Tuesday, June 25, 2013

Bunga Putrajaya Edisi Floria 2013

Assalamualaikum

Hari Ahad masa jerebu tu, saya pergi putrajaya. Tengok floria. Eh ke tengok haze? Round-round almost semua tapak pameran. Enjoy the design dan kekretipan. Dan juga ubat jiwa.








posted from Bloggeroid

Sunday, June 23, 2013

Cantik

Assalamualaikum

Cantik itu positif. Sebab itu semua orang suka cantik. Tapi bila cantik bukan perkara subjektif, dunia memang celaka.



Saya ada seorang kawan. Lelaki. Pada hemat saya, lelaki pada tangga umur demikian adalah umur matang untuk ada seorang isteri. Tapi dia masih single. Sudah la single, available pulak tu.

Tapi itu bukan masalahnya.

Dengan umur dan rupa yang boleh dikatakan tengok tu tak adalah rasa sakit biji mata,saya tertanya-tanya la juga kenapa dia masih mencari.

Tapi itu juga bukan masalahnya.

Dia pernah kata, pilihan dia yang cantik. Tapi bila setiap hari dia kata, saya rasa itu dah jadi masalahnya.

Ye. Memang itu masalahnya.

Pernah sekali saya tazkirahkan dia. Saya kata, "kan agama dah ajar macam mana nak cari bini?"


Tapi bila cantik bukan lagi subjektif pada dia, saya rasa elok dikhatankan lagi sekali. Semoga cepat sikit matang otaknya.

Thursday, June 20, 2013

Alih

Kata-kata manusia, sebelum dibawa ke hati, hantar ke otak dulu. Moga bila kata-kata itu terlebih pedas, boleh ditambah gula dahulu.

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 18, 2013

Bila bosan kerja

Assalamualaