Tuesday, June 23, 2015

6 Kesilapan besar yang dipandang enteng oleh pengantin



Alhamdulillah, sudah melepasi 3 bulan bergelar isteri dan saya bahagia dalam bergaduh manja dengan suami. Banyak yang saya ingin kongsi dengan pembaca blog ni pasal majlis pernikahan saya yang lepas dengan harapan ada manfaat untuk bakal-bakal pengantin terutamanya perempuan.

Majlis yang serba sederhana sekadar  cukup untuk meraikan keluarga dan saudara mara itu, syukur berjalan dengan lancar lagi penuh kebahagian dan settle sekelip mata je. Itu yang rasa tak puas nak jadi pengantin tu.

Sebelum berkahwin, saya dan suami sama-sama telah setuju untuk meminimumkan perbelanjaan untuk majlis perkahwinan. 

Pertama, tidak mahu saling membebani. 
Kedua, tidak mahu membazir. 
Tiga, kami bukan golongan pak menteri. 
Dengan harapan majlis yang kami buat diberkati, itu yang utama.

Suka untuk saya (dah macam pengacara majlis pulak) share dengan pembaca semua beberapa etika, eh, beberapa perkara yang saya aplikasi di majlis perkahwinan saya yang sebelum itu banyak sangat saya tengok orang buat. Yang mana, benda itu sangat mengguris hati saya sebagai saudara seislam. Ouch!

Baju pengantin

Kalau anda memang bernikah masa umur 13 tahun dengan berat badan 30kg saya rasa saiz xxs tu memang layak untuk anda. Malang sekali sekarang ni kita sedang bercakap pasal kewujudan segelintir pengantin yang masih selesa atau redo badan mereka dibaluti busana mengerlip . DIBALUTI. Girls, kita kena sedia maklum, kebanyakan butik pengantin, baju yang mereka sewakan tu, memang dibuat khusus untuk menampakkan bentuk badan kerana mereka percaya pengantin wajib seksi. Sudahlah mahal, ketat lagi.

Saya sangat bertuah kerana kedua-dua persalinan, cewah, dijahit khusus oleh mother sendri. Jadinya, saiz ukuran dapatlah dilonggar-longgarkan untuk menutupi bentuk badan dan Alhamdulillah direstui suami pada kali pertama melihat. Ahaks.

 Bulu mata palsu

Yang ni paling saya bersyukur walau kadang-kadang mengada dengan suami cakap tak cantik masa kawen. Pakai bulu mata palsu tu haram. Bukan cukur kening je haram, girls. Juru make-up pertama saya sangat memahami bila saya menolak bila dihulur bulu mata untuk makan. Sudahlah, memang dia make up tipis je ikut kehendak saya. Barulah tak rasa macam Lady Gaga.Gambar ada sebelah atas kanan tu.

Cuma perlu kuatkan iman dengan jurumekap kedua. Berkali-kali dia pujuk untuk pakai. Katanya cantik la, ringan la, itula, ini la dannnnn akhirnya gua menang. Muehehe
Ingat girls, masa hari awak kahwin, pakai baju kurung raya tahun lepas pun awak paling cantik. Tanpa bulu mata palsu.

Inai

Yang ni menyimpang sikit sebab untuk lelaki. Tapi cik tunang, apa salahnya menyampaikan ketidakbolehan para lelaki berinai untuk kahwin. Inai itu perhiasan wanita. Geli eh orang laki merah jari macam kena cili sos. Alhamdulillah suami saya tu walau bukan pak ustaz, celik juga agamanya. Ada juga saya test dia suruh pakai inai. Mahu cancel nikah kalau gatal dia nak pakai =)

Tudung, shawl, selendang atau tudung saji

Kalau bukan pasal nikah kahwin pun, masih ramai kawan-kawan kita yang belum (insyaallah tak lama lagi dan kita sama-sama belajar) yang membiarkan tudung dipakai diangkat sehingga nampak leher dan dada atas tujuan nak tayang rantai dan perincian manik di baju. Mungkin kita terlepas pandang sebab syok sangat disiapkan oleh mak andam kan, tapi cuba untuk kawal pemakaian kita okay, girls?

Terlepas pandang jantina jurumekap dan jurugambar

Jap. Bagi saya terang dulu. Saya telah ditazkirah awal-awal oleh suami untuk tempah jurumekap perempuan. Ui, tidaklah mahu lelaki. Malu i. Kalaupun masa mekap tu kita pakai tudung dan menutup aurat (semata-mata nak jurumekap lelaki dek dia tu popular) macam 0.00001% je yang jurumekap tu takkan pegang muka kita kan?

