Wednesday, February 27, 2013

Ikhlas

Assalamualaikum

Kadang-kadang manusia ni alpa. Lupa dengan nikmat yang Allah bagi. Bila diberi kerja, kita kata tertekan dengan bos la, gaji sikit la, kerja banyak la.

Itu pendahuluan je. Mungkin tak ada link pun dengan perenggan yang seterusnya.

Few days ago i have this basa-basi conversation with my friend. I was cooking (lah sangat) at that time...

"Kenapa lama tak nampak Jennifer Lopez?"

"Owh.. Dia pun nak pindah jugak tu"

"Oww.. Bila"?

"I marah hari tu. Sebab dia rushing. Bukan la marah sangat"

"Oww"

"I tak kisah pun dia nak pindah"

"Oww"

"Bla. Bla. Bla.."

"Oww" (saya memang jawap macam ni je. Tak kan nak jadi cukup rasa pulak)

"Dia kadang-kadang ajak keluar jumpa boyfrien dia"

"Oww"

"I tak kisah pun"

"Tapi dia minyak langsung tak bagi. I tak kisah pun"

"Oww"

Apa yang saya cuba sampaikan adalah betul ke kita tak kisah tentang satu perkara tu bila kita keep repeating dan bercerita pasal itu. Saya tak salahkan dia. Dah budak tu pun tak reti bersopan-santun dan berbudaya, tidak hormatkan barang dan orang lain, apa yang patut kita bahasakan dia?

Tapi hari ni saya nak bercerita pasal ikhlas atau tak kita bila kita guna perkataan tak kisah tu. Saya pun selalu buat drama tak kisah ni.

1.Tak kisah yang memang saya tak kisah. Mostly saya memang tak kisah selebihnya cuma untuk menjaga hati pihak yang lain

2. Tak kisah yang aku kisah la. Contoh macam kawan saya di atas. Dia kata tak kisah jadi driver and so on tapi tetap kata "dah la tak bagi duit minyak. Make up aku pun habis. Tapi aku tak kisah" . Kisah ke tak ni akak?

Even dalam relationship pun saya memang 100percent tulus. I dont like something. I straight away say. Kejam memang kejam tapi he knows me sebagai seorang penjahat yang sweet. Aww. Boleh?

Tapi tak kisah yang paling loser sekali bagi saya adalah bila seseorang cakap "ada aku kisah?"

Come on. You are super duper kisah kan sebenarnya. Cuma untuk berlakon cool sahaja frasa tu dilacurkan sebegitu.

I know you care. Hakhak.

So persoalannya sejauh mana "aku tak kisah" kita tu ikhlas?

Susah kan nak jadi ikhlas. Tapi susah bukan bermakna tak payah buat.
Bye!

posted from Bloggeroid

Friday, February 22, 2013

Cara menikmati aiskrim

Assalamualaikum. Kebanyakan orang sangat menggemari aiskrim. Sesetengah orang pula sekadar menyukai. Tapi wujud ke orang yang tidak tahu menikmati aiskrim? Kesian.

Jadi apakah itu aiskrim. Aiskrim adalah air yang dibekukan tetapi berkrim dengan pelbagai perisa.Canggih tak definasi ni? Tiba-tiba rasa macam taip jurnal untuk Science Direct.


.  






Ingat lagi dulu masa kecil dan comel penuh kesucian, saya suka dengan aiskrim cone tu. Lepas balik sekolah seluk poket sebelah kanan cari 20sen. Aiskrim cone masa tu cuma 20 sen. Rasa macam nampak Ford Fiesta merah je bila nampak pak cik aiskrim bermotosikal depan gate sekolah. Itu belum dengar kring! kring! kring! dia lagi.

