Tuesday, September 24, 2013

Si Hawa

Si Hawa itu,
Menyambut aku dari gelap nan sunyi
Bersuluh mata memancar sinar
Lalu didakap, berselindung cinta

Si Hawa itu,
Pandangannya menebar tenang
Butir katanya menghembus damai
Setia mendengar, memujuk jiwa

Si Hawa itu,
Tegar dan kekar bagai gunung memacak bumi
Menukar duka kepada suka
Membalut dengan gebar cinta

Si Hawa itu,
Tiada gantinya
Tiada duanya
Cuma satu, penawar jiwa
Bersama cinta



Buat bonda, si jantung jiwa.

posted from Bloggeroid

Monday, September 23, 2013

50-50

Assalamualaikum

So, i started my week dengan training. Okey la tu kan. Ramai orang tak suka Isnin kan? Tapi bagi saya, Isnin tak ada masalah cuma saya suka bangat hari minggu. Berpeleseran atas tilam sambil baca novel atau movie maraton tu, aghh! syurga dunia sungguh!

Asasnya, training tu pasal handling chemical tapi tak kan la saya nak bebel pasal "how to appreciate chemical handling kan"?, nanti blog ni berada di trek yang salah pula. Terus tertukar jadi buku kimia tingkatan 3. Lagipun, kita boleh google je.

Dalam pada-pada trainer tu bagi ilmu, dia ada selitkan macam-macam cerita. Satu yang catch perhatian saya pasal perasaan kita towards hutang, lebih kepada bila orang nak hutang.

Bila cakap pasal hutang ni, ada jenis yang suka berhutang tapi tak reti bayar, ada yang suka bagi hutang (ada ke? mungkin bagi dia money is nothing), ada yang normal dan macam-macamlah. Biasalah, manusia, macam sangat perangai.

Jujur bagi saya, sebab dah terkena dengan orang yang suka sangat pinjam duit tapi tak reti bayar, bila datang orang nak pinjam duit ni, saya jadi lebih berhati-hati. Kalau amount tu terlalu banyak, saya akan slowly cakap tak ada. Lagipun saya cuma kuli la. Kalau sikit tapi yang minta tu orang yang selalu pinjam (contoh macam nak fotostat je pinjam, makan kat kafe je pinjam, you know lah kan) mungkin jadi kedekut sikit la kan. Yang ni happen during university time.Ya Allah seksa tahu kena member macam ni. Maklum lah, zaman tu, RM1 tu saya boleh isi perut untuk sehari. RM10 boleh seminggu. Dont expect me untuk jadi so kind hearted, sebab im not. Mungkin awak cakap saya kedekut. Whatever.

Bila sampai ke bab kita tak dapat tolong kawan kita yang nak pinjam duit tu, mesti kita rasa bersalah sangat kan? Bila jumpa dia je mesti dalam hati gelisah penuh rasa bersalah macam baru lepas mengata orang yang sebenarnya orang tu ada kat belakang je. Rasa bersalah tu macam menghantui je kan?

Tapi, kita tak patut rasa macam tu pun sebenarnya.

Itu yang trainer tu cakap.

Okey. Si Peminjam tu datang kepada kita dengan 50% dapat, 50% tak dapat. Kalau dapat pinjam, dia dapat la yang 50% dapat tu, dan sebaliknya. Pendek kata, dia cuma try luck dia. Bila kita fikir, kita tak patut rasa bersalah sampai nak hadap orang tu segan yang amat. Sebab kita tak buat apa-apa pun. Kita tak patut rasa all those thing jela.

Tapi, jangan lah risau, bila pasal duit tak dapat tolong sebab duet den bukan bertingket-tingket, saya selalu welcome siapa-siapa mahukan pertolongan lain.

Bukan sebab kindhearted, sekadar baik hati saja.

Bye!

Friday, September 20, 2013

Noodlesss

Jack, seperti biasanya akan meminta pendapat Si Comel, Alice, sebelum mereka memilih tempat untuk mengisi perut. Sikap toleransi Jack itulah yang menyebabkan Alice selesa bersama dengan Jack. Malam itu, mereka berdua setuju untuk makan malam di Stesen Mi memandangkan Alice belum pernah mencuba variasi mi di restoran tersebut.

Alice sedikit terkilan apabila kedatangan mereka ke restoran itu langsung tidak disambut. Pelik benar layanan pekerja stesen tersebut. Sudahlah salah seorang pelayan sedang asyik bersantai menonton drama televisyen.

"Layan indon la tu" getus Alice.

Jack yang berhati batu itu tidak menghiraukan persekitaran restoran, dia cuma mahu mengisi perutnya. Perutnya lebih penting dari suasana tempat makan.

"Kenapa tak ramai orang di sini?" Soal Alice dengan slang Amerikanya sambil menyelak menu.

"Mahal kot." Jack hanya menjawab sepatah kerana terpesona dengan menu yang menyelerakan.

Mahal?Biasa je aku tengok. Kata Alice di dalam hati.

Sambil menunggu order mereka sampai, Alice dan Jack akan bersembang. Malam itu mereka bersembang mengenai fotosintesis, diaarhea, resepi puding jagung, tali skipping dan zombie. Sikap keterbukaan Jack yang boleh diajak berbual mengenai banyak perkara sangat menyenangkan Alice. Bagi Alice, lelaki yang boleh berbual macam-macam perkara adalah lelaki yang bijak. Namun ada ketika, Alice seolah mahu mem'blend' sahaja Jack apabila dia tidak mengetahui sesetengah perkara yang umum.

Sedang asyik berbual, seorang pelayan datang membawa mangkuk. Alice benar-benar jengkel dengan gelagat pelayan itu yang hanya memegang mangkuk tanpa dulang. Sedikit biadap. Fikir Alice.

Alice terkesima melihat mi pesanan Jack seperti maggi goreng budak darjah 1.

"Eh, kenapa mi ni tak ada sayur?"

Perkara sama turut berlaku pada mi Alice. Alice sekadar merasa 2 sudu mi dan isi-isi ayam yang ada. Alice mula membebel mengenai mi yang keras, udang yang berperasa plastik dam mi yang selayaknya dipanggil 'mi bodoh'.

"Nanti tanya dia kenapa tak ada sayur ye"

Jack hanya mengangguk dan menghabiskan mi didalam mangkuknya. Bebelan Alice tidak menggugatkan seleranya.

Semasa di kaunter bayaran, Jack mula menyoal si cashier yang berbangsa Thailand itu. Seolah tidak bersalah, si cashier sekadar mengatakan sayur di Giant sudah habis. Alice semakin bengang dengan lawak bodoh itu namun dia sekadar berdiam dan membiarkan Jack yang berbicara.

Jack menolak untuk membayar harga sebenar kerana kualiti yang diberikan terlalu jauh dengan nilai.

"Sudah lah tak ada sayur. Udang rasa plastik. Sumpah. Tak sedap."

"Ahh. Main sumpah pulak mamat ni. Yang kau bedal licin mi tu kenapa?" Alice membentak di dalam hati.

Para pelayan dan cashier yang sedar akan kekurangan mereka sekadar mengiyakan dan meminta Jack membayar 2 per 3 dari harga asal yang kalau dikira tetap tidak berbaloi. Malas untuk berlama-lama, Jack menghulurkan duit dan mereka berdua berlalu pergi.

Jack dan Alice kemudian berjanji tidak akan mengunjungi lagi restoran itu.






Lokasi:Noodles Station Dekat Giant
Props : 2 Mee Yang entah apaapa
Cerita berdasarkan kisah benar. Bukan nama sebenar.

Such a lovely place tu praktik,

"CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT"

posted from Bloggeroid

Thursday, September 19, 2013

Zombie

Assalamualaikum yang bukan zombi semua!

Kalau kita google filem yang bertemakan zombie ni, nanti pakcik tu akan keluarkan senarai dia. Dan ianya bukan 3 atau 5 buah filem. Kenapa mereka obses sungguh dengan zombi ni?Eleh, Malaysia apa kurangnya. Sikit-sikit pontianak. Pontianak harum, paku pontianak, awek pontianak, anak pontian, anak-beranak dan terberanak.

Semua orang mesti tahu zombie ni sejenis makhluk yang macam mana. Kalau mengikut gambaran filem, zombie ni seekor yang lembap bila bergerak dan mesti muka scary dan berdarah. Creepy lah konon. Zombie ni kita letak dalam kingdom animalia jelah.




Dekat Malaysia yang tercinta ni pun, memang ada filem bertemakan zombi. Zombi kampung pisang dan Kl Zombi. Kalau ada yang lain tu saya tak tahu.

So dengar kata Zizan yang lead Kl Zombi. Dengar kata lagi ada orang tolong bayar harga tiket. Jadi, Zizan dan masuk cinema tak payah bayar tu dah jadi sebab kukuh untuk tengok movie Melayu di dalam pawagam ok. Okey.

Emm.

Emm.

Jom baca "review"

Kl Zombie kalau dilihat sebagai filem seram komedi memang tiada unsur seram yang buat kita ketawa pun. Dengan pelakon yang stock-stock retis (meaning punya rupa) pemandangan filem memang tak fail. Kalau lihat kepada make up zombi pun tak fail. Apatah lagi cara zombi bergerak dalam filem tu. Slow and steady.