 Lagipun, dalam Malaysia ni berlambak makeup artis perempuan yang professional dan bagus.Lagi, tak perlu nak biar jurugambar lelaki anda snap gambar anda tengah makeup. Bukan boleh buat tutorial pun.

Membazir

Part ni terlalu objektif dan subjektif. Saya akan kongsikan apa yang saya buat untuk elak pembaziran masa majlis kahwin pada entri akan datang. Insyaallah.

Ini cuma perkongsian daripada saya. Yang baik boleh jadikan teladan, Yang salah tu kita perbaiki =)

Nak dapatkan rumahtangga till jannah macam korang tulis dekat caption gambar ig masing-masing tu, kena mula dari masa majlis lagi tau. Oh bukan, kena mula seawal perkenalan lagi.

Kata nak till jannah.

Friday, June 19, 2015

Rahsia bazar Ramadhan




Assalamualaikum



Actually, antara benda yang seronok time puasa tiba ni adalah kewujudan bazar-bazar ramadhan setiap 2 kilometer jarak. Tapi dalam seronok tu, bazar ni sebenarnya adalah satu ujian untuk kita. Meh nak explain secara santai ujian tersebut. Hee..

1. Lambakan makanan. Yang ni memang semua orang tahu. Bermula dari sirap selasih sampailah ayam golek. Semua yang dipandang tu semua nak beli. Beli, kemudian makan sampai habis tu tak apalah, ini beli kemudian masuk peti ais. Malam raya baru teringat ayam golek beli masa awal puasa tak makan lagi. 

Tapi, jenis hantu raya semasa buka puasa pun tak elok juga. Siang hari punyalah menahan diri kan, alih malam? Ramadhan tu bukan masa siang je tau.

2. Fitnah. Berdasarkan pemerhatian bekas pengunjung tak tegar pasar ramadhan ni, kadang tu sakit pulak mata melihat sesetengah pengunjung bazar ni pakai tak cukup ela. Dari rupa, sah Melayu. Islam belum pasti. Tapi situasi ni mungkin tak nampak sangat.

Eh, tak puasa pun sama je lah!

3. Peniaga duit raya. Some bazarnes (peniaga bazar. Hehe) adalah dari kelompok bermusim. Meaning that, mereka berniaga setiap ramadhan je. Mungkin cari duit lebih atau mereka memang genetik macam tu. Asalnya perbuatan mereka langsung tak ada salah lagi digalakkan ada la. Masalah yang tenggelam akan mula timbul bila ada di kalangan mereka tak faham konsep meniaga makanan.. Meniaga makanan ni senang je. Pastikan makanan tu sedap dan ada rasa. Sebab yang beli tu manusia, bukan ayam. Tak adil bukan bila jual beli macam tu. Ada lopong kat situ.

4. Yang last ni subjektif sikit. Bazar ni tempat ramai rakyat marhaen. Macam-macam ragam. Takut termengumpat pulak bila tengok orang yang tak baik pada mata kita. Saya ulang, pada mata kita. 

Dah nama pun ujian kan, kona lagu mana pun, berbalik kepada kekuatan emosi kita untuk tempuh. Saya bukan kata tok sah pi la bazaq tuuu. Saya cuma update blog je. Lol!

Selamat berpuasa awak!

Thursday, June 18, 2015

Tips sahur dengan mudah dan cepat



Assalamualaikum

Yeay! Hari ni adalah 1st day saya berpuasa sebagai isteri. Kekekeke. Dan saya pasti awak dan ramai lagi yang status macam saya kan. Seronok la tu. Mesti dah ada 30 jenis menu masakan berbuka dari ayam masak kicap sampai ke beriani ayam lah tu. Ish, puasa lah!

Biasanya approaching 1 ramadan mother kitorang akan bebizi beli ayam la, daging la, sotong la, kerbau la, kambing la, tipu je, untuk masak best-best khas sempena sahur  puasa hari pertama. Bukan apa, nak bagi family selera sikit makan nasi. Iyalah, 5 pagi, merangkak kot nak suap nasi.

Dannn saya rasa benda ni berjangkit pada saya.

So, few days before puasa saya dah berzikir sebelah suami nak masak apa untuk sahur dan come out nak masak tomyam lah. Ha! Tomyam okay. Gigih sangat tu.

So last night, barang untuk masak 3 4 hari termasuk tomyam takn sabarnyaaa nak masak tu dah ready dalam fridge. Dan of course, jam haruslah kita kunci start pukul 3 pagi. Boleh la tahajud sambil tunggu tomyam masak. 

