Tuesday, December 19, 2017

Betul ke Safiey Ilias menipu?

Hi Assalamualaikum

Semalam saya terbaca satu kisah viral yang dikongsi oleh salah seorang teman facebook saya. Tajuk posting tu memang berbaur gosip. Haruslah klik "read more" =) , dasar makcik bawang kan...

Kahkah.

Siapa je yang tak kenal Safiey Ilias ni kan? Before this terkenal dengan kisah jutawan di umur 19 (terus menangisi nasib yang hutang ptptn pun tak habis bayar), lepas tu kisah dia yang bertukar jantina, (macam tukar baju ye kau) lepas tu kisah dia insaf kembali ke jalan yang benar, gituu, dan macam-macam lah. Kang tulis details jadi mak cik bawang bak kata netizen.

Oh ya, safiey ilias ni memang terkenal sebagai usahawan muda yang kaya raya. Mana tak kaya kalau kereta banyak, rumah ada dan kerap berjalan makan angin. Itu tanda ada duit la kan? Yang eloknya, kita boleh ambik semangat untuk berjaya macam dia. Jangan la ambik teknik menipu dia pula (kalau betul dia menipu)

Kalau baca pada cerita dia mula berniaga seawal sekolah menengah, lepas tu close order thru public phone, naik teksi ambil stok dan so on, kita cuba bayangkan kekuatan mental dan fizikal(dia lelaki kuat takpe haha) untuk hadap benda tu. Tak mudah tau.

Kalau kita?
Baik main ig je. Kahkah.

Eh korang tahu ke produk safiey ni. Bukan safi balqis ye.
Tapi yang latest rasanya perla shine. Saya tak mahu cerita pasal produk dia sebab tak pernah pakai pun. For me kalau skincare atau any supplement, saya suka ke Watson. Syiok woo berejam dalam tu test semua barang.

Tapi yeke safiey ilias menipu?

Honestly, eceh, omputes kau, saya tak tahu pun abang safi tu menipu ke ditipu. Even cerita tu lengkap bukti dan hujah yang kalah sidang perbicaraan mahkamah, saya lebih suka untuk "just baca". Taknak baca...kan dah ternampak cerita tu rasa rugi pulak tak baca. haha. Aish susah betul. Zaman sekarang ni, kalau benda kat internet ni lebih baik kita buat sekadar di angin lalu.

Bukan apa... takut nanti kalau betul jadi mengumpat, kalau salah jadi fitnah.

Jadi baik kita berwaspada dan bersikap atas pagar tengok kiri tengok kanan.

Bosan-bosan kita terbang cari pagar lain. =)


Tuesday, November 28, 2017

Trip ke Guangzhou: Part 1 Persediaan


Helo dan assalamualaikum!

Mulai hari ini, blog will be updated pasal Trip ke Guangzhou November 2017. Diharapkan perkongsian saya ni dapat bantu sesiapa yang nak ke Guangzhou untuk meneroka dan menyelam plaza dan tempat borong kat China sana. Sharing saya akan lebih kepada jenis backpacker sebab i pergi pun backpacker. Kalau rasa takut, takut dan takut nak ke sana sendiri tanpa guide sila join trip yang orang buat. Berlambak. Gugel je.

Okay sebelum ke sana, ada beberapa hal yang kita kena buat dulu. Maklumlah China kan negara luar, bukan macam Cameron Highland main redah saja.

Okay jom tengok senarai semak masuk universiti:

1) Bebaskan diri dari PTPTN. Haha. Semua maklum kan yang kalau block list tu memang tak boleh ke oversea. Silalah kau menangis dalam hujan sebab no one knows. Okay, kalau case memang kena pergi jangan risau dan lap airmata tu. Korang just bayar tunggakan PTPTN je. 

Macam mana nak bayar?

Gunalah KWSP. Penat kerja siang malam, takkan buat shopping kat Lazada saja. Ambil sikit dari akaun 2 tu buat bayar PTPTN. Cara dia senang je, proceed ke mana-mana cawangan PTPTN berdekatan, tak kan la PTPTN dekat rumah saya pula.

Nanti kat sana ada pegawai yang akan bantu. =)

2) Book tiket dan hotel

Yang ni very the basic. Tiket tu carilah time Air Asia buat promosi atau kalau duit banyak esok pun boleh pergi. Yelah tahu, korang nak tahu harga tiket saya kan? Ceh!

Haritu saya book dua bulan awal total tiket including 20kg luggage per person dan meal untuk 2 dewasa dan seketul infant RM1400. Murah dah ni. So pakai harga ni untuk benchmark. Hahaha

Next post saya akan sharing pasal hotel saya duduk selama 6 hari kat Guangzhou.

3) Passport

Untuk yang belum ada passport, jangan buat macam China tu sebelah rumah kau je masuk tak pakai buku merah jangan lupa bawa ni. Sehingga Nov 2017, harga passport RM200 untuk 5 tahun. Kalau baby RM100. Saya buat passport dekat Putrajaya. Orang memang akan sentiasa ramai sebab orang Malaysia ni kaya, so depa suka ke oversea. Atau mungkin sebenarnya tempat buat passport tu penuh dengan bangla je.




Dekat Putrajaya ni, kalau ada baby, akan ada nombor khas, maknanya tak perlu tunggu lama untuk ke kaunter untuk ambil gambar dan permohonan. Tapi untuk collection still lama. Jangan risau sebab kat situ ada bilik menyusu dan playroom. So anak-anak tak adalah bosan sangat.

Dan kalau tak ada baby, duduklah menunggu sambil layan korean drama 16 episod tu.

4) Visa

China ni dia tak terima kalau muka pecah rumah nak masuk negara dia. So, pergi apply visa ke china dulu ye. Dekat KL, tempat dia dekat bangunan Hampshire. Visa ni kena applied bila passport, hotel booking dan check in flight dah siap. Oh ya, jangan lupa untuk bawa gambar saiz passport yang berlatarbelakang warna putih sesuci lebaran itu.



5) Study on tempat yang korang nak pergi

Biasanya orang ke Guangzhou untuk beli borong. Kalau nak bercuti tu tak best sangat sebab tak banyak pun tempat menarik. So jangan lupa untuk senaraikan lokasi plaza borong yang korang nak pergi. Dan macam mana nak pergi.



Main transport untuk backpacker macam kita ni adalah metro atau kat sini kita panggil LRT. Metro kat China sangat best sebab waktu menunggu cuma 2 ke 3 minit dan hampir semua plaza borong ada akses ke stesen metro berdekatan. Senang. Cuma penat berjalan je la.

6) Daftar dengan shipping atau forwarder company

Kalau korang dah plan nak borong banyakkkk gila, option untuk bawa balik barang adalah melalui laut. Jadi jangan lupa untuk cari company yang buat servis ni. Kalau tak tahu nak cari, email saya sebab saya boleh bantu. Oh ya, saya tak dapat komisen pun kalau recommend syarikat yang saya guna ni =)

7) Join kursus atau seminar borong ke China

Actually kalau korang betul-betul study, tanya orang dan sebagainya tak pergi class pun tak apa. Tapi kalau ada duit lebih join je mana-mana kelas untuk up knowledge dan berkenalan dengan orang. Tapi jangan berangan nak tanya details lokasi borong sebab depa tak akan beritahu. Hahaha.


email: aienzunnur@yahoo.com

Thursday, November 9, 2017

Printcious jadikan anda cool!


Hai dan assalamualaikum,

Selalu tak uols-uols yang ada pasangan till jannah, parents atau bff sudi berkongsi suami hadapi kekeliruan gender untuk memilih hadiah untuk mereka? Mesti selalu kan? Tak kan setiap kali birthday atau anniversary korang nak bagi beg la, wallet la, perfume la. Bosan dan cliche kan? Huh. Lama-lama penerima pun tak excited dah nak terima hadiah korang. Mihmihmih.

Meh nak story idea sikit untuk luaskan otak fikir tu. Asyik nak bagi coklat je gemuk la orang tu. =). Most of hadiah yang saya bagi untuk suami adalah diy atau yang personalised, meaning hadiah tu tak ada kat kedai. Sebab saya memang suka kalau bagi hadiah tu bagi yang betul-betul special sebab hadiah kan benda istimewa so kenalah make effort sikit dan buat sendiri Alah cakap jelah tak ada bajet. Personalised gift ni dia punya efek dekat penerima dahsyat tau. I know lah sebab i buat =)

Eh, korang tahu tak personalised gift tu apa?

Ringkasnya personalised gift ni sesuatu hadiah yang kita create atau buat untuk meet requirement penerima. Wow! Saintifik betul penerangan ini. Hadiah macam ni sangat berharga buat penerima sebab pada hadiah tu ada nilai dan pengajaran sentimental antara korang dengan mereka. Dan benda tu tak akan ada kat mana-mana kedai hadiah atau mydin. Eh.

Ini menjadikan personalised gift (tatabahasa aku...) adalah satu idea yang bernas kalau nak suami selalu mencintai anda. Hehe. Atau nak bff anda tak sabar nak jadi madu anda. Eh.

Tapi since tak semua orang ada seni, untuk buat personalised gift ni leceh dan bagai menanti kucing bertanduk, sebab tu Printcious datang untuk membantu. Dekat website Printcious ni ada macam-macam benda yang boleh customized tau. Terasa artistik sangat.


Jangan rambang mata pulak nak pilih barang apa. But, apalah sangat duit tu kalau orang tersayang tak dapat hadiah hari jadi kan?


Dari t-shirt sampai hanger pintu pun ada tau. Kalau untuk lelaki apa kata cuba kategori tshirt, mug, caps atau apron kalau laki korang tu suka masak. Mana tahu lepas ni masakan jadi lebih bersemut. hihi.

Untuk perempuan rasanya semua kategori pun sesuai. Perempuan kan memnag suka benda macam ni. Oh ya, kalau perasan ada kategori baby rompers tu, elok sangat tau kalau nak bagi hadiah kat kawan-kawan yang bakal menimang anak. Mesti cute sangat baby kalau pakai customized romper ni. Eh next baby lah nak cuba yang ni. 

Jom tengok macam mana nak buat. Untuk kali ni saya pilih mug pasal lakiku suka minum air sambil kerja. So dengan harapan dia lebih bersemangat la time kerja tu. Idea untuk buat lagu datang mencurah selaju dia menghirup kopi dalam mug itu. Kahkah.


1. Step pertama, korang pilih kategori dulu. Takyah pening sangat. Kalau tak tahu baling dadu je. Lepas pilih kategori terus pilih nak customized yg macam mana. Kalau saya, saya pilih mug dan customized yang belah kanan tu.


2. Teruja pulak tengok magic mug ni. Terasa nak hadiahkan untuk diri sendiri je. Cancellah hadiahkan suami. Okay tak kelakar. Dekat sini boleh pilih la nak warna apa dan kuantiti. Lepas tu klik start designing dan serlahkan seni yang terpendam lama tu. Bila lagi weh.


3. Start deko mug tu dengan klik pada add text dan image. Suka hati koranglah lah nak letak pantun ke, pick up line ke, ayat seribu dinar ke, terpulang sebab level kreativiti kita berbeza. Kahkah. Lepas dah puas hati klik done ya.



Kalau rasa alamak buruknya design aku tulah dah tak ada seni tu terima jelah hakikat jangan risau sebab boleh edit 40 hari 40 malam sampai korang puas hati ya. Then macam biasa add to cart dan teruskan check out. Pastu tunggu je hadiah sampai. Mesti lompat lompat je yang dapat hadiah tu sebab semua orang suka barang FREE! 

Eh bukan, happy sebab dapat hadiah la.

Sesuai sangat hadiah korang tu dengan Printcious tagline ni; Precious gift from your heart.

Dah, pergi order cepat!

Sunday, October 29, 2017

Takoyaki sedap bagai di Jepun


Assalamualaikum,

Walaupun saya seorang perempuan melayu terakhir yang datang dari kampung membesar makan budu dan ikan kering, lidah saya ada taste oversea sikit. Maklumlah kita kan kena bijak berasimilasi dengan persekitaran barulah maju. Salah satu makanan ringan ringan ke kalau kau mentekedarah 10 biji sekaligus kesukaan saya adalah Takoyaki.

Biasanya kalau ke Aeon, selalu juga saya buat-buat terserempak dengan booth yang jual takoyaki di bahagian food court depa tu. Jalan-jalan, eh tetiba nampak orang jual takoyaki Aeon. Terus seluk poket suami. Haha.

Tapi kini tak perlu dah ke Aeon demi takoyaki sebab tengah-tengah malam pun boleh makan kot nak feeling di Jepun sambil nonton Detective Conan. Sebab ada seorang kawan sekolah saya ni buat takoyaki dan dia edar ke beberapa selected kedai. Kawan saya ni buat versi frozen so taknak makan terus pun tak apa. Mungkin nak makan masa cheat day kan? =)

Best sangat sebab dah boleh makan takoyaki anytime. 

Kawan sekolah saya ni nama dia Anis. Tapi masa sekolah dia baca buku je, tak pernah nampak dia goreng takoyaki pun. Okay tak kelakar.


Macam ni lah rupa takoyaki frozen ni. Nama takoyaki ni adalah Iman Chan Takoyaki. Mesti beriman je orang yang makan ni. 1 pek ni ada 9 biji bola takoya ni. Dan macam dekat Aeon tu tak habis-habis Aeon Iman Chan Takoyaki pun ada beberapa filling. Yang saya beli ayam dan squid.


Memandangkan yang ni frozen, so takoyaki ni dah masak cuma kenalah panaskan dulu sebelum makan. Tak yah feeling frozen sangat, bukan keluar asap pun dari mulut. Kalau malas sangat telah jelah. Hihi.


Jangan risau, set takoyaki ni siap dengan 4 items macam kat atas tu. Jangan tanya nama sebab saya cuma tahu fish flakes je. Hijau tu daun sup la kot. Haha. Fish flakes tu penting tau kalau makan takoyaki sebab flavour Naruto datang dari situ. Haha. Kalau makan takoyaki kosong je, tak feeling, baik makan cekodok je. =)

Lepas dah panaskan bola takoyaki tu, korang deco lah ikut taste masing-masing barulah selera sikit nak menjamahnya.


Okay jom cerita apa yang bestnya pasal Iman Chan Takoyaki ni:

Takoyaki ni adalah frozen which means (cakap omputih sikit) boleh simpan dalam peti sejuk until perut rasa nak makan atau sampai expired date sebab kau lupa buka peti. Kempunan nak takoyaki di malam hari dah tak wujud lagi lah. Inovasi sangat ni. =)

Takoyaki ni sedap sangat. 18 ketul tu habis sekejap je. Padanlah gemuk.

