(nak lebih kena bayar) tips dan pengalaman saya shopping dan berjalan-jalan di HCM tanpa ikut trip.

Percayalah senang sangat nak shopping dan jalan kat sana walau tak ada guide dan tak ikut trip sebab bandar HCM yang bahagian untuk shopping tu small saja. Tapi awas 10K boleh habis. Just kena berani, banyakkan membaca dan insyaallah Allah jaga.

Islamik betul posting ni. Haha!

HOTEL

Hotel banyakkkk gila kat sana sebab kawasan tourist. Bukan Malaysian je, mat salleh pun ramai. So kalau nak cari jodoh mat salleh boleh ke HCM je tak perlu jauh sangat. Tiket flight murah sikit kan. Okay okay fokus pada cerita hotel. Hotel sangat digalakkan cari di kawasan MALAYSIAN STREET sebab halal restaurant banyak gila kat sini dan lepas shopping boleh baling je barang-barang masuk hotel room dan sambung shopping. Haha.

Betul tak tipu.

Kalau nak book online, cari hotel yang 500 meter ke bawah jarak dia dari Pasar Ben Thanh. Ini tips kena percaya okay! Kalau lebih, memang jauh sikit jalan.

Macam kami tersilap sifir dan booked yang jauh dari pasar. Ha, merasalah walkathon setiap hari.

Here saya share few hotels yang korang boleh duduk.Confirm dekat gila namatey!





KEDAI MAKAN TUU NAMPAK? JANGAN RISAU LAPAR K.



TRANSPORTATION

Dek kerana kami tak ikut trip, kami guna kaki je tau berjalan kat sana dengan harapan turun 10kg bila balik Malaysia tapi nan hadooooo. Tapi dari airport kami naik bas la. Murah je RM3.60 sorang. Dalam bas ada wifi boleh selfie dan check in.

Haha.

Oh ya, bas ni senang je nak cari sebab airport sini kecil so dekat pintu keluar tu memang banyak bas, so naik lah yang ke Pasar Ben Thanh.

Sampai je pasar kami guna google maps berjalan kaki untuk cari hotel. Dan memang kami guna google maps juga masa hari ke 3 masa nak jalan ke Independence Palace, Notre Dome Cathedral dan Central Post Office. Terasa pro gilak okay, so setiap penjuru HCM i tahu jangan kencing i!

HCM ni panas juga tapi bila berjalan tu lalu di tepi building dan bawah pokok, so bearable dan kami just enjoy the walk. Seronok tau berjalan sebab dapat tengok culture dan rasa dekat dengan tempat tu. Sentimental gituuu.

FIRST AID

Mesti pelik kan tetiba ada first aid pulak. Saja la nak bagi havoc sikit. Since Vietnam ni panas dan kita akan berjalan, dah nama pun melancong kan? so banyak energy guna. Jadi lepas sarapan tu ambil any supplement macam Vitamin C, multivitamin ke or senang beli Redoxon or Berocca barulah bertenaga like Tun M!

Tahu tak HCM ada 7 million motosikal? Memang terkejut sangat tengok sebab banyakkkkkk dan tak putus-putus. Seram oi nak lintas jalan. So, pakai mask! Orang kat sana pun pakai tau jadi kita ni jangan berangan kebal sangat.

TEMPAT WAJIB PERGI

Tak pergi tempat ni kau jangan cakap kau pergi HCM eh, jentik baru tau. Okay first yang paling cliche adalah Pasar Ben Thanh. Kami pun terus tuju pasar ni je first day sampai. Teruja oiii nak tengok pasar tu jual apa(perempuan kan, itulah yang difikirnya). Time ni dah excited dah mesti tudung dia murah nak gila. Dah terbayang nak borong. Kain pasang mesti banyakkkk. Tak pandang la pasar siti khadijah tuu.

Tak ada pun!

Ahhh sudahh. Habis tu orang yang dah datang tu shopping katneeeee? =(

Kami memang tak jalan 100% cover pasar tu tapi almost la. Kain pasang, handbag, kasut, dry food dan lace ada. Tapi mahal. Macam kasut or handbag tu copy ori so ratus la. I mana pakai benda copy ori!

Handbag dengan kasut saya semua original takde jenama. Haha. Saya ni kedekut tau, so saya tak beli beg berjenama tu. Beg Rm30 je den pakai!=)

PASAR BEN THANH

Dek kecewa, kami keluar la dari pasar dan google maps ke kawasan Malaysian Street untuk makan.


MEE PHO. Sedap! Kuah dia rasa taugeh2 gitu.


Ayam goreng kunyit


Vietnamese spring roll. Tak sedap lah sebab tawar.


Nasi goreng ayam


 LUNCH HARI KE 3. SEDAP!

Dah kenyang kami wandering la sekitar Malaysian Street tu. Ha, kat sinilah kami jumpa kedai jual telekung tipu "nak, mak teringin pakai telekung Siti Khadijah" kain pasang, kurung cotton, kain lace, shawl dan bawal Naelofar, Ariani, Duck dan Bokitta.

Actually i was looking for non branded tudung tapi tak ado. Sebab saya aim untuk beli tudung ikan bawal yang printed tu. Kat Malaysia tudung gitu RM25 paling murah. Tapi rupanya kat sini jual tudung yang guna brand tu.