Oh well, 
Hidup tak selalu indah bukan.
Pagi tadi kami sahur dengan tomyam air saja.
Sedap dan menyelerakan.

Thats the sahur story.

Now, back to tajuk.

Kalau sebelum ni bujang, sahur sama ada bangun ke tak tu dah biasa. Tapi tahun ni kalau boleh jangan buka puasa je nak penuh, sahur pun penuhkan lah. Dapat pahala tau.

1. So geng, sebelum tidur, niat sungguh-sungguh nak bangun sahur dan pilih lagu alarm yang ganas atau lagu yang paling annoying bagi awak macam Lagu Aku tanya apa khabar tu. Atau boleh rekod teriakan mana-mana pontianak. Kalau boleh, tukar lagu alarm setiap beberapa kali dan set volume paling tinggi. Lagi, boleh sambung ke speaker. Boleh kejut jiran sekali.

2. Jangan tidur atas katil. Sangat digalakkan untuk tidur di sebelah dapur. Bukan apa, boleh terus ambil makanan. Tambah-tambah yang bilik tingkat atas tu.

3. Jangan buang masa untuk masak. Ye, ye, saya tahu awak memang passion sangat memasak tapi ni tips untuk sahur mudah dan cepat. Kalau jenis prefer sahur light light je, boleh kunyah kurma. Kurma ni letak sebelah bantal ye. Boleh semut join sekali. Dan kalau semut tu islam dia akan azankan dalam telinga jugak. Kalau nak beriani pun boleh siap2 letak dalam pinggan. Pasang salur ke perut. Sambil baring pun boleh makan.

4. Atau awak boleh azam untuk sahur dengan tomyam air macam saya.

Selamat berpuasa 
Jangan marah ye
Haha!





Monday, June 8, 2015

Wide shawl by Charmant: Untuk yang pentingkan keselesaan dan mahu cantik!



Assalamualaikum

Alhamdulillah. After severals month saya dan team buat material hunting, akhirnya kami dapat jumpa material terbaik untuk keluarkan produk kami iaitu Shawl. 

Kami memang sangat concern pasal material sebab kami memang tak akan jual shawl yang tangkap lepas je. Kami hargai anda dan dan akan mahu anda dapat manfaat bila guna produk kami bukab setakat habiskan duit untuk shopping atau puaskan nafsu. Tehhee... 

Material super flowy yang bagi efek elegen bila pakai, masih mengekalkan saiz yang labuh dan lebar serta tidak jarang. Harga affordable untuk semua peringkat umur. Eh, asyik cakap je kan. 

Jom tengok gambar kasi segar bijik mata hangpa semua tetiba cakap utara. Hee




Kalau suka, saya sangat galakkan anda whatsapp ke 0139475834 iaitu saya sendiri. Heee. Stok limited dan selling fast. So saya sangat galakkan anda whatsapp sekarang. I mean, now.

With kasih sayang, 
Ain

Friday, June 5, 2015

Review: Boat noodle

Assalamualaikum

Satu perkara yang best dekat Malaysia ni, selain harga minyak yang macam main-main dengan kita tu, adalah makan. So much of food, you just need money. Hahaha. Sampaikan, 1 of colleague kata, susah nak diet kat Malaysia yang masih aman ni.

Tempat urban terbaru yang menjadi kegilaan masyarakat marhaen yang saya pergi buat case study adalah Boat Noodle. Ya, i know. Bosan. Klasik. Not so new, ain.

Okay. Kita cerita pasal mee.

Tarikan sulung restoran ni adalah harga semangkuk mee yang gila melampau nak murah. Kat mana nak cari mee semangkuk RM1.90 je kau, untuk satu kali suap. Ehem, memandangkan dia ada 4 choices of variation, kita akan order 4. Jom latih otak. 4 kali singgit sembilan, tolak tambah lapan ringgit, tolak lagi RM7.60! 

Jadi, tak murah.


Tapi, pasal rasa, diorang menang. Iyalah, thailand style jarang tak sedap. Dan, tak rugi untuk kita cuba. Memakmurkan varieti makanan negara sendiri apa salahnya.

Dan dapat bawak balik botol air lagi sebagai kenangan. 


P/s: The RM1.90 mee is a brilliant idea. I have no bad feelings towards Boat Noodle. In fact, i love to go again. As i said, i went to do case study, plus enjoying our country goodness.

P/s: Mee dia memng sodap!