Friday, February 5, 2016

Feeling excited!


Assalamualaikum dan hi.

Getting closer to weekend plus long holiday such a big bless dan rahmat dan nikmat yang Allah bagi untuk kita yang kerja 8.00am to 6.00pm, 5 days a week ni. 

Pernah tak korang rasa ini satu nikmat? From Allah to us. 

Setiap muslim tahu yang kita wajib bersyukur. Even bukan muslim tahu erti syukur. Tapi tanya diri kita balik, adakah kita betul-betul bersyukur dan tahukah kita real meaning of bersyukur tu. Be honest to ourselves. Saya sendiri masih belajar the real syukur dan selalu tersepak batu lalu keluar dari benteng syukur. Astaghfirullah. 

And again, syukur diberi Allah suami yang selalu menjentik minda saya makna sebenar bersyukur. Tiap kali kena jentik, rasa kecik sangat. Malu. 

Jom kita tengok hidup kita. Berlapang dada. Syukur bukan setakat tinggal di rumah idaman kita atau memandu kereta yang kita dah aim sejak zaman uni lagi. Atau diberi Allah pasangan yang dilihat orang sangat cocok dengan kita. 

Mula syukur dengan small thing sebab dalam kita tak sedar, kita selalu syukur pada nikmat yang besar tapi lupa pada yang kecil. Betul tak? 

Jom tengok situasi. 

Bila habis belajar, mahu cepat kerja besar gaji banyak. Cemburu kawan tunjuk kereta baru.

Bila masih bujang, gusar diri tak laku. Macam goreng pisang semalam. Cemburu kawan hantar kad kahwin.

And the list go on.

Syukur bukan semudah "terima kasih Allah" di wall facebook korang,

Dan bukan susah pun, kalau kita fahami makna sebenar syukur.