Selain rasa sedap, filling dalam takoyaki ni kategori tak kedekut sebab untuk ayam punya feeling memang seketul ayam dia letak. Bukan seketul ayam goreng rempah yang kau makan masa lunch tadi. Ini seketul yang macam kita potong kecil-kecil tu. Bila gigit tu terasa la gigit daging ayam seketul. Bukan gigit angin lalu membawa diriku macam karipap angin itewww.

Sama juga filling squid dia. Memang rasa squidward dalam tu. Ada 2 ke 3 slice sotong rasanya kalau tak salah, pasal saya makan dengan garpu bukan dengan kalkulator tak dapat kira dengan tepat.

Yang paling best, 4 items untuk deco dan rasa takoyaki tu disertakan dalam amount yang sangat sempurna. Tidak terlalu kedekut dan tidak terlalu banyak yang buat takoyaki jadi hutan. Skema pulak ayat ni.

Secara overall saya recommend sangat takoyaki ni sebab tak rugi beli.

Kalau nak cuba, korang klik link facebook ni untuk checkidout kedai-kedai yang ada takoyaki ni sebab kat Mydin belum ada lagi.

Iman-Chan Takoyaki

Hari-hari breakfast nasi lemak, esok tukarlah ke takoyaki.

Sedap tak pantun tu?

Saturday, October 7, 2017

Makan western di Bangi kat mana ye?


Hi Assalamualaikum.

Selera makan saya biasanya ON OFF. Kadang selera macam Melayu totok, kadang selera Jessica Alba, kadang selera Leonardo da Vinci. Herm, mujurlah ada tempat makan Italian yang best dan mesra dompet. Maklumlah kalau makan kat kedai western ni satu kepala biasanya RM20 ke RM30. Dah 3 kepala mahu Ramadan datang awal. Hahaha.

Okay jom uols saya kongsikan dua, DUA terus kau! tempat yang best untuk selera barat korang tu. Selera barat tak apa, jangan budaya barat okay. I mean sesetengah budaya. #jangankecamsis

1) The Grato

Class kan nama dia? Feeling Italian Job punya movie tak? Okay, restoran The Grato ni ada beberapa cawangan. Dua, I think. Dua tu beberapa ke nyah??! Yang saya nak kongsi ni The Grato Bangi yang terletak di Seksyen 3. Untuk lokasi korang just unlock smartphone korang dan buka apps Waze atau Google Map. Come on zaman IT teknologi terkini tak kan la nak lukis peta atas kertas buku sekolah anak lagi? 

Orite. 

Dekat sini, tempat makan dia ada bahagian untuk melantak luar dan dalam. Bahagian dalam untuk mereka yang mementingkan kesucian udara manakala bahagian luar, depan kedai dekat laluan kenderaan tu untuk mereka yang mementingkan keaslian udara. Kahkah. Tak kelakar.

Orite lagi.


Signboard kedai tu macam ni ya. Kalau waze engkorang bawak ke lain macam punya signboard tu maknanya korang sesat.  




Well, signature drinks yang tak berapa signature. Haha.


Menu simple dan tak buang masa nak pilih makan apa. Western food apa nak peningkan. Chicken chop, pasta dan sup cendawan. Kahkahkah. Yang bestnya, The Grato ni offer harga yang mesra wallet. Sebab tu restoran ni ramai gila orang suka dan masuk list makan western sedap dan murah Bangi! So kalau makwes engkorang merengek nak pasta bawak je mereka kat sini. Mihmihmih



 
Orite, yang atas ni chicken steak with pasta. Yang ni husband saya yang makan. Dan baby pun rembat sikit. Overall dia kata sedap. Pasta tu makan macam tu je pun ada rasa. Tambah dengan sos steak tu lagi sedap. Saya suka pasta dia sebab biasanya kalau jenis spageti tu rasa macam susah nau nak kunyah. Sebab dia zupp naik ke atas je. Eh.

Dish ni harga dia RM12.90. Murah sangat ni rasa nak makan hari-hari. Haha.



 This mine! Mine!

Haha. Sedap sangattttt pasta ni. Nama dia Linguine Meatball. Actually ini macam spageti bolognese je. Sos made by tomato and so on. Tapi sos pasta ni sedap dan mix well gitu dengan pastanya. Dan lagi 4 beradik  meatballs tu pulak just nice je masak dan rasanya. Tak keras dan bak kata Juliana Banos well cooked kot?

Dish ni harga RM13.90. For saya harga ni just nice untuk pasta yang sedap macam ni. Kenyang sampai esok. Eh. Memang habis sepinggan rasa nak order lagi tapi takut gemuk.

So total makan haritu cuma RM32.10 including post. Eh, including air. =)

So, thumbs up untuk The Grato.

2) Port, Bangi

Second best makan western kat Bangi adalah Port. Bukan port klang ya. Kalau nak pergi restoran ni kenkorang just cari seksyen 9 ya. Actually ini kali kedua saya makan di Port ni. Dan rasanya well known juga restoran ni. Why?

Jom cekidout makanan mereka. Yums!


Jadi inilah Port, Bangi. Dekorasi simple je. Time ni nak masuk Maghrib sebab tu lengang je restoran ni. Jangan ingat orang tak datang sini pulak. Cis. Penat je aku review kalau restoran sendu. Haha.

Sebenarnya Port ni tempat makan yang lebih kepada western. Tapi jangan risau sebab diorang memahami tekak pelanggan yang bermacam jenis. So, diorang ada juga menu macam kat bawah ni.


Tada! Nasi arab gitu. Kalau pakwe nak makan nasi tapi makwe lidah omputis tu, ha apa lagi datang je Port Bangi ni. Setel masalah bergaduh nak makan mana hari ni tu. Okay, ayam yang datang dengan nasi tu sedap, boleh dimakan begitu saja dan nasi pun okay. Sedaplah juga. Tak adalah macam:

 "eww apani? nasi ke bubur?" 

3 atau 4 star cukuplah kot untuk makanan ni. Hehe. 


Jangan takut tercekik sebab nasi arab kan biasanya datang dengan sambal tomato dan kuah. Yang kaler coklat tu bukan budu ya walaupun kaler dia macam tu. Dah kenapa kau nak makan nasi arab dengan budu?

Dasar berudu. #tibatiba



Inilah burger signature mereka. Daun salad dah rupa kebun salad dah atas pinggan tu. Roti biasa saja cuma tak keras so tiada makian di situ. Yang sedap adalah daging yang tebal dan juicy. Berbaloilah beger camni bayar RM7.50. Anggaplah bayar 500gm daging tu. Miahaha.


Yang ni carbonara spageti dengan bacon slice. Sedap juga ni cuma carbonara kan cam muak sikit kalau lama-lama tu. Tapi portion dia just nice untuk kita habis makan sebelum muak datang. Tak baik tau makan tak habis. 


 Untuk Port, saya bagi 3 star lah. 

Jadi kalau rasa nak dinner western, pergilah dua tempat ni. Tak nyesal punya sebab makanan mereka sedap dan harga mesra wallet. Nak belanja kawan pun tak perlu tunggu gaji.

Erm, lapar pulak.

Thursday, September 7, 2017

Magic Blue Deodorant


Assalamualaikum dan hi!

