Assalamualaikum dan hai.
So, dah dapat duit BR1M?
Bercanda je. Jangan stress.
Sebagai perempuan, pernah tak korang berangan-angan atau bercita-cita (lebih realistik bunyinya kan?) untuk bersuamikan lelaki kaya. Jangan hipokrit. Mengaku jelah. Lagipun tak ada orang yang tahu pun kalau mengaku depan skrin komputer atau smartphone korang. Personally, saya sendiri ada jugak fikir-fikir begitu. Best apa dapat lelaki kaya. Boleh jalan ke London setiap minggu kan?
Ini salah satu contoh penangan drama dan novel. Haha
Situasi itu biasa dan logik kalau apply kepada perempuan. Setuju?
Macam mana kalau lelaki yang bila ditanyakan ciri perempuan pilihannya, segera dijawab harus kaya. Kaya. Bukan berkerjaya sahaja tau. Kaya ni maksudnya duitnya banyak sampai tak muat bank, keretanya mewah berbiji-biji. bajunya bukan beralmari tapi berbilik-bilik dan kaya lah.
Saya fikir, isu ini sangat menarik untuk kita lebih faham konsep rumahtangga dan perhubungan lelaki-perempuan.
Atau lebih tepat, saya rasa lelaki macam ni tak layak dibuat laki. Haha.
Sefaham saya dan gegirl-gegirl yang suka online dan baca artikel dalam facebook semua, bila kita menikah, wajib untuk lelaki menyediakan keperluan isteri mengikut kemampuan dia kan. Habis tu kalau rumah belian perempuan tu lagi mewah daripada teres yang suami tu nak sewakan, agak-agak perempuan tu nak duduk mana.
I definitely akan cakap "Kita duduk sahaja kat rumah I ni, sewa tak payah bayar dah"
Lepaslah sebelah tangan lelaki.
Dan banyak lagi keperluan yang lain akan menyusul.
Jadi, tanggungjawab lelaki itu dah ke mana. Macam ke laut pun ada.
Itu view saya sebagai perempuan.
Macam biasa, saya selalu bersembang dengan suami, seorang lelaki jelasnya. Dia sendiri buat muka jelak dengan lelaki macam tu. Dan saya percaya, ramai lagi lelaki normal yang lain akan sependapat dengan dia. Harus kita fahami, bukan wajib lelaki cari perempuan yang miskin atau bawah sedikit status kewangannya sebab zaman sekarang pun ramai je perempuan yang bekerja dengan income yang lebih daripada suami sesuai dengan kelayakan akademik mereka. Tapi itu bukan isunya.
Kalau difikirkan, agak susah untuk saya digest perangai lelaki yang nak pasangannya kaya atas alasan apa pun. Seumpama melawan graviti duniawi dan fitrah mereka sendiri. Fitrah lelaki yang baik akan melindungi perempuan kesayangannya. Melindungi itu merangkumi menjaga perasaan perempuan, melayan dengan santun, melengkapi emosi dan banyak lagi.
Dan, bukan ke wang itu menjadi salah satu item yang digunakan untuk melindungi. Jangan salah tafsir ayat tu pulak. Bukan perempuan jatuh kepada tahap mata duitan. Tapi fakta tetap fakta.
Kalau perempuan boleh melindungi diri sendiri, lepaslah sebelah lagi tangan lelaki.
Lelaki, kalau kedua tangan tidak lagi ada tanggungjawab yang dia pegang, boleh kita gelar apa ye?
Dan lagi, bukankah lelaki ni ada ego dia sendiri. Tak rasa seperti ego tercalar robek hancur ke kalau menumpang senang isteri. Kononnya menumpang. Menumpang itu bahasa sopan untuk mengikis jelah.
Argh! Getting emo pulak.
Chill.
Oh ya lelaki yang nak isteri kaya,
perempuan kaya biasanya datang berpakej.
EGO.