Sunday, September 28, 2014
Tak payah patah-patahkan jejari kerusi lah!
Ingat entri semalam? Kalau tak ingat atau tak tahu boleh tengok kat bawah. Cikgu tak marah. Cikgu faham set-set makan semut memang pelupa.
Rentetan daripada peristiwa zon selesa semalam, pada awalnya mendengarkan frasa "lebarkan atau besarkan zon selesa anda memang memberi semangat, harapan, cita-cita, impian dan paling-paling busuk pun angan-angan kepada saya.
Sehari, dua hari, sehinggalah musim durian datang balik, zon selesa saya tak lebar-lebar pun. Badan melebar adalah. So, frasa tu berkesan lah. Kemudian saya fikirkan frasa baru yang boleh jual. Laku macam goreng pisang dan action bukan tinggal angan-angan. Nak tahu apa dia, tunggu episod 3. Kata sinetron, memang panjang dan kaya dengan babak slow motion dan bermonolog.
Okey. Okey. Tak sabar sungguh u ols..
CIPTA ZON SENDIRI. MACAM MANA AWAK MAHU, CIPTALAH SENDIRI. PANAS ATAU SEJUK ANDA KONTROL SENDIRI. HIDUP ANDA, CARA ANDA.
Ramai orang fikir bertukar zon adalah miskin kepada kaya, kancil kepada BMW, bini satu kepada bini 4, apartmen ke banglo, roti canai ke spageti, Bata ke Prada, rokok gulung ke Dunhill atau Langkawi ke Maldives.
Besar sangat. Jom kita kecilkan skop dan bergerak perlahan-lahan. Maintain lane kiri dan pelan-pelan signal ke lane kanan okay? Janji? Okey.
Benda kecil seperti kalau;
Sebelum ni kita banyak maki hamun dan sikit-sikit nak "shit" "shit" je padahal pen terjatuh je pun
Atau
Solat selalu hujung-hujung time je
Atau
Punch card keje 8.28pagi tepat je
Atau
Asyik tangguh kerja
Atau
Terlalu banyak baca gosip
Atau
Terlalu banyak intai jiran sebelah ke
Tukar ke zon lain boleh kan? Tak payah nak shit shit sangat.
Mata hitam kau tak kan jadi biru pun!
Kerusi MB Selangor dah bertukar, kita bila lagi?
Dapat tak makna dalam daripada gambar ni? Hey! Bukan bertukar merah ke pink je la! |
Mari saya frasakan untuk lebih ilmiah.
Selalu kita dengar keluar dari zon selesa, keluar dari zon selesa, wei, nyah dari zon selesa dan benda ni berlegar-legar je dalam otak kita. Sehinggalah akhirnya mentor ni cakap boleh terus hidup dengan syarat lebarkan zon selesa kita. Wah! macam ada harapan baru kan. Bolehlah kita terus duduk atas kerusi merah tu kan, cuma perlu patah-patahkan jejari kerusi je, boleh berbaring pula. Kata lebih lebar. Tak perlulah duduk di atas kerusi pink yang tak boleh bersandar dan bakal digelar jambu.
Berapa kerat sangat la kan nak buat?
Friday, September 26, 2014
Sporting mummy always cool!
Eh, tiba-tiba dapat tagging dari mummy marsha.Terharu peluk tiang ni. So, orang berbahasa kita membalas lah. Sebenarnya ini adalah segmen Liebster Award yang boleh mengenalkan sesama blogger seantero Malaysia. Phew~~~
Jom tengok syarat-syarat.
- Senaraikan nama dan URL akan yang dicalonkan dalam Liebster Award ni.
- Jawab 11 soalan yang diajukan.
- Anda wajib mencalonkan 11 blog lain.
- Cipta 11 soalan anda sendiri & mereka yang tercalon wajib menjawab soalan yang diajukan.
- Maklumkan kepada 11 blog yang tercalon supaya mereka menjawab soalan itu.
- Apa nama blog korang? Nama tu ambil sempena apa? -Nama blog Aienzunnur. Diambil sempena nama seorang baby girl yang comel gila.
- Kenapa korang suka berblog? -Saya harap sangat dengan berblog ni saya mampu jadi seglamour Nora Danish. Itu lah sebab dia.
- Apa yang mesti korang ceritakan dalam blog korang? -Mesti? Kalau rasa tak puas dekat satu isu tu, saya akan mula menulis sebab tak nak hantuk kepala dengan dinding tahan marah.
- Sejak bila korang mula berblog? -Sejak mengenal blogspot dalam mimpi. Umpama mimpi dalam mimpi. Eh, rasa nak download lagu ni la!
- Makanan kegemaran korang? -Yang dipanggil makanan dan FREE!
- Bila time korang ber blog? -Selepas Subuh?