CARI SIZE BAJU KURUNG COTTON

Malaysian Street ni pendek je dan kiri kanan padat. Jadi sepanjang jalan ni boleh nampak kedai yang jual tudung, kain, baju kurung cotton, telekung and macam-macam lagi lagi.

Believe me korang boleh gila nak membeli! Kalau baju kurung cotton tu 3 pasang dapat la RM100. Saya dan geng confirmlah beli kan. And review jujur dari saya, kualiti dia not bad. Lepas basuh kain tak kecut pun. Hehe.

Kalau korang jenis kerja yang office wear tu elok sangat borong untuk 5 tahun. Kah!

Korang WAJIB CUBA kopi vietnam. Masyaallah sedap sangat tau. Nak cari senang je sebab sepanjang jalan tu memang ada orang jual.

Vietnam adalah pengeluar kopi terbesar selepas Brazil tau. Once korang dah rasa kopi Vietnam ni, Starbuck tu eleehhhhh HAHAHA



Bagi saya, makan di Ho Chi Minh sedap jugak. Boleh diterima tekak Melayu.

Lepas habis shopping siang hari, kami bawak ke malam pula. Hihiks. Pasar malam Ben Thanh ni di kawasan Malaysian Street juga. Waktu malam ni peniaga-peniaga dah mula dah bawak keluar meja dan bentang guni-guni buat letak barang jualan diorang.

Meriah memang meriah. Duit pun gembira je bertukar tangan. Kitorang habis buat beli tudung ja. Haha.

Sebab tudung murah je RM10. Ini yang kengkonon jenama naelofar la, ariani la, duck la, bokitta la. Yang kain elok-elok je kami beli. 

Memang lambak-lambak cam tu je. Bila ada penguatkuasa datang, lajuuuu diorang tarik semua masuk kedai macam tiada apa-apa berlaku. Mula tu terkejut kitorang ingat kan apa la jadi. Kot perang! Woi tak nak la dekat negara orang tu.



Tak kan la shopping je kan? Okay biasanya kalau ke HCM ni, orang akan spend 1 hari untuk teroka tempat-tempat "wajib pelancong ni"

Untuk 1 day trip ni, kami book masa kat Malaysia lagi. Maaf tak ingat dah details. 

Seronok juga sebab jalan-jalan tempat orang kan. Dari bandar HCM nak ke Sungai Mekong tu, kami naik bas. Kira campur la dengan tourist lain. Bila sampai Sungai Mekong tu, kitorang naik bot dan terus di bawa ke 1 pulau kecil, tempat diorang buat coconut candy, tempat ternak lebah, tempat makan tengah hari, ada sempat naik kereta kuda, tempat diorang jual beg kulit dan 1 tempat tu kitorang lepak jap dengar orang Vietnam nyanyi lagu Rasa Sayang sambil kita makan buah.

Alah buah sikit je tak sempat lekat celah gigi. Haha!


Sebelum sampai tempat naik bot akan singgah tempat yang mereka buat demo buat kopi, dan of course jual HAHAHA. Serius sedappppp sangat kopi Vietnam. Sampai beli la 1 peket tapi bila balik Malaysia kenapa rasa tak sama? Huwaaaa.....

Sebijik tiru cara dia buat. Tapi mungkin sebab susu yang kita guna kot.

Okay move on la....



Yang paling seronok sekali, last aktiviti adalah naik sampan menyelusuri(gituuu bahasa sis) macam parit pun ada. Yang ni kena bagi tips kat pendayung tu. Tapi kann.... meh nak membawang jap, pendayung ada 2 orang tau, belakang dan depan. Hari tu kami bagi kat seorang je ingat diorang share la kan?

Sekali takkk HAHAHAHA. Acik kat depan mintak bahagian dia siap mintak berapa hengget lagi. Haha. Tapi tak apalah, bagi je. Mereka dah tolong dayung tu okay la tu. Nasib diorang tak tolak kau masuk parit je.


Best naik ni. Hahaha. Perangai sangat padahal orang kampung je.
Ehhh kampung kita tak ada ni ada swah padi je haha!

Wanita kesayangan ni! Seronok dia beli topi tu hahaha. On the way balik ke bandar, bas akan stop few tempat.
 Yang ni tak silap tempat jual kain.


Hari seterusnya kami jalan sendiri je sekitar HCM tu cari Independence Palace, Notre Dame dan Central Post Office. Semua ni kami jalan kaki je dari hotel. Jauh tak jauh la. Dan guna google maps. 




For me, semua tempat ni lebih kepada untuk bergambar dan tengok-tengok je tapi seronok la. Yela dah jalan jauh kenalah semangat tinggi. Haha. 

Personally, Vietnam sangat best untuk shopping tudung/shawl tapi kena pilih-pilih yang kain sedap pakai juga, kain telekung, baju cotton dan kain lace. Memang murah sangat lace dia. Ada pendapat yang cakap kain lace ni Bandung lebih banyak pilihan dan kualiti. Betul tapi bagi orang kedekut macam saya ni beli di Vietnam pun okay sangat, alah orang perempuan pakai 2 3 kali dah bosan kan?


Senang je kalau nak berjalan-jalan kat Vietnam ni kalau tak ikut trip pun. Nak shopping pun boleh sangat. Orang kata beg beranak-anak la masa nak balik tu.

Insyaallah, Ho Chi Minh nanti kita jumpa lagi ya. Shopping la! HAHA


Thank you sudi baca =)