Wednesday, April 23, 2014

Bas Ekspress

Assalamualaikum

Jaman (trend kan pelat-pelat ni?) dulu-dulu untuk ulang-alik kampung ke tempat belajar, memang bas je jadi kenderaan utama. Jangan mimpi nak feeling-feeling mak bapak datang jemput. Maklumlah, saya bukan orang kaya. Sampaikan mabuk kenderaan hilang kes dah imun dengan bas barangkali.

Dan sekarang bas ekspess asyik accident je, buat saya bimbang dan takut walaupun dah jarang guna perkhidmatan bas ni. Sedih kot bila baca-baca berita macam ni. Memanglah ajal Tuhan dah tetapkan tapi Tuhan pun suruh kita jaga diri. Jaga nyawa.

Pernah sekali masa naik bas ekspess saya tak dapat tidur sebab seram dengan pemandu bas yang bawa laju dan brek-brek suka hati dia. Dah la tengah malam buta, dalam hutan. Dalam hati dah doa supaya cepat sampai. Sebab takut sangat naik bas tu.

Tapi bukanlah nak cepat sampai dengan cara macam tu pak cik oi!

posted from Bloggeroid

Monday, April 14, 2014

Jom Happy!

Assalamualaikum

Hari ni disebabkan hari biru sedunia (read:Monday Blues) saya tergerak untuk tulis entry untuk kita jadi happy. Terus nyanyi lagu Happy. Tanpa henti. Eh, sedap pulak.

Jadi, secara realistiknya, tak ada seekor kucing pun seorang makhluk pun di bumi Tuhan yang cukup indah ni nak hidup sedih sepanjang masa kan? Semua nak selalu gelak duit penuh poket. Tak. Tak. Duit tak penuh pun happy apa.

Tapi, tak semua orang pilih jalan kebenaran. Suka sangat pilih jalan hitam yang menyakitkan jiwa tu. Pastu mula la hidup sengsara dalam kesedihan tak berkesudahan. Melodrama la pulak.

Satu cara yang paling senang tak payah keluar duit dan bayar tax untuk happy adalah buat perkara yang kita akan happy kesan daripada perkara tu. Contoh paling mudah, sebagai seorang perempuan, dapat turunkan berat badan adalah satu pencapaian yang menggumbirakan melebihi gembira dapat result SPM okey.

So, terus plan diet schedule. Satu jaga makan. Dua bakar lemak which is exercise sekerap boleh. Kenapa sekerap boleh? Sebab sayalah manusia paling liat kalah tanah liat bila nak exercise. Satu nasihat dari gadis liat ni, nak kurus ni tak payah buang duit beli produk. Nanti awak jadi pemalas. Hikhikhik.

Paling jimat dan dapat kurangkan dosa untuk happy adalah jauhkan diri anda daripada menyibuk hal orang. Perempuan dan mengumpat ni macam sinonim kan. Alah, lelaki pun kadang-kadang sama. Tahukah anda betapa berdosanya kita bila bercerita hal orang? Memang sedap pun mengumpat ni, nikmat semacam je kan, tapi nikmat jahanam kat dunia je. Bila kita terngumpat ni, jom cepat-cepat minta ampun kat Tuhan. Dan berlalulah daripada kalangan mereka tadi.

Sibukkan diri dengan kerja. Dengan berfikir pasal diri sendiri dan macam mana nak tambahkan sakinah rumahtangga sendiri. Eh, tiba-tiba pulak.

Kenapa dengan tak menyulam umpat kita happy? Sebab biasanya bila kita mengumpat org atau join kumpulan umpat, sebenarnya kita pun jadi mangsa umpatan orang okey. Saya tahu benorrr la kena umpat tu best ke tak. What you give kan you get back.

Belajar buat ketupat lagi bagus. Raya dah tak lama ni.

Happy pulak bila dapat update blog!!!

Bye.

posted from Bloggeroid

Sunday, April 13, 2014

"Private"kan kebodohan anda.

Assalamualaikum

Nampaknya isu MH370 dah mula suam-suam kuku dan hampir dilupakan. Panggilan hangit pun dah kembali disiarkan. Campur dengan Melodi yang kembali menerjah. Besar kemungkinan Anugerah Bintang Bulan Matahari Popular pun akan ditayangkan juga. 

Dekat Malaysia, setiap hari akan ada isu yang macam pisang goreng panas. Masa panas memang menjadi kegilaan, lama-lama akan surut dan basi macam tu je. Saya terpaksa cakap Malaysia sebab saya tak tahu negara lain jual apa, eh, maksud saya macam mana culture mereka. Dengan ada facebook, contohnya, makin banyak la isu-isu dipanaskan dan makin ramailah muncul cendekiawan perasan cendawan.

Isu terbaru adalah pasal seorang profesor tersohor yang dilaporkan telah meraba pelajar beliau. 

Di Malaysia, apabila ada satu isu, para cendekiawan ni akan terbahagi kepada tiga kelompok nyata. Mungkin sebab berlainan ijazah kot.

1) Cendekiawan bertanduk.

Seperti title di atas, tugas orang-orang sebegini biasanya adalah memaki sepuas hati pada pihak yang dikatakan bersalah. Kalau kes raba ni, yang jadi pesalah si profesor la sebab dia yang dikatakan  meraba. Kalau kes Hanez Suraya dulu tu, si makcik nilah yang dimaki sebab dia pesalah. Dan kalau kita tengok lebih dalam lagi, akan ada orang yang akan memaki lari daripada subjek. Kalau kes raba, bukan aktiviti rabaan tu yang di maki, tapi mungkin title Profesor milik si peraba.

Dan mereka memaki seperti diri tak ada dosa.

2) Cendekiawan serban

Dalam banyak-banyak komen atau makian, biasanya akan adalah orang-orang yang konon menaip ayat-ayat berunsur islamik dan nasihat. Sebenarnya tak salah pun mereka nak nasihat cendekiawan nombor satu tadi tu cuma cara tu salah. 

Dulu taknak masuk tahfiz, bila dah besar mula sibuk jual agama. 

3) Cendekiawan bisnes

Kalau perasan dan rajin skrol down komen pada apa-apa isu, akan ada orang yang macam tak ada feeling akan komen untuk promot bisnes. Biasanya MLM. Eh helo! orang tengah sibuk berdiskusi pasal isu yang besar, boleh pulak dia selamba bodoh tepek iklan. Nak berniaga tu cubalah kreatif sikit. Jangan jadi kurang akal.

Boleh?


Pada saya, tak ada buruknya pun kita guna internet. Internet sendiri bukanlah sesuatu yang tak baik. Yang tak baik tu kita sendiri. Kadang-kadang saya jadi pelik dengan sikap sesetengah orang yang menghabiskan masa untuk komen atau share berita yang tak ada faedah. Belum kira lagi dengan orang yang suka publickan apa yang private.

Korang memang tak ada private life ke?


Oh ye, boleh beritahu saya kenapa profile nama budak yang kena raba tu "SHUHADA RABA?"
Macam bangga kena raba je.

Sebab tulah, yang private, keep private.