Baru-baru ni saya pindah rumah. Ni menaip dalam rumah baru lah ni. Feeling energized la kat rumah baru, aura baru, barang tak baru, suami pun erm, tak baru juga. Mihmihmih. Dah pindah rumah memang tak lari dari acara mengangkut barang. Dah nama pun angkut barang pindah rumah, please expect yang diangkut tu berat berkilo oit. Bukan macam angkut barang baru balik Aeon tau. 

Kebetulan saya tengah try deodorant baru masa tu. Elok sangat time tu berpeluh-peluh turun naik tangga, ke hulu hilir mengemas barang, sesuai sangat untuk test kebestan deodorant tu. Yelah, kat kedai anak lelaki Wat tu macam-macam deodorant ada. Masih belum jumpa yang sesuai dan paling penting selamat.

Eh lupa pulak nak bitau. Deodorant yang saya guna tu namanya Magic Blue. Memang betul magic!

Nak tahu kenapa letteww..



Kan biasanya bila kita berpeluh, pastu lama sikit cer cium ketiak tu mesti bau masam kan. Malu pulak rasanya tambah kalau duduk di kalangan orang ramai. Aish. Alah macam dalam iklan tv tu. Semua orang tutup hidung macamlah ketiak mereka suci murni. 

Then, biasanya juga mesti basah habis baju. Pastu lama-lama tinggal kesan kuning kat baju. Pastu kena beli baju baru. Pastu merungut duit habis. Pastu tekanan. Pastu gila. 

See? Scary betul effect ketiak berpeluh ni.

Tak selesa satu hal, malu satu hal. Itulah orang suruh pakai tudung labuh tak nak. Eh.

Dengan Magic Blue, saya rasa kering je dan tak berbau. Best. Sukalah dengan Magic Blue ni.

Ha, lagi yang super best, Magic Blue ni natural. SEMULAJADI. Sekarang ni semua benda nak letak too much chemical untuk mujarab. Apa tu? Putih dalam 3 hari?

Takut oi. 

Kang terevolusi jadi mentadak lak dek kesan chemical. 

Magic Blue ni guna 4 saja bahan semulajadi. Memang senang nak buat dan jimat masa betul kilang depa. Jom pergi Mydin beli barang ni dan buat deodorant sendiri lah. Haha.

1. Tawas
2. Air suling
3. Herba
4. Air mawar

Kan senang resepi ni. Hihi.

Keduanya selain guna di bahagian bawah lengan (sopan sikit sebutan ni) deodorant ni boleh spray dekat badan atau celahan lain. Kerna Magic Blue ni boleh merawat masalah gelap di bahagian berkenaan. Biasanya kalau pregnant dan lepas bersalin sesetengah perempuan (saya la tu)akan ada masalah ini.Biasanya berlaku dek sepanjang pregnant hormon lain maciam sikit. Nah! Cuba guna Magic Blue pasti tiada masalah gelap-gelap lagi. Even tengah pregnant pun tak risau sebab Magic Blue tak ada chemical. Jangan gusar ya. 

Since deodorant ni adalah deodorant yang bebas chemical, bila sembur tu bau dia bau fresh dan segar. I guess datang dari air mawar dan tawas tu. Memang tak ada bau wangi macam yang dekat sesetengah deodorant kat pasaran tu. 

Yang magicnya bau dia tahan tiga hari, means ketiak bebas kepam 3 hari tak payah mandi.

Kalau sesiapa yang ada masalah di bahagian ketiak, celahan dan bau badan, Magic Blue sangat recommended. Saya dah cuba 2 minggu dan memang suka dengan Magic Blue ni. Botol dia comel je senang bawak pergi mana-mana.

Oh ya, dengar kata Magic Blue pun boleh guna kalau ada masalah kaki berbau. 

Wow! Best betul dengan sebotol je boleh guna untuk macam-macam. Rimas dan malu betul kalau kaki berbau. Nak-nak bila time kena buka kasut. Allah! Semerbak bau mengganggu orang sekeliling. I know lah sebab masa kecil dulu senang berpeluh, so kaki senang berbau. Masa tu tak tahu pun ada Magic Blue. Hewww.

Oh ya, kalau nak tahu lebih atau nak terus order Magic Blue ni boleh terus lawati facebook kakak Muniey ya.


Alhamdulillah #syukur sebab Kak Muniey kenalkan Magic Blue ni. Sebelum ni memang tak pernah dengar langsung pasal Magic Blue. Black magic tu selalulah. Hihi.

Dah, pergi PM Kak Muniey ya!

Thursday, August 24, 2017

Mixwell Garage : Romantik, Sedap, Pasti Kenyang


Assalamualaikum!

Satu hal paling best dekat Bangi selain komuniti Melayu kaya yang agak ramai adalah banyak kedai makan best. Syurga menggemukkan diri lalu memaki penimbang. Kahkahkah. So, jom tengok tempat best baru yang sis exploracekan. Mihmihmih.

Terletak di satu sudut di Sungai Tangkas (macam Majalah 3 tak?) ada sebuah restoran Melayu tapi makanan Western barulah hispter yang baru berusia 2 tahun. Tapi korang jangan pandang umur tau, macam baru je kan tapi makanan dia setaraf umur 20 tahun.

Mixwell Garage ni satu restoran yang sediakan makanan Western aka makanan King Coco. Jangan datang pastu order roti jala. Basically menu mereka from spageti to chicken chop to burger. Simple tapi padat. 



Untuk lokasi waze saja "Mixwell Garage". Nak cari kerja pun boleh. Tu ada jawatan kosong tu. Boleh makan free. Kot. Hihi.

Kawasan restoran ni open space berbumbungkan bintang malam setia seperti dirimu. Jangan risau kalau hujan ada kawasan berbumbung atap. Boleh lari-lari anak masuk ke dalam ya. Walaupun restoran ni nampak macam kat celah-celah macam tu, kebersihan sangat superb. Nicely arranged semua. Dont worry okay. 

Sebelah tu sekolah tahfiz, semoga korang bila makan kat sini terus dapat hidayah ya.

Since chef Mixwell Garage pun seorang yang well trained dari nun jauh di obersea, so skill masak dan resepi mereka bukan yang google internet. No wonder sedap makanan dia terasa makan di Itali je. 



Hari itu makan berdua, air pun dua saja. Satu orange juice dan satu lagi hazelnut coffee kot. Itu bukan milo tau. Hihi. Orange juice dia sedap sebab tak manis, tak masam dan nicely squeezeeee. Haha. Pilihan air dari teh o ais sampai ke jus buah ya. I love you je takde.


Masa spageti ni sampai terkejut juga sebab penuh meatball dia. Habis lembu seekor setiap malam ni macam ni. Mihmihmih.

Spageti dia ada banyak pilihan sos, bukan bolognese saja tau, macam-macam tak ingatlah nak hafal bukan masuk exam pun tomyam carbonara pun ada. Yang kat atas tu bolognese carbonara ke marinara ke menara ke tak ingat dah. Topping pulak boleh pilih. Macam sis, meatball tu. Hihi.

Spageti dia sedap sangat! Base tomato tapi tak masam pun. Tak muak. Licin pinggan. Tak payah guna pencuci pinggan 100 lemon pun.


Lapar pulak tengok gambar ni. Tapi tengah diet ni. Hahaha.


Menu kedua, bukan sis punya lah. Kan dah cakap tengah diet. Yang atas ni begerrrr la takkan tu pun tak tahu. Yang korang tak tahu adalah burger ni sedap. Daging atau patty bak kata spongebob dibuat sendiri tau. Lepas tu grill sendiri. Lepas tu bila orang order, diorang deco sendiri. Haha.