- Korang updated blog guna hp atau laptop? Kenapa? -Dua-dua. Sebab dua-dua boleh update la.
- Korang suka travel tak? Tempat mana yang paling best dalam kenangan korang? -Suka gila. Paling best kampung sendiri. Hehe
- Korang suka hiking? -Tak suka la. Scary jewww~~~~
- Apa yang ada dalam wallet, purse korang? -Resit Giant
- Adakah korang suka saya?? Oh catchy ayat..hihi -Sukewww angat-angat. Hahaha
Thursday, September 25, 2014
PERFUME ORIGINAL FREE UNTUK U OLSS!!!
Hari ni tak mahu share thoughts tapi nak share barang free! Kata sharing is caring kan. Khusus untuk kaki instagram tu, hari-hari asyik tengok gambar Nora Danish je kan? Apa kata saya tawarkan untuk u ols semua barang free HARI NI?
Kat mana nak dapatkan barang free tak payah bayar apa ni?
Senang mesek bak kecek orang kelate. Buka akaun instagram u olss yang penuh gambar selfie atau wefie yang cute miut tu dan search,
Macam biasa ringan-ringankan jari telunjuk yang runcing tu klik button "FOLLOW". Kemudian cari gambar macam kat bawah ni,
Kami di Rexylla dengan sukacitanya menganjurkan
SIMPLE GIVEAWAY BY REXYLLA.
"OOTD kegemaran saya adalah maxi dress dan shawl polka dot, @rexylla_blogshop. #RexyllaSimpleGiveaway"
Blouse x2
Perfume Miniature Grade 5A x2
Perfume Miniature Smart Collection x1
Perfume Sample x5
Voucher Discount 10% x5
Wednesday, September 3, 2014
Semua orang suka duit, tapi duit boleh bawa bahana tau?
Assalamualaikum!
Puasa dah habis. Raya dah habis. Life getting back to normal kan? Eh, tak. Life getting hectic sebab nombor tahun bakal bertambah! Oh no! Kawen pun belum ni. Okey. Fine.
Selalu tak tengok kuasa duit? Duit ni kalau kuasa dia macam transformer mungkin xmuat wallet kita. Kalau kuasa dia macam power rangers, macam-macam colour nanti. Kalau kuasa macam cinderella, aduh gemalai sangat. Jap! Cinderella ada kuasa ke?
Kalau kita tengok drama-drama Melayu, selain pasal kahwin paksa, gaduh-gaduh, jatuh cinta lepas tu mengandung, bab duit ni memang ada secara langsung atau tidak. Sebab tu wujud cinta antara darjat. Macam Kassim Selamat. Mak mertua tak suka menantu sebab miskin atau perempuan terpaksa jadi jahat untuk dapat lelaki kaya. Macam cerita Ruby dari Venezuela tu.
Itu dalam cerita, saya yakin rindu awak 200 peratus yang setiap daripada kita dah biasa dah tengok kuasa duit ni secara 3D. Atau mungkin kita sendiri yang terkena kuasa duit. Nauzubillah. Semoga kita sentiasa dalam petunjuk Allah bila datang cabaran macam ni. Ya! Duit memang satu cabaran. Dulu masih mentah, duit cuma sejenis tool untuk saya makan, top up prepaid, enjoy sikit-sikit atau fotostat nota kawan sekuliah.
Tapi, meningkatnya usia saya tetapi maintain muda, saya melihat fungsi duit secara 360 darjah ulang-alik! Duit bukan sekadar untuk 3 4 points kat atas tu, tapi lebih kepada kelangsungan hidup. Mungkin saya berbunyi gila talak, eh gila duit, tapi come on guys kita hidup zaman duit, bukan zaman asah batu keluar api. Siapa kat sini yang cuba menipu yang dia langsung tak kisahkan hal duit?
Awak rasa kenapa MLM line selalu tayang duit berkepok-kepok dan BMW pinjam diorang? SEBAB KUASA DUIT LA.
Jujurnya, bila saya fikirkan hal duit ni, boleh jadi moody sehari atau berhari-hari. Tapi sampai bila kan? Takkan nak mengamuk dekat PM. Dia bukan faham pun. Bil pun kita yang bayarkan. Lagi wujudkan GST adalah. Nak minta dengan orang. Kalau orang ni bagi duit macam kentut, tak adalah orang minta sedekah dekat pasar malam atau pintu bank.
Manusia pun hari-hari lagi dikejarnya duit adalah.
Sementelah itu rakan sekalian, saya dengan hipokritnya menganjurkan kita untuk hidup lebih cool dengan apa yang kita ada. Ini jujur. Walau ayatnya macam tak kena.
Memang duit sangat berkuasa tapi minda kita lagi berkuasa kan?
Posted via Blogaway