Idea filem tak ada yang salah.

Cuma Kl Zombi adalah sebuah filem yang ditayang untuk cepat habis. Faham? Bila filem tu buat macam tu, kita yang tengok pun jadi cepat nak berambus.

Macam kita tengok lepas tu kita pun tahu kita tengok apa. Biasanya lepas tengok filem, kita akan ada feeling marah ke, happy ke, geram ke atau tak puas ke. Tapi kita tak akan dapat pun those feeling.

Zizan, kenapa awak sama je dalam setiap filem?Bukan ke pelakon ni sepatutnya menjadi watak tu? Mungkin Zizan ni sesuai jadi pengacara je. Tolong tag post ni kat Zizan ye. Haha.

Scene dimana Izara dan Zain yang bergerak ke arah kissing tu sangat fail. Double fail. Super fail. Berjuta-juta ganda fail. Banyak lagi idea untuk buat bermulanya wabak zombie tu selain 2 orang manusia buat French Kiss kot?

Nak ajar rakyat kissing ke?

posted from Bloggeroid

Saturday, September 14, 2013

Malacca and its contents!

Assalamualaikum and hye!

Dengar khabar ramai anak-anak dara dan teruna diijabkabulkan bulan ni. Patutlah bunyi kompang berdesir-desir macam angin kat pantai. Kalau ikut kalendar Cina, bulan September bulan ong. Bisnes baik punya. Apalagi kalau nikah.

Eh, awak percaya ke?
Ish.ish.ish.

Memandangkan 16 September ni Hari 1Malaysia, rakyat didahulukan, hari ini saya nak buat entri melawat Melaka. Walaupun macam tak ada kaitan, saya memang tak kisah.

Gerakan Melaka ni sebenarnya bertarikh kemerdekaan tahun ni. See? Patriotik tak kami? Merdeka pun kami sambut di bandar penuh Buku Sejarah Tingkatan 1 hingga 3 tu. Siapa kata kami tak bersyukur hidup di Malaysia di bawah lindungan Tuhan?

Okey. Cool down dan baca catatan bersejarah ni ye.

Kalau kita pergi jalan-jalan kan, mesti kena ada accomodation kan? Hari tu, kami cukup bertuah kerana penginapan kami ditaja oleh entah siapa pun saya tak tahu. Hihihi. Yang penting, homestay hari tu, sudahlah redup mata memandang, cantik dan bersih pulak tu. Tak cukup lagi, indah bagai di desa.


Yang penting, homestay ni cukup bersih. Dalam dan luar. Decoration pun kalah rumah i taw. sob. sob. Lepas tu sebab rumah ni ada aircond, sejuk sangat, jadi semua orang jadi hati sejuk.

Dek kerana itinerary kami kena follow big bos (seperti gambar di atas) maka tempat yang dilawati mestilah bercirikan Sejarah sekolah rendah. Rupanya ramai orang pergi Bandar Hilir hari tu, patriotik sangat. Tapi keramaian tu still boleh ditolak-ansurkan. Jadi, mula-mula kita kena naik Menara Taming Sari.


Harga untuk naik RM15 dewasa. Budak-budak belum baligh murah sikit. Saya syak, hari tu, even pihak menara bagi seorang sekaki bendera, diorang tetap untung besar. Cis.


 Sepanjang atas menara selama 7 minit (what? 15 hengget for 7 minit?) menara akan pusing tapi halaju dia bukan 120km/h ye, so bolehla kita buat-buat menikmati pemandangan bandar Melaka dalam 10 kilometer perimeter tu (agaknya).


Itu Selat Melaka. Selat Melaka ni mempunyai kepentingan dari segi ekonomi. Mengikut Dasar Pertahanan Negara, Selat Melaka ni kawasan serantau yang perlu dilindungi oleh kejahatan mana-mana penjahat.

Lepas tu, berhadapan dengan menara, ke arah kanan sikit, ada muzium kapal. Nama dia memang berbelit sikit lidah Melayu kita. FLOR DE LA MAR. Lamar siapa pun tak tahu la.







Dalam kapal tu memang banyak poster and penerangan pasal Melaka, Hang Tuah, duit syiling, Portugis dan benda-benda sejarah lah pendek kata. Buat yang malas nak baca boleh sewa audio guide macam budak kat atas tu. RM3. Entah apa-apa. Boleh didapati dalam bahasa Melayu, English, Chinese, Tibet, Hangul, Japan dan sebagainya. Okey. Tipu. Ada 3 bahasa je rasanya.



                                 

Pose macam mana lagi yang kita boleh expect dari kereta api ni?


 Lepas tu kami berjalan jauh sikit sebab tak tahu short cut untuk ke St Paul's Hill yang sekarang cuma tinggal bekas tapak Kota A Famosa je. Kawasan ni memang strategik sebab tu dulu kat sini tapak mereka memerintah. Lebih kurang macam tu la. Dari atas tu, Selat Melaka memang akan strategik di mata mereka.


Dalam bangunan ni ada artist. Mungkin bila dia melukis dalam tempat bersejarah macam ni, idea lagi banyak kot. Tapi sangat admire orang yang tangan sejuk ni.



1 hal yang saya adore tempat ni adalah angin sepoi-sepoi dia. Ya Allah, rasa romantik sangat. Hehe. Last time saya pergi, tahun lepas, bulan Ramadan, memang ada sikit orang, angin sepoi masih sama cuma masa tu ada seorang yang petik gitar nyanyi kat kami. Dingin dan hangat pada masa yang sama. Kewllll gitu. Kalau sekarang pun suasana dia cozy macam ni, macam mana agaknya bertahun-tahun dulu/






Dah petang, kami ke zoo Melaka. Dengar kata zoo Melaka ni antara yang terbesar la. Kerana ini kali pertama datang zoo, memang excited sikit. Come on. Bagi chance la sikit,



 Sebenarnya ada 3 binatang yang saya nak tengok real. Yang lain gua tak heran. Hehe. Salah sekornya zirafah ni. How tall. Cantik pulak tu.



Yang ni pulak, Sameon. Sebenarnya kami pelik kenapa gajah ni warna kuning. Semenjak dari bayi sampai ke universiti, dalam otak saya ni, gajah itu kelabu. Masa darjah 3 lukis gajah mesti colourkan kelabu. Dan why hari tu, gajah ni seolah-olah cuba memberitahu saya ditipu sepanjang hidup?

Rupa-rupanya lepas observation dekat gajah tu, Sameon dan keluarga suka ambil tanah berdebu kat bawah tu dan renjis kat badan depa. Buang tabiat ke apa?



tiger!
Memang macam dalam buku. Hahaha.


Melaka is such a nice place to go. Banyak lagi tak pergi tapi untuk 1 hari tu cukuplah.

Semoga Sejarah dapat A!






Thursday, September 5, 2013

Selalu wonder-wonder dalam jiwa.

Assalamualaikum..

So, i heard u ols masih sibuk share troll harga minyak?

..............................................................................................

Kadang-kadang, bila lepas draw duit dari atm machine berdekatan atau tak berapa dekat mana, mesti akan ada adik-adik yang pegang tabung atas nama derma anak yatim. Kalau tidak, abang-abang yang atas nama derma sekian-sekian. Tapi yang memang buat pintu bank sebagai office diorang untuk bisnes derma pun ada.

Lagi, bila tengah makan dekat kedai mesti ada budak, kadang-kadang dah remaja, orang kurang upaya datang approach kita dengan hal yang sama.

Lately, saya jumpa satu tabung derma untuk adik sekian sekian untuk pembedahan jantung.

Apa yang saya observe, semua ni perlukan duit. Benar atau salah tu bukan hak saya untuk pertikai. Dan bila berkenaan duit, mestilah sebab orang tu tak ada duit kan?Obviously la Ain hoi.

Bila berdepan dengan kes-kes begini (berlagak inspektor) saya pelik. Kenapa kita mesti akan dengar ada orang yang nak 10k atau 20k atau 30k untuk pembedahan terpaksa buat rayuan dan derma. Saya jadi wonder, tak boleh ke kerajaan buat fund untuk siapa-siapa yang sangat perlu bila perkara macam ni terjadi. Yang kaya macam Qarun tu tak apalah. 30k is 30sen saja. Habis kita?

Bila bab adik-adik tu pulak, kalau betul mereka anak yatim, tak boleh ke kerajaan wujudkan badan yang akan kutip mereka, bagi tempat tinggal selesa, bagi makan dan paling penting bagi pelajaran biar anak-anak tu besar jadi permata negara macam Rosmah nak?

Kawan saya kata, itu semua tak ada nilai politik. Jadi mereka pejam mata. Lebih malang, mereka turut pejamkan hati mereka.

posted from Bloggeroid

Tuesday, September 3, 2013

20 sen

Assalamualaikum.

Dengar kata ramai mengamuk dan memaki hamun sebab Ron 95 naik duploh sen dari RM1.90 ke RM2.10.

Habis tu yang sewa rumah gua naik RM200, mengamuk dan memaki hamun belum tentu cukup.

Mungkin petanda saya patut amalkan doa murah rezeki saban malam.

posted from Bloggeroid