Friday, July 29, 2016

Breastfeeding

Assalamualaikum 

Alamak, tajuk macam blog-blog mak mak kan. Alahai nak buat macam mana dah memang jadi mak cuma konsep blog ni tetap sama. Tetap bukan bertemakan personal life. Ehehe. Erm, well nak story pasal breastfeedinglah ni... Tapi malu. 

😊

Masa zaman anak dara dan belum punya anak dulu, banyak perkara berkaitan life yang belum saya tempuh pada masa itu seems to be easy, like kacang ahh. Tapi, bila waktu dah tiba, baru reti erti penyesalan dek berperasaan angkuh begitu. Ada beberapa, tapi kali ni nak story pasal breastfeeding je okay. Tapi akak tak mau tahu berapa oz kau perah susu tadi 😆

So, menyusu anak ni memang senang gila. #selakje

Tapi hidup kat dunia tak seindah drama. Yup, menyusu anak memang mudah tapi mencabar. Untuk yang newbie lagilah mencabar. Alah, macam mula-mula nak belajar kereta dulu, kot? Respect bertubi-tubi dekat semua makmak yang breastfeed anak uols tu terutama yang tak dapat #selakje sebab bekerja dan kena buat stok susu. This is where i learn lotsssss of term about breasfeeding. Dah boleh buat kamus dah sebab banyak betul istilah-istilahnye.

Since pregnant, saya join few group dekat facebook berkaitan kehamilan dan penyusuan. And i learn alot dari pengalaman orang. So join lah ye. Hihi.

Okay

First cabaran adalah kena belajar. Ceh, belajar je pun. Degree 3 tahun lepas takkan 2 3 point penting pasal menyusu tak lepas. Big no darling! Menyusu ni memang point dia sama je kau tanya siapa-siapa pun yang mencabarnya untuk apply. Why? Sebab ilmu tu akan diaplikasi pada dua ketul manusia yakni kau dan anak kau. Sorang memang tahu nangis je sorang moody dan emo. Kehkehkeh.    Kat sinilah erti kesabaran tu akan diterjemahkan dengan penuh details dan tepat.

Tahu rasa penat? Menyusu pun penat. Sungguh. Tapi semua itu macam tak ada je sebab perempuan ni  soft tau. Tengok anak je terus rasa bertenaga dan happy. Penat, yes, tapi dia hilang gitu je. 

Percayalah, ini akan jadi  satu momen indah untuk saya dan awak ye. So, hadap jelah.

Haha.

Saturday, July 23, 2016

Sunan Muhammad


Assalamualaikum,

Apa khabar belahan jiwa mummy, Sunan Muhammad? Berapa usiamu sekarang? Sudah remaja atau bergelar bujang terlajak laris? Tulisan mummy ini memang sengaja mummy tulis atau taip sebab guna laptop untuk kenangan mummy dan peringatan untuk sayang supaya sentiasa menjadi yang soleh agar di syurga kelak kita kekal bersama,

Ermmm.. Terlalu banyak untuk mummy lakarkan betapa indahnya perjalanan penerimaan Sunan, anugerah Ilahi ke dalam hidup mummy dan daddy. Sampai tak tahu nak mula dari mana. Ish, bersastera mummy ni kan? Asal Sunan tahu, mummymu memang puitis orangnya. Haha. So, mummy decide untuk mula dari awal, and so, tulisan ini bakal mengisi masamu.

