BRO DIN : Review tempat makan Western sedap nak datang lagi
Assalamualaikum dan helo! Hujung-hujung tahun ni sempena cuti banyak (habiskan annual leave korang tu) dan duit banyak (habiskan duit yang ada sebab tahun 2017 duit baru. Miahaha) sis nak share tempat makan yang berbaloi untuk korang leburkan laburkan duit dan kenyang. Tapi ini khusus untuk mereka yang nak cari tempat makan dekat Kelantan tau, kalau korang dari KL pun boleh kalau tiket kapal terbang Abang Tony seringgit pergi balik. Miahaha. Okay, Restoran (kot?) Bro Din ni terletak dalam daerah Ketereh, yakni kampung sis. Ehem, bila ada tempat makan western ni sis rasa kampung sis dah naik taraf ke kota metropolitan. Erm, yup, sound very cool, eh, terbahasa omputis pula. =) Bro Din ni baru setahun jagung tapi masakan dia tak mentah macam jagung mentah. Bagi yang kaki air kuat minum air atau jenis makan lepak berejam. korang boleh order minuman saiz baldi yakni saiz besar. Kalau ikut anggaran normal saiz "baldi" tu boleh minum 3 ke 4 orang. Jimatlah s...