Tuesday, July 22, 2014

Aku sebuah kereta

Nama aku Cik Dah Montel. Aku dilahirkan di sebuah bangunan yang penuh besi, suara-suara bangla, pekikan manusia berpangkat dan bunyi mesin-mesin yang mampu memecahkan gegendang telinga aku. Semasa dilahirkan, suasana sangat panas tanpa sebijik aircond pun mengipas aku. Tidak kah mereka tahu aku ni masih fragile dan manja? Tidakkah mereka tahu aku patut di puja-puja?

Bagi mengubati duka di hati, aku bersembang dengan kawan-kawan di sebelah. Ternyata mereka juga seperti aku. Salah seorang kawan aku memberitahu yang kami bakal dipisah-pisahkan ke merata tempat. Berguguran airmata aku mendengarnya. Bermakna aku tidak lagi perlu panas macam ni. Dek kerana terlalu gembira, aku meloncat-loncat sehinggakan terkencing sendirian.

Tiba-tiba aku dikerumuni oleh manusia dan mereka mula menelanjangi aku. Menurut mereka, tangki aku bocor. Tidakkah mereka tahu aku cuma terkencing? Huh. Susah betul melayan kerenah manusia ni.

Semasa dilahirkan aku sudah berusia 25. Tapi masih kacak bergaya dan putih melepak. Walaupun kelihatan seperti singa lapar, aku masih mengamalkan adab-adab ketimuran. Ketika di rumah baru, aku sentiasa didatangi manusia pelbagai rupa. Mereka meraba badanku, dan menggosok perlahan-lahan. Eh, janganlah berfikiran biru sangat. Aku kan kereta.

Mereka mengagumi aku. Dan aku mula mendabik bumper. Terasa megah dipuji-puji. Tidak seperti ketika di tempat lahirku yang langsung tidak mesra, cepat dan betul. Bikin panas saja. Suatu hari aku didatangi seorang gadis. Phewettt. Aku bersiul gatal. Ternyata gadis tersebut mendengar siulan aku dan terus menerpa ke arah aku. Dia tersenyum. Akhirnya, aku bakal berpindah. Namun aku yakin perpindahan ini akan melonjakkan riak aku.

Pastinya aku akan diletak di sebuah tempat berbumbung bagi mengelakkan aku berpanas dan menyebabkan aku yang putih bertukar hitam. Tak kanlah aku kena pakai Fair and Lovely pula. Atau mencuba Aurawhite instead of petrol 95ron. Dan aku pasti aku akan dibawa mengelilingi bulatan pahang dengan megah sekali. Ketika itu bolehlah aku menjeling senteng ke arah Pak Maibi dan Cik Bibah.

Akhirnya peluang aku datang. Dapat jugak aku berlari setelah lama duduk membuncitkan perut. Namun, aku menyesal tidak menerap SPF 25 dan memakai penutup hidung. Panas dan kotor sekali bumi ini. Ini semua angkara manusia yang asyik merosakkan. Aku sudah lama maklum akan perangai buruk manusia ini. Err, tuan aku terkecuali.

Sedang asyik melayari jalan-raya yang penuh dengan spesies aku, aku terasa satu hentaman di bontot aku. Aduh! Siapa pula berperangai seperti kaum Nabi Lut ni? Eh, maksud aku, aku dilanggar sahaja. Hehe..

Mujurlah sakit sikit sahaja. Lepas letak minyak cap kapak, aku agak hilanglah luka nanti. Aku turut berhajat untuk mendapatkan Bio oil nanti. Manalah tahu tertinggal parut. Mesti aku akan dipandang 3 suku mata. Iyalah. Aku dengar manusia memandang rupa. Makin lawa makin diagung-agung.

Tanpa disangka-sangka aku mendengar pekikan guruh. Alamak! Basahlah aku. Manusia mula mengerumi aku dan mengintai bontotku. Wei! Apa ni? Tolonglah hormatkan aku. Guruh makin kuat. Aku makin bimbang. Kenapa manusia semaikin ramai? Apa yang berlaku? Aku dah matikah?

Rupa-rupanya panas tidak sampai ke petang. Guruh yang aku dengar bukanlah guruh sebenar, tapi teriakan tuanku. Ternyata aku salah menilai manusia.

Sejak itu, aku mula dikenali ramai. Manusia mula menanggalkan topeng mereka. Mereka tidak lagi tahu erti malu. Aku dihina dan dicaci. Walhal aku.cuma sebuah kereta. Mereka berlagak sempurna. Mereka menidakkan perikemanusiaan. Mereka cuma tahu memalukan diri tanpa sedar.

Aku kini tidak lagi bisa riak di jalanan. Bak kata orang puteh, i'got my lesson. Tapi kamu manusia bila lagi?

Andai kehadiran aku hanya memecahkan manusia, aku harap manusia masih menunggang kuda dan lembu.



P/s:Hashtag cdm25 banyak mengajar kita nilai dan pengajaran. Ambil yang jernih, flush yang keruh dan busuk.


Posted via Blogaway

Wednesday, July 16, 2014

Aib

Assalamualaikum aliens!

Kamu semua tahu tak dekat Malaysia ini, perkataan aib dan popular tu serangkai. Dua perkataan tu rapat macam kembar siam, eh, kembar siam pun at least boleh kita pisahkan. Sebenarnya aib dan popular tu tak sinonim langsung, ini pulak antonim. Tapi pelik kan macam mana boleh get get together gitu.

Kamu semua ada facebook tak?

News apa yang akan jadi hit masuk carta?

Yang ada unsur aib dan popular ni lah.
Saya bersyukur sebab walaupun ramai rakyat Malaysia yang perasan bagus dan suka mengata orang, still ada yang tahu betul dan salah. Cuma macam sikit je kuantiti. Atau mereka ni tak campur hal orang, so komen mereka memang sikit. Ya! Saya rasa yang tu.

Stop hashtag cdm25 kecualilah awak tu geng otak di lutut.


Posted via Blogaway