Bila dah jadi besar tapi tetap comel ni, saya kurang suka dah aiskrim kon tu. Tengok aiskrim cone macam tengok Saga je. Tak tahu la sebab kualiti kon tu dah tak seenak dulu atau bila dah besar ni demand lebih. Makan memilih. Iyelah masa kanak-kanak apa pun makan. Sampaikan nasi campur minyak goreng ikan pun gua telan (eksotik weh cara makan zaman dulu kala). Bukan dikisahkan rasa pun. Tapi aiskrim yang memang aiskrim air berperisa beku dalam plastik ikat hujung tu sampai sekarang saya suka. Jadi sekarang saya lebih suka menikmati (wah!) aiskrim s dengan roti. Paling sedap roti gardenia. Cuma sandwich saja aiskrim dekat tengah tu. Aiskrim tu kan manis. Roti tu pulak ada a little bit masin. Saya rasa kombinasi itu cukup memikat. Cukup rasa dan lemak-lemak dia tu. Rasa creamy tu bertambah-tambah.  Saya boleh makan untuk 2 kapitan lagi. Kan dah loghat Jalan-Jalan Cari Makan tu.






   





Tapi sekarang pak cik jual aiskrim dengan motosikal tu jual aiskrim dengan roti hotdog tersangatlah mahal.  RM1 tu. Sudahlah bukan roti gardenia enak dimakan begitu saja. Kadang pulak aiskrim rasa santan je lebih. Lebih merobek-robek santan basi. aish.

Lagi yang paling sedap pisang dan aiskrim.  Macam gambar kat bawah tu. Saya lukis eksklusif tu. Kalau tak terliur lagi tak tahu la. Orang putih kata banana split. Saya tak kata apa-apa. Mungkin dah terliur sangat dengan banana split. Ke aku sorang je yang terliur?





Ice-cream.Banana.Perfect. PERFECTO.

Kenapa saya bercerita pasal aiskrim pulak di malam hari ni? Mungkin minggu depan saya akan beli aiskrim, pisang dan roti. aiskrim pisang roti 



 Mungkin.

Lelaki

Assalamualaikum.



Ini budak lelaki



Ini lelaki kpop yang layak menerima Br1m RM250



Ini lelaki yang layak menerima Br1m RM500

Kadang-kadang saya jadi stress bila berdepan dengan lelaki yang tidak menjawab sms dengan betul. I ve met a few guys yang macam ni. Jap, saya rasa semua lelaki yang saya kenal macam ni. Wah. Dah macam kenal ramai sangat lelaki je. Maksud saya lelaki yang ada conversation dengan saya. Jap. Ini lagi ramai. Sejak darjah satu dah boleh kira.

Tak kan nak cakap lelaki yang pernah jadi kekasih gelap?

Abaikan.

So menjadi seorang Ain saya suka dalam satu sms tu tanya few questions. Contoh.

"Yelah. Kucing saya pegi dating. Awak suka kucing? Buku yang setengah inci 2 dah baca? Pernah jumpa writer tu ke."

Then, yang bernama lelaki tu jawab.

"Tak pernah jumpa."

See? Punyalah banyak soalan yang diutarakan. Yang paling last je dia jawab. Ini sangat ketara bila saya berconversation dengan perempuan. Dia akan jawab.

"Woo. Kucing pegi dating. Dahsyat! Saya tak suka kucing. Dah baca dah best giler. Teringin gak nak jumpa dia. Hehehe."

Selepas menemui lelaki-lelaki berspesies ini saya membuat kesimpulan yang lelaki ni memang pemalas menaip atau menjawab. Ok. Secara asasnya memang perempuan lagi banyak perkataan keluar daripada mulut dia.

Kedua lelaki memang macam tu la gamaknya. So instead of marah tak tentu hala yang end up dengan no conversation at all, saya akan buat dengan dua cara,

Satu: bila dia tertanya 2 3 soalan, saya akan memilih untuk menjawab soalan yang hanya perlu dijawab dengan satu perkataan. Why? Saya pun pemalas jugak

Kedua: instead of dalam satu message ad 2 3 soalan, akan jadi 1 je.

This is what i do to understand men. Huh.

Ini bukan untuk mengkritik lelaki. Sebab saya ada beberapa orang lelaki yang melekat dalam ruang jantung saya. Bukan tak pernah. I do. Sometimes. When i get angry. Tapi bukan yang ini.

posted from Bloggeroid

Pot luck



Assalamualaikum.

Hari ni ada pot luck macam dekat atas tu. Dan memang 10 kilo la aku bertambah. Tapi suap tetap suap.

So everybody bawak satu meal. Saya bawak trifle puding. Makluman ye, dekat station saya kerja ada 13 orang je. Makanan memang banyak tapi orang tak ramai. Tapi tetap boleh get together.

Mujurla menjadi puding tu. Hakhak.

Buat makan-makan dekat office ni memang elok sebenarnya. Selain boleh mencungkil bakat memasak, memakan, mengemas, ia juga boleh mengeratkan silaturahim antara manusia.

Mungkin minggu depan kena start hari-jangan-nak-makan-sangat.

posted from Bloggeroid

Thursday, February 21, 2013

Wake up ritual

Assalamualaikum

Sebab utama saya sukakan hari tidak bekerja adalah kerana saya boeh turn off alarm dengan bahagianya.

Sebab utama saya menulis tentang ini kerana saya sungguh stress dengan diri saya yang telah terbabas ketika proses bangun daripada tidur. Semoga stress saya berkurang dengan menulis al kisahnya.

Selalunya saya akan set alarm pukul 6 pagi. Sebab saya tahu deringan pertama tu sekadar first warning. Bila dapat first warning kita mesti rasa nervous sikit kan. Dan tetap buat kejahatan tersebut. Haha. Macam tu buruknya ritual saya ni. Bila alarm berbunyi jam 6 pagi, saya akan kata...

6.15.6.15.6.15.

Lepas tu saya akan lipat selimut dan susun bantal (sebagai persediaan kalau 6.15 jadi 8.15)

Selalunya saya akan bangun bukan 6.15 lah..

Tapi akan ada sesuatu masa saya langsung tak dengar alarm lagu k-pop bervolume 17 tu.

Jadi ritual di atas tidak lagi praktikal kepada saya.

Duhai alarm. Tolong la berbunyi. I love my wake up ritual.

posted from Bloggeroid

Friday, February 8, 2013

Strawberri

Assalamualaikum.

"memori itu tidak mengenal tempoh"

Jadi walaupun kejadian ini berdekad lamanya. (Ayat sengaja digantungkan untuk menimbulkan unsur bungaan)



Tempat menginap yang dibina dari tiles bersuhu teh o ais limau. Dan tidak berupaya menyerap molukel air dari apa-apa fabrik. Untuk keselesaan lap je guna tisu.




Ladang teh. India ada ladang teh ke? Sebab rasa macam dekat Katmandu je time tu.



Selamat datang ke ladang



Salam aidilfitri buat keluarga di kampung dari lami di tanah tinggi Cameron.

Saya suka Cameron sebab bila berjalan dengan matahari sebagai payung tetap rasa sejuk. Sebijik macam zaman tinggal sebelah rumah salah seorang anggota Big Bang yang rambut kat depan tu. Hahhah.

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 6, 2013

Ulang tahun

Assalamualaikum

Hari ni saya 14 tahun 6 hari. Tahun depan saya bakal menduduki SPM. Takutnya dengan kertas Kimia. Sebab tu saya dapat 4B masa tahun 2005. Ah...



Ini semasa saya 13 tahun.

Semenjak menjak meningkat usia ni rasa tua semacam je. Kadang terfikir "what im gonna do with my life? (maafkanlah grammar yang tak setaraf grammar korang tu. Walaupun grammar jadi grammak, gua tetap monolog bahasa Brad Pitt)

Asal tahun baru dengan umur baru semangat nak buat SESUATU tu berkobar. Tapi ingat lah wahai Ain! semangat tanpa usaha ru kosong kosong.

Terima kasih atas ucapan dan doa daripada peminat sekalian. Hahaha.

Semoga makbul hendaknya.

Bye.


Maaf untuk entry berupa diari ni. Heh. Heh.

posted from Bloggeroid