Daging dia agak tebal dan masak sempurna. Macam iklan pulak bunyinya. Kentang goreng tu macam biasa. Tapi tak keras macam sesetengah tempat. Lembut dan garing.


Nampak kan daging dia? Puas betul makan burger ni (suami cakap sebab sis kan diet). Kombinasi semua tu just nice thumbs up je lah. 

Actually, mesti bosan kan review ni. Makanan macam ni kedai lain pun banyak kan? Harga pun range standard. Jadi apa yang bagusnya Mixwell Garage ni? Kenapa patut cuba at least sekali?

Masa makan kat sini, satu hal yang sangat susah nak jumpa kat kedai makan yang bukan jenis class class adalah suasana tenang dan romantik. Menate pun tak setenang macam kat sini okay.

Walaupun restoran ni tepi jalan, bunyi kereta vroom vroom tu macam tak dengar langsung. Tenang weh makan kat sini. Dengan lagu-lagu mengusik jiwa ceewaahh, memang ambience kat sini sangat best dan recommended untuk mereka yang memang suka ketenangan

dannn

Nak juga nak datang makan dengan si dia. 

Aww. Romantik habis lah. 

Dah la tempat selesa, makan sedap, harga affordable, suasana tenang, romantik lagi.

Mana nak cari?

Mixwell Garage, Sungai Tangkas Bangi =)

Saturday, August 5, 2017

Nak book tiket flight dan hotel secara online? Traveloka lah dulu!


Hai dan assalamualaikum!

Dah nak hujung-hujung tahun ni semua mesti plan nak jenjalan kan nanti? Tidaklah nanti masuk tahun 2018 terasa sendu tiada kenangan di tahun 2017. Mihmihmih. Duit bonus hujung tahun nanti ada, dah kerja 1 tahun jom kita jenjalan tengok kebesaran Allah supaya keinsafan dan rasa kehambaan tu menusuk di jiwa kita. Gitu! Ustajah tak kita?

Okay, kebetulan bulan 11 nanti saya dan suami dan seorang budak kecil omey omey kenapa puji anak sendiri ni plan untuk ke Guangzhou. Travel kami kali ni atas sebab jenjalan dan bisnes trip, gitu. Jadi sekarang memang dah mula search dan study sikit pasal ticket flight, hotel dan so on.

Perjalanan ke sana akan ambil masa 4 jam macam tu, which means 4 jam meriba budak kecik tu. Sebab itu kali ni kami prefer untuk selesa sikit masa travel. Barulah enjoy kan Nora?

Pernah cuba browse website Traveloka?

Traveloka ni satu website yang boleh book flight ticket secara online dan hotel pun ada. So easy sebab nanti tak pening nak handle a few websites pastu stress pastu cancel travel. Eh.

Oh ya jangan feeling nak book tiket flight offline pulak, feeling drive ke airport pastu beratur kat kaunter. Choi! Mahal sangat tau. Kalau book online ni murah dan easy.

So weols survey untuk tiket Malaysia Airlines kalini. Just masukkan destinasi dan date. Dan passenger. Ni kan bulan Ogos, bulan kemerdekaan, so untuk menunjukkan rasa kenegaraan tu sesekali naik MAS ni sebab MAS ni flight kebangsaan tau. Servis mereka insyaallah bagus. 

Melalui Traveloka, semua info pasal MAS ada kat situ. Jadi senang hadap 1 page tu je. Korang kan tak suka membaca. Miahaha. Dan macam biasa dia akan paparkan harga yang berbeza. Nak murah ke, nak mahal ke terlebih gaji bulan ni semua ada. 



Dah siap pilih details penerbangan tu search flight dan tunggu 1 2 3 saat. Kalau tak keluar-keluar page baru tu korang cek bil internetlah kot belum bayar. Haha. 

Seat class pun jangan lupa pilih. MAS offer 3 jenis tau iaitu bisnes, ekonomi dan 1st class. Nak pilih 1st class takut kang kawan facebook sis nganga pulak masa sis share pic nanti. Miahaha.


Ini details flight yang kita pilih ni. 

Waktu penerbangan ada, baggage 30kg muat la baju sepuluh pasang, pampers anak, megi, roti, seterika, periuk belanga, free meal (tak adalah nanti kebulur. 4jam kot!), entertainment lagi supaya perjalanan jauh tak kurasa kerna hati melonjak sama dan USB port untuk gosok baju, eh untuk sambung gajet la. 

Harga affordable dan dalam bajet nih. Oh Guangzhou tunggu aku datang!

Sedikit fakta untuk readers, supaya lepas ni bila orang bercakap pasal MAS, korang boleh feeling good-good sebab dah tahu fakta pasal MAS ni. Suka tak? Yeay!

Okay, MAS ni kita tahu dia national flight kan? Selain dari itu MAS adalah ahli One World. Oit ni bukan geng gengster ke, iluminati ke apa tau. Sebagai ahli One World, pembeli macam kita ni yang dapat benefit macam boleh guna airport lounge, spa, free fly dan macam-macam lagi, but ikut terms la. 

Okay tiket flight setel. Satu kaki dah masuk China. Haha.

Hotel pun boleh book dalam Traveloka. Ya Allah senang kerja aku. Tak payah fikir nak browse kat website mana lagi just to book hotel. Semua ada dalam 1 website ni. Jodoh je yang tak ada.


Wah hotel-hotel pun nampak dipercayai. Harga hotel pun ada yang dalam bajet. Okay, kalau korang nak travel dan macam blur-blur nak pick hotel, buat research dulu sebab hotel ni kalau salah pilih boleh matikan mood travel tau. Bajet terpulang pada akaun bank masing-masing, keselesaan pun terpulang kepada masing-masing. Traveloka ni tolong tunjukkkk je, pastu korang book la. Hee


Ha, ini hotel yang saya pilih tru Traveloka. Best sangat Traveloka ni sebab boleh book tiket dan hotel. Website pun tak serabut macam pasar malam. 

Harga yang ditunjukkan depa tu harga yang kita bayar tau.

Saya adalah satu pengalaman, book hotel dari 1 website ni. Sampai hotel kena bayar harga lain. Bengkek juga hati ini sambil buat muka tak kisah. Padahal? Nak marah staf hotel tu memang tak ada faedah. 

Mesti korang dah membara kan nak travel juga? Dah ada destinasi dan bajet? Cepatlah roger geng jenjalan korang ke, suami ke, skandal ke eh yang ni haram takut maksiat, pastu jom layari link Malaysia Airlines Online Booking ni untuk memudahkan korang book tiket dengan hotel.

Tak caya?

Cubalah dulu.

Thursday, August 3, 2017

2 jejaka


Aku mahu cerita
Cerita hati juga perasaan
Perasaan yang bermacam
Macam pelangi, macam ribut

Ribut hati tatkala jiwa gelodak
Gelodak rasa bercampur amarah
Amarah dek kalah
Kalah kerna bisikan durjana

Durjana pergi berganti pelangi
Pelangi indah kiriman Tuhan
Tuhan yang memberi satu pinjaman
Pinjaman indah mendamaikan hati

Hati kembang berbunga mekar
Mekar mewangi menghadirkan senyum
Senyum aku ukir
Ukir buat jejaka berdua.

Tak suka beratur di ATM? Ini rahsianya!


Hai dan assalamualaikum!