Masih mummy ingat, awal kehadiran Sunan, mummy masih blur-blur dan mummy tak tahu perasaan mummy sendiri. Bahagia atau apa? Cuma acapkali mummy suarakan pada daddy yang mummy tak bersedia untuk jadi ibu dan mummy takut. Alah janganlah sedih, selalu permulaan drama memang macam ni =) sehinggalah usia Sunan dalam rahim mummy bertambah, perasaan mummy mula develop. Mummy kadang-kadang takut, excited, happy, sedih dan blur. Tapi yang banyaknya rasa tak ada perasaan. Hihi. Alhamdulillah, perjalanan kehamilan mummy smooth. Mummy sihat, Sunan pun sihat. Memandangkan mummy dan daddy decide untuk buat monthly check up kat private clinic, mummy akui memang banyak yang kami terpaksa spend. Tapi everytime mummy agak-agak sedih, mummy ingatkan diri mummy yang tak kisah nilai yang kami spend, yang utama mummy dan Sunan ketika itu selalu sihat tanpa sebarang masalah pun =)

Seawal kehamilan, mummy dan daddy decide untuk lahirkan Sunan yang ketika itu belum bernama di private hospital sebab daddy concern pasal doktor. Takut leww teww doktor lelaki yang sambut Sunan sebab mummy selalu cerita dekat hospital kerajaan ada percentage untuk doktor lelaki sambut kelahiran. Tapi, daddy such a nice man kan? Saat itu mummy bersyukur sangat daddy sokong dan galakkan untuk pilih private hospital. Walaupun masa kahwin mummy dan daddy banyak kurangnya, mummy bersyukur sebab Allah gantikan dengan kemudahan dan keselesaan sepanjang mummy lahirkan Sunan. =)

Oh ya, since mummy masuk third trimester, mummy googled everything about tanda nak bersalin. Haha =). Tak sabar kan? Well, bukan sebenarnya. Cuma mummy nak bersedia sahaja. Yes, mummy memang jenis on the go punya orang tapi certain hal mummy plan okay. Plan. Including you. Kembali pada tanda nak bersalin tadi, hasil gugelan mummy, 2 weeks before bersalin biasanya adalah tanda yang keluar and guess what, mummy langsung tak ada tanda tu. Still happily perut buncit lagi. Dan sudah tentu mummy gelabah dan sudah tentu daddy lah mangsa dengar ketidakpuasan hati mummy.

Doa mummy adalah untuk bersalin secara normal. Why? 

Mummy kan natural beauty, so everything patut natural, opss tak ada kaitan kan. Ada ke perempuan tak nak bersalin normal? Mummy cuma percaya yang kelahiran itu proses yang memang Allah buat cantik je untuk perempuan. Dan perempuan memang boleh bersalin secara lahiriah bak kata golongan tertentu. Sebab itu mummy doa supaya kelahiran Sunan adalah normal dan jauh daripada kesulitan. And untuk jimat kos lah of course. Hahaha

Sunan dijangka melihat dunia 15 Mei 2016 tapi Allah knows best. Sunan, mummy lahirkan pada 18 Mei 2016. Its not late since EDD by scan was 19th of May.

Cuba teka mummy macam mana daripada tempoh 2 minggu sebelum 15 mei sehingga 18 mei?

Macam cacing kepanasan. Wow! Ini peribahasa ni. 

Mummy tried everything, errrrr......i mean a few things la untuk induce labor. Sebab mummy taknak doktor induce mummy. Kan mummy nak jimat kos. hihi. Doktor OnG mummy bagi natural ways yang mummy boleh cuba, Mummy cuba, tips yang berlambak-lambak dalam internet pun mummy cuba. Mummy stress dan tertekan. I want you to come out as fast as possible. Im tired of being pregnant dah pada masa itu!

Pada masa itulah mummy sedar yang, yes, mummy boleh usaha macam-macam tapi satu yang mummy tak boleh lupa adalah untuk bergantung pada Allah. =)

Dan, 18 Mei 2016 8.24 malam, Sunan dilahirkan.

Mummy pelik kenapa mummy tak menangis masa Sunan diletakkan atas dada mummy macam dalam drama kat tv tu. Ish. Mummy tak normal ke? I guess, i was sooooooo damnnn tired at that time. Mummy tahan sakit dari jam 2pagi lagi woi. Ambil kalkulator dan kira sendiri berapa jam, tanpa ubat penahan sakit. Daddy kata mummy kuat. Well, ehem. Maybe. Hehe

Mummy nak cerita how great is your daddy.

