Eceh, tajuk nak headline saja kan?
Seperti kita semua maklum, tahun-tahun kebelakangan ini dan
yang akan datang, mungkin, adalah tahun alam maya di mana separuh daripada masa
kita disujudkan kepada smart phone. Memang patut nama dia smart phone sebab
orang yang guna adalah stupid human.
Rilex. Jangan nak naik angin lagi.
Bukan semua adalah stupid.
Marah lagi?
Kekurangan skill menggunakan akal bagi sesetengah manusia tu
yang menjadikan mereka stupid. Kata ganti “mereka” sebab tak mahu cakap diri
sendiri stupid. Hehehe.
Saya sendiri penggemar internet. Ehem. Melayari internet.
Sedang dalam tempoh mengawal nafsu dan melatih diri untuk online buat duit
bukan makan duit. Tapi, kita masih tak dapat nafikan sisi positif internet dan
medium-medium social seperti facebook, instagram dan tweet tweet. Saya sendiri
banyak cedok ilmu, buat observation, cuci mata melalui sharing yang ada di
facebook, terutamanya.
Malang seribu kali malang, bila kita tak dapat kawal minda
untuk bezakan baik buruk sesuatu sharing di facebook, terutamanya.
Banyak kali saya terlalu di shared post, status ataupun
update yang penuh dengan aktiviti tagging suami di bahagian komen.
Isu yang dibicarakan biasanya perihal rumahtangga sama ada yang
sedikit mengkritik suami, tips atau cara melayan isteri atau seangkatan
dengannya. Tidak salah pun isu tu. Penulis cuba educate je.
Secara peribadi, saya sendiri kadang-kadang (kadang-kadang
ok) akan baca.
Sedar atau tidak, sesetengah posting sangat biadap apabila
mereka (yang suka tag nama suami tu, bukan awak) tag nama suami. Akaun facebook
suami. Mana tak biadap kalau kita seolah-olah nak mengajar suami atau menegur
suami yang mereka tu tak buat pun benda-benda macam dalam posting atau status
share tu SECARA TERBUKA.
Adakah mereka sedang menayangkan kepada seluruh rakyat
(macam menteri dah ni) isi pekung rumahtangga. Saya masih terlalu muda bak usia
jagung bergelar isteri, tetapi kadang-kadang hal seperti ini pop dalam kepala
dan saya fikir, ini memang biadap.
So, pernah buat?
Sekarang boleh lah marah.