Saya tahu ramaiiii gila yang dah tahu pasal online banking atau perbankan internet bak kata orang putih. Tapi kenapa ramai lagi yang beratur dekat depan mesin atm dan mesin cash deposit bila hujung bulan datang. Ambil duit gaji ya?

Ceh!

Macam sis tak nampak korang tengah transfer duit kan kat situ. Berejam okay sis tunggu nak draw duit nak makan burger Korea. Eh marah pulak.

Jadi, meh nak kongsi sikit tutorial pakai shawl untuk buat maybank2u supaya lepas ni kalau yang belum ada tu cepat-cepatlah daftar online banking ni supaya lengang sikittttttttttt bank bila hujung bulan tu. Facebook pandai pulak daftar, ni yang ada pekdah ni taknak daftar. Cepuk kang!

Okay. Mula-mula sekali kena pergi aktifkan nombor telefon dekat bank atau ATM. Ini WAJIB sebab semua transaksi online perlukan nombor TAC untuk teruskan transaksi. Bukan saksi nikah je, m2u pun nak saksi. Okay tak kelakar.

Kalau gegirl semua nak pergi aktifkan nombor hp, pergi dulu, esok sambung baca post tutorial ni. Miahaha

Olright semua, lepas tu buka website maybank2u kat browser masing-masing.



Klik "register now" tu dan isilah apa yang dia minta. Sap sap soi je kak oi! 



Ini adalah rupa muka depan website maybank setiap kali login. Untuk tengok berapa duit, nak bayar sewa rumah, bayar baju beli online tadi, transfer duit kat mak atau bayar hutang terus klik dekat segmen "account & banking"

Pap! akan keluar balance duit korang. Jangan sedih pulak kalau dua atau tiga angka je. Siapa suruh makan mekdi hari-hari.


Di sebelah kiri tu nampak tak "bill transfer" dan "transfers"?

Ha itulah segmen yang akan memudahkan korang semua yang selama ini lenguh kaki berpanas beratur di ATM semata-mata untuk habiskan duit. Kalau beratur ambil BR1M tak apalah juga.

Klik "bill payment" untuk bayar bil air, bil api, bil astro, bil internet celcom korang, loan dengan maybank dan banyak lagi bil yang menangis bila tengok tu.

Okay, lepas dah siap bayar bil, tekan "transfer" untuk dapat keberkatan. Bukan apa, transfer duit kat mak dengan ayah kan berkat la duit gaji itu. Hihi.

Lepas tu barulah transfer bayaran nursing bra yang korang beli dengan sis tadi. Eh tak kan lupa kot. =)


Satu features lagi adalah JomPAY.

JomPAY ni memang sesuai dengan nama dia iaitu jomlah bayar hutang dan bil. Miahaha.

Feature ni saya guna untuk bayar ptptn dan bil streamyx. Yang ni kena ada biller code. Biller code tu tengok dekat bil yang tiap bulan korang dapat. JomPAY ni tiada cas yang korang sayang sangat nak bayar tu

Gegirl, kalau selama ni korang buat semua ni manual, apa kata daftar online banking supaya mudah sikit nak buat online payment hutang dan bil tu. Tak payah buang masa start enjin pergi bank. Tunggu laki balik kerja lah. Tunggu hujan reda lah. 

Internet ni jangan guna untuk tengok facebook je boleh tak?

Tapi kalau korang takut terbabas asyik nak beli barang online tak dapat tolong la.

Masalah jiwa tu. Macam saya.

Friday, July 28, 2017

Easy Parcel: A Review


Helo Assalamualaikum !

Wah kau! Tajuk macam journal sains. 

So korang yang berniaga online dan selalu pos pos barang tu dah baca post sis sebelum ni? Rugi tau tak baca sebab dikhabarkan post itu berjaya membantu usahawan internet dapat 5 angka sebulan. Eh.

Today pula, saya nak share dan kongsi ( ya I know maksud sama) pasal Easy Parcel. Bahasa mudahnya easy parcel ni satu kurier yang berlandaskan online sebab nak tempah dan bayar memang kena online. Which means kalau korang nak pos barang, korang boleh buka website easy parcel dan pung pang pung pang setel!



Okay, meh sis share steps dan apa yang bestnya pasal easy parcel ni.

1. Daftar akaun dulu

Kalau korang rasa eh, nak try la, boleh buka website EASY PARCEL dan daftar dulu. Nanti tak boleh guna kalau tak daftar, pandai. Dont worry sesayang, daftar adalah percuma dan dapat RM25 BOLEH BELI KEPCI UOLSSS. Okay tipu, RM25 tu kredit yang korang boleh guna bila nak pos barang nanti. Sangat jimat sebab RM25 tu worth untuk 6 parcel kau!

Cara daftar nak kena ajar ke di zaman siber teknologi terkini ?

2. Cas postage RM6 saja untuk 1 kilo ke bawah

Saya SANGAT REKEMEN (see?caps lock means memang sungguh-sungguh ni) guna easy parcel ni sekiranya korang memang jual barang yang berat 1 kilo ke bawah macam bawang merah setengah kilo, serbuk kunyit ke kan. Kalau kita guna poslaju direct, cas postage 500gm ke bawah adalah RM7.15 

RM7.15 dengan RM6 mana lagi murah?

Nak kalkulator?

Tapi untuk eligible dapat rate ni, ada step yang perlu kita buat dulu.

3. Topup kredit ke dalam akaun easy parcel korang

Once kita dah ada akaun, untuk mulakan guna easy parcel ni kena topup duit atau kredit dalam akaun kita sebab lepas kita masukkan details untuk hantar barang, bayaran postage yang RM6/kg tu akan ditolak dari akaun kita. Alah cara topup macam buat online payment. =)

Tak boleh COD macam beli barang dekat Lazada. Miahaha.

Nilai topup yang paling minimi adalah RM100 plus RM6 GST dan korang akan dapat guna rate RM6 untuk 1 kilo ke bawah tu dalam masa sebulan. So, kalau korang memang hantar barang customer yang beratnya kurang 1 kilo dan dalam sebulan selalu pos 16 parcel atau lebih dalam sebulan, korang patut try easy parcel.

Come on easy parcel, saya bagi good review ni, nak kredit RM5000 please.......

4. Tak semua poskod detected

Step pertama nak isi details barang nak pos adalah letak nombor poskod. Bad thing is ada certain poskod yang sistem tak detect dan kita memang tak boleh guna easy parcel. 

Tapi dari pengalaman saya, dari 100 parcel yang dah pernah dihantar, 2 kali je sistem easy parcel tak detect poskod. So still good kan?

5. Boleh pilih kurier

Eh apa ni, tadi cakap easy parcel ni kurier. Ni pilih apa pula?

Okay, tenang bak air laut di petang hari boleh?

Easy parcel ni depa guna platform poslaju, skynet atau nationwide express untuk tolong hantar parcel kita. Nanti lepas isi alamat penerima dekat website, akan keluar pilihan kurier. Harga akan sama iaitu RM6, jadi terpulang taste masing-masing nak pilih poslaju ke posperlahan.

Buat masa ni, saya memang selalu pilih poslaju. Skynet pula bila poskod tu tak detect poslaju. 

6. Servis pick up uolss

Ni paling best! Kalau poslaju, setakat 1 2 parcel tu diorang datang kutip tak? 

