Tuesday, April 28, 2015

Circle

Assalamualaikum there!

Cuba korang tengok sekeliling korang dengan jarak diameter 1 meter? Awak suka tak circle awak?
Gurau je.

Lately, saya ada bermuhasabah dan sarawak pasal circle hidup saya. Siapa yang kerja sekeliling saya, orang-orang yang saya jumpa, siapa kawan dan lawan. Just for analysis. Dan untuk belajar ubah circle, jadi hanya orang-orang yang positif boleh masuk rapat ke gawang gol.

Asasnya, saya bukanlah seorang yang peramah gila lagi lawa tambah kaya sehinggakan teman keliling pinggang. Saya introvert. Dulu. Sekarang tinggal sikit. Simpan sebab perlu. Awak tahu kan, hidup biasalah penuh dengan manusia yang agungkan perangai syaitan padahal masing-masing ada sifat baik. 

Dan lagi satu, introvert pun ada baiknya.

Circle saya kecil je. Senang handle. 

Pada saya, its good maintainkan die kecil sehingga sekarang. Tapi tak tahulah masa depan, tapi yang pasti, walaupun circle tu ditakdirkan bertambah diameternya, saya cuma manusia manusia positif. Jadi circle saya kekal teguh.

Jangan lupa check circle anda ya!

Friday, April 17, 2015

Mentaliti

Assalamualaikum

Biasanya bila bercakap pasal mentaliti, apa yang kita fikir? Saya? Tak fikir apa-apa. Haha. Ok tak kelakar.

Biar saya jadi kamus dewan korang jap. Mentaliti ni dipendekkan cerita adalah cara kita berfikir. Omaigod? Berfikir pun ada cara ke? Harus ada. Sebab tu kita belajar kemahiran berfikir kritis dan, dan, kreatif? Oh, mind that. Malangnya, belajar cara berfikir langsung tidak membantu kita untuk ubah cara berfikir class D ke class A. Or, saya seorang je yang tidak terbantu tu?

Oh ya. Why am I writing about this?

Sebab kita perlu tukar mentaliti kita sekarang. Sekarang. Sekarang.

Pernah korang study sikit pasal orang-orang berjaya yang paling dekat dengan korang? I mean mungkin bos ke, ceo ko, kawan ke? Or cuba kenal yang glamour seperti Tony Fernandes ke atau Siti Nurhaliza maybe?

Point is, kalau kita betul-betul nak tahu kita akan dapat tahu yang mentaliti orang berjaya sangat berlainan. Malangnya, again, asyik malang je kan, kita tak akan dapat sama frekuensi dan tak akan dapat digest mentaliti mereka sebab kita belum ubah mentaliti kita supaya gelombang tu sama.

Akhirnya, akan keluar lah,
"alah, dia bolehlah"
"rezeki dia"
 dan banyak lagi kata-kata yang dari sekeji-keji bahasa sampai ke sesopan-sopan kata-kata.

Mentaliti boleh diubah.
Cuma mahu atau tidak.

And im still learning to train my brain to think like manusia ciptaan Allah.


Sebab setiap manusia yang Allah cipta adalah sempurna pakej dengan anugerah terindah. Cuma kita yang nak simpan anugerah tu dalam diri atau langsung tak sedar kewujudan.

Saya percaya setiap susuk tubuh manusia dicipta untuk buat sesuatu.

Manusia, makhluk ciptaan paling sempurna, kan?

Wednesday, April 15, 2015

Married. Marriage

Dah 33 hari sejak kami nikah. Dan setiap hari juga, he said he love me.

Oh ya. I think semua orang baru kahwin pun ada perasaan sama kan. Those teruja, excited, senyum sampai telinga dan you know, semualah.

Ada tak orang baru kahwin nangis? Mind the kahwin-paksa macam dalam novel tu.

I did.

Sebab tiba-tiba saya rasa lemas, suffocated. Sebagai isteri kena buat tu, buat ni. Trying to be superb wife. Perfect. Sehingga syaitan datang jahanamkan minda dan perasaan.

Tapi tu dulu. Masa awal-awal kena cope dengan perubahan fasa, tempat, jadual dan semualah.

Satu hal saya belajar dari situ, do things slowly, sometimes kita kena masuk pelan-pelan, let the things datang kepada kita dengan lemah lembut bak angin pantai memukul pipi gitu.

And alhamdulillah, 33 hari dan saya masih belajar.