Mummy rasa, nak tahu baik ke tak suami kita tu, tengok masa kita mengandung up to jaga anak. Daddy passed semua test masa mummy mengandungkan Sunan. Daddy is a good man. Dan mummy tahu yang daddy memang real good lepas Sunan lahir. Masa itu, mummy dalam keadaan yang paling buruk kot. Mungkin muka mummy macam tapai basi, badan mummy lembik dan macam nak mati pun ada tapi layanan dan jagaan daddy lovely dan soft. =)

Nak tahu mummy gradekan hospital mummy bersalin tu berapa?

A okay. Mummy happy dengan layanan doktor dan nurse. Worth the money yang mummy dan daddy spend. Alhamdulillah =)

Sunan, the journey was not end. Keep reading.

Lahirnya Sunan ke dunia bermakna, mummy bukan bersendiri lagi. Prioriti hidup mummy berubah. 27 tahun mummy cuma jaga diri mummy alone dan sekarang Sunan datang. Oh god! Macam mana Sunan expect mummy untuk terus jadi lovey dovey sangat. Mummy sangat streessed semasa early days tu.Once and more daddy tanya, "happy tak ada anak?"

"I dont know. Mummy tak tahu. Mummy got no feeling. Mummy still blur"

Yang mummy fikir cuma hidup mummy sebelum Sunan ada. Oh, bad girl kan? Alah, setiap drama memang ada klimaks la. 

Seminggu lepas Sunan lahir, Sunan warded atas sebab jaundice dan eye infection. 7 hari Sunan warded, 7 hari jugalah Mummy berendam airmata. Masa tu mummy masih lemah fizikal dan mental, terpaksa jaga Sunan sendirian kat hospital. Mummy stress lagi. Mummy sedih sebab Sunan sakit, Padahal sakit sikit je pun. Emosional lebih je kan. Mummy rasa nak lari dari hospital pun ada tapi mummy bukan tengah shooting drama pun nak lari-lari bagai.

Akhirnya mummy sedar lagi, yang mummy cuma mampu doa dan bergantung pada Allah supaya Sunan boleh discaj secepatnya.

Oh, Sunan, you are 64days when mummy wrote this.

More happiness to come.

=)

Fasa hidup baru


Assalamualaikum

Rindu sangat nak menulis ni since tinggal hampir 3 bulan tak terupdate.

Phew....

Changing phase of life 360 darjah dan masih dalam mood adaption. Masih bersama insan-insan tersayang yang sama dan ada sebijik penambahan kegembiraan. Alhamdulillah. Satu perjalanan yang penuh dengan drama slot akasia juga cuma lebih realistik.

Plan Allah adalah sebaik-baik plan (read:perancangan)

Setiap masa dalam hidup ni kita ada perancangan kan? Walaupun untuk sekecil-kecil aktiviti seperti nak pakai baju apa hari ini (tapi untuk gegirl, ni BIG PLAN) atau nak lunch kat mana. Biasanya plan kita ni dibuat atas pertimbangan baik buruk dan aplikasi Kemahiran Hidup bab Pemikiran Kreatif dan Kritis kot?

Dan kita cuba untuk pilih option terbaik untuk kita, lebih-lebih lagi untuk BIGGGGG plan seperti nak kahwin dengan siapa lah kan. 

Ada masa plan kita berjalan sebijik macam kita nak, ada masa berjalan separuh macam kita nak dan ada masa berjalan bukan macam kita nak. Sebagai muslim, apa-apa jalan pun kita wajib terima sebagai kehendak Allah.

Ada masa, kita dah tak boleh nak plan apa-apa dan pilih untuk follow the flow seperti yang saya buat sehingga saya end up seperti hari ini. Dan still, saya gembira. Sebab apa?

Kan perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan.

=)