Tapi easy parcel datang pick up. Tak payah keluar pergi drop barang dekat kurier yang kita pilih tadi. Contohnya kalau pilih poslaju, mereka akan call tanya ada nak pick up barang ke tak. Nanti cakap la ada. Petang-petang sikit sambil nonton sinetron tu nanti ada lah abang posmen datang rumah nak collect barang tu. 

7. Wajib ada printer

Memandangkan slip pos akan di generate dekat website, so kita kena ada printer untuk print slip tu. Awal-awal dulu terpaksa print 2 salinan untuk 1 parcel.

Ish apa ni. Tak go green la easy parcel ni.

Tapi sekarang 1 copy je. Pheww jimat ink dan kertas. Go green! Eh. 

Printer yang paling murah saya beli RM200 jenama HP. Boleh print 400 pages kau. Tesis unibersiti pun boleh print sampai PHD ni.

8. SMS notification

Ya Allah inilah features terbaru yang best gila kebabom eh bestnya macam melampau je best aku ni yang easy parcel provide. 

SMS notification ni receiver akan dapat bila airway will digenerate. Whats best?

Kita tak payah pening selalu lupa nak update receiver nombor tracking diorang dah sebab sistem akan SMS. Barulah tidak dicop scammer sebab tak bagi nombor tracking je pun! Miahaha.

Oh ya, cas setiap receiver 20sen saja. Berbaloi kalau kita jenis yang sibuk dan banyak customer. Bakal jutawan berdiri sebelah DSV katakan. =)

9. Sabah sarawak masuk tak RM6?

Baik reader semua, rate RM6 tu sah untuk semenanjung sahaja tau. Untuk sabah sarawak kena topup RM500 (kalau tak silap) untuk eligible flat rate RM9.50. 

Saat entry ni ditulis, saya dah send out 202 parcel melalui easy parcel ni. Servis tak mengecewakan dan lagi mudah dari sebelum ni. Oh ya, plastik nak bungkus barang dan pocket tu still kena provide sendiri tau.

Saya biasanya memang beli plastik hitam tu. Memang nampak sedih sikit parcel sis. Tapi bila buka parcel customer happy tau. Miahaha.

Dan pocket untuk letak slip/awb tu selalu minta dengan abang counter poslaju atau makcik poslaju. Abang sebab diorang baik bagi banyak, makcik sebab selalu bagi sikit. Hahahaha. Gender isu ke?

Walaupun kita tak request untuk pick up kat rumah, tak perlu buang masa beratur dah dekat poslaju sebab nanti tinggal drop je kat kaunter.

Cakap kat abang kaunter tu, nah contract punya!

Sambil berlalu pergi dengan jelingan manja kat mereka yang beratur tunggu giliran iteww.

=)

Sunday, July 16, 2017

TIPS GUNA PERSONAL FACEBOOK UNTUK BERBISNES

2 3 tahun kebelakangan ini, ramai netizen yang ambil peluang untuk jadikan facebook mereka sebagai "kedai online". Dulunya selalu guna untuk update status bosan di office, menyampah dengan bos, makan di mana, baca gosip di siakap keli dan like post kengkawan.

Satu perubahan yang sangat baik. Tidaklah korang membazir duit topup internet dan hangus di awan lalu je. 

Dan bila korang dah start guna facebook sebagai tempat untuk korang beritahu kawan facebook korang yang korang ni jual itu atau ini, mesti korang tahu apa itu personal branding kan?

Sebenarnya personal branding ni bukan untuk orang yang nak berbisnes online saja tau, kita yang marhaen ni pun wajib ada personal branding. Yang baru nak mula hidup dan nak start kerja tu, belajar-belajar la topup ilmu supaya korang ada brand. Barulah cepat dapat mertua. Cap ayam tak mahulah =)

Tapi,

Korang semua ni dah betul-betul faham ke macam mana nak pastikan korang berjaya guna personal facebook tu atau semata-mata ikut kata orang, pergi kursus sana sini, google atau hentam kromo tengok orang lain?

Sudah, jangan fikir panjang. Mari sis kongsi dengan korang tips wajib berjaya bila korang guna personal facebook tu untuk jual barang atau servis atau jual cerita pun boleh. Miahaha.

Wajib tahu nak jual dekat siapa

Since korang dah guna personal facebook mestilah korang nak jual kat kengkawan tadika, member sekolah rendah menengah, kawan opis, jiran, pakcik, makcik, ex-boyfriend, geng gosip dan kawan u korang kan? Actually tak salah pun nak jual kat diorang ni tapi rugi melainkan korang jual barang universal mencakupi seluruh jantina, umur dan cara hidup. Iaitu minyak masak =)

Okay okay. Seriuslah ni.

Rasanya 1-2 k friendlist korang tu mungkin dah masuk semua di atas kan. Apa kata yang lagi 3k tu pergi add orang yang betul-betul target korang. Kau pergi add seluruh kawan yang jual sama barang dengan korang tu buat apa? Diorang pun dah ada barang tu. Memang tak la deme nak beli dengan korang. Pastikan deme tu masuk yang senarai 1-2k tadi okay. 

Tapikan, lagi bombastik kalau 5k kawan korang tu betul-betul yang potential customer even kawan sendiri, jiran lama atau kawan opis korang pun.

Dah nama personal facebook kan, mestilah ada orang yang kita kenal luar dari pesebuk ni. Ye dok?

Mari sis kongsi real story sis ni. Supaya korang tahu pentingnya korang kenal pelanggan korang.

Sis mula berjinak dengan online bisnes tahun 2014. Sampai sekarang dah masuk 3 tahun belum jadi jutawan kahkahkah sajelah. Sis bermula dengan jual tudung. Tengah in katakan. 

Permulaan bisnes memang syok woo. Semangat habis. Ramai nau beli tudung sis. Terasa bakal mengalahkan parida je tak lama lagi masa itu. Tapi hujan pulak tengah hari tu. =(

Masa tu, sis hentam saje jual pada semua orang. Bila suami tanya nak jual pada siapa, sis jawab perempuan.

"Perempuan macam apa?"

Dia tanya lagi kau. Berderau emosi sis!

Perempuan lah. Kan perempuan pakai tudung.

Korang, perempuan ni memang kuasa membeli dia besar. Tapi kalau ada duit. Tak de duit nak beli juga, tapi mintak duit laki atau beli yang murah-murah jew. 

Pastu mulalah ayat larikan diri macam;

"Nak tanya suami dulu ya"

Atau krik krik lepas minta no akaun korang.

Itu sebab penting korang jual barang dekat spesific target. Bukannya dok paksa dalam lembut member untuk beli barang korang. Pastu ajak depa join korang. Pastu stress. Pastu hempuk kepala kat dinding. Pastu taknak meniaga dah. Cepuk kang!

Bila korang jual barang dekat orang yang memang nak gila barang tu, lama-lama orang sendiri akan cari korang. Wow! Terasa dikejari bak patah amin tak?

Updatelah facebook tu!

Dah korang buka kedai dalam facebook tu kenalah rajin online. Takkan post status seminggu sekali. Sedih nau kedai kau.

Tapi tapi tapi sayang sayang sayang (nyanyi bak dsv ya),

Mesti korang dah dimomokkan untuk update 60 kali, eh, 8 kali sehari kan? Siap donlod apps untuk auto post lagi. Wow! Komited.

Okay, actually kan memang betullah korang boleh update banyak kali 1 hari, tapi cuba korang be real, jangan nak ikut sangat buku teks korang tu boleh tak?

Argh! Apasal sis naik angin ni.

Korang rasa kawan facebook korang tu suka ke tengok korang update pasal produk all the time? Suka? 

Pastu kengkonon nak remove kawan tak aktif. Korang ingat dia kisah ke korang remove. Dia tak rugi apa pun korang remove dia.

Opss actually korang tak remove pun kan?

Macam sis tak tahu taktik tu. Miahaha.

Meh kita terus ke tip nombor 3 sebab tip nombor 3 serangkai dengan nombor 2.

Be real. Be kreatif dalam memuat naik status

Since korang istiqamah nak update status 8 kali sehari, korang cubalah ulangkaji sikit. Pukul berapa nak post dan apa nak post.

Pukul 7 up status produk. Pukul 12 update pasal produk. Pukul 5 share produk. Pukul 8 pun share produk lagi. Muntah uols. Muntah kengkawan facebook korang tu.

Kalau kawan bisnes korang memanglah diorang tak kisah, diorang like dan komen lagi. Tanda sokongan katanya. Tapi kisah benarnya, untuk orang yang tak berniaga online diorang tak faham dan tak nak faham yang tu. Mula-mula diorang tengok je korang duduk up status produk tapi seminggu kemudian depa unfollow. 

Kak cik, ini pengakuan sebenar dari seorang pembeli tegar online. Orang macam ni kita kena jaga kak cik, depa ni senang membeli. Kau sibuk nak remove depa dah kenapa kak cik oi?

Okay.

Meh sis bagi contoh dan situasi. 

Dek kerana korang ni berniaga kat facebook kan, korang nak la cerita produk korang tu kan, cuba elakkan hard selling. Sekali seminggu cukuplah buat hard selling tu. 

Kan sekarang ramai jual skincare or produk untuk lawa kan?

First, korang lawa tak? Kahkahkah.

Alah gurau je. Sentap jangan nak bisnes lah.

Contoh update untuk yang jual lekcu ke, pondesyen ke (lipstik, foundation) untuk waktu pagi punya update adalah selfie paling kebabom dalam kereta nak pergi kerja.

Ya Allah sis, kalau korang share selfie korang yang cantik dengan muka halussssa je, lipstik pink pink jambu batu tu, percayalah lama-lama kawan pesebuk korang akan terliur untuk beli barang sis tu.

Cuba beritahu sis, perempuan mana nak hodoh?

Oh ya, selfie tu tolonglah berjenis, jangan apps sangat. Nak sis share tips selfie pulak ke? Haha.

Contoh lagi kalau korang jual minyak masak kan. Instead of hari-hari 24jam tunjuk gambar minyak pastu suruh pm pm pm (najib sorang cukuplah kat Malaysia ni) apakata pagi tunjuk gambar cekodok, petang kongsi resepi cekodok, malam post gambar candle light dinner dengan cekodok.

Pokoknya, jadi kreatif dalam memuat-naik status sebab kalau tak korang akan di unfollow oleh potetial target. Taknak percaya takpe, buat je dulu.

Gambar dan ayat menghiburkan

Orang ni dia log in facebook sebab nak tengok life orang, baca viral story, gosip, komen kat siakap tiga rasa, tengok video atau update status mereka.

Pendek kata, mereka mahu sesuatu yang menyeronokkan. Eye candy gitu.

Dah tu korang share la gambar yang cantik. Bukan blur senget benget. Gambar yang cantik pasti mengundang "like". Eh tak kan tak mahu like kottt. Camera phone kan semakin canggih. Plus apps untuk edit.

Bila nak share gambar produk tu, tak perlu pun terang-terang gambar produk tu sebab actually kan, orang dah selalu tengok gambar tu( kes kalau jual barang orang) dan mereka just scroll scroll sampai jumpa cerita menarik baru mereka berhenti jap.

Macam lipstik tadi kan, instead gambar pegang lipstik mulut muncung tu, apa kata share selfie/gambar matang yang memang korangpakai lipstik tu,

Atau 

Gambar cawan teh strawberry beli kat Cameron tahun lepas dengan caption "lipstik antilekat kat cawan jimat sabun nak basuh cawan lepas ni" atau "jangan risau skandal dengan laki orang sebab tiada lagi kesan lipstik di kolar baju"

Contah je. Janganlah kecam sis. Haha.

Dan kalau korang share status berunsur ayat, elakkan lah ayat berniaga atau ayat berunsur niaga atau ayat bau berniaga tu sebab orang tak akan baca. TAK AKAN!

Cubalah tanya diri sendiri tu. Buku teks pun tak nak baca, berangan nak baca ayat jualan. Bosan. Itu je sebabnya. Thats why la korang kena jadi story teller. Bercerita dalam status. Attract reader dengan first ayat tu.

First impression bak kata orang kampung sis. 

Korang kenal vivy yusof? Cuba tengok ig dia. Caption pada gambar die tu adalah salah satu sebab kenapa orang suka tengok ig dia. Funny, kretip, merecik hawau bak kata orang kampung kau.

Tak apalah korang bukan raja lawak, but belajar update status yang menarik. At least orang nak baca.

Bagi apa yang kawan facebook korang nak

Dah ada kawan facebook yang potential membeli, dah pandai pancing kawan-kawan dengan post korang?

Next step, buat kawan-kawan facebook korang ingat korang dan ternanti-nanti update korang. Kata nak jadi retis kan. Nak buat yang ni korang kena study sikit. Siapa yang dalam facebook korang tu. Ke ex boyfriend je ramai? Atau geng bisnes?

Macam contoh sis tadi, kalau korang jual bedak sejuk kan, dan friendlist korang tu ramai giler nak jadi lawa lepastu glam di ig kan, korang selalulah bagi diorang apa yang diorang nak tu. 

First bagi diorang tahu yang korang tahu macam mana nak jadi lawa. Selalulah kongsi di facebook benda-benda yang boleh buat kawan facebook korang nak tengok update korang.

Contoh macam cara pakai bedak tutup jerawat ke, cara pilih lipstik memikat lelaki ke (macam berdosa pulak rasanya), resepi mask mudah gila nak mampus 1 bahan ke atau apa-apa saja yang orang nak baca.

Sebab diorang nak lawa!

Tips ni mahal sebab ni memang akan buat orang suka facebook korang. Dan nak buat tips ni bukan setakat google, tulis bodo gitu atau post gambar ntah apa-apa. Tips nombor 1-4 wajib korang gaul sekali. 

Bagi hadiah/giveaway

Amboi kau, duit orang kau nak. Tapi duit kau, kemas je kau kepit bawah ketiak kan?

Salah satu teknik nak buat korang menyerlah, tambah engagement, tarik followers adalah dengan bagi benda-benda free. 

Topup RM5. Contohnya.

Up sikit. Bagi free je produk korang tu. Amacam? Goyang la tu takut rugi.

Well, the more you give, the more you get. 

Tips ni sis tak nak hurai panjang lebar sebab korang sendiri faham kan? Antar ayer dan jakarta, eh, antara nak buat atau tak sajo =)

Kesimpulannya, personal branding untuk jual barang di personal facebook boleh berjaya kalau korang apply tips 1 sampai 7 dan Allah izinkan. Eksperimen dan cuba tengok kat mana korang boleh betulkan.

Just dont be a robot sangat.

Personal branding itu patutnya serlahkan the best of us bukan buat orang unfollow, unfriend atau block facebook korang.

Personal branding di facebook buat orang love you.

Sayang sayang sayang bak kata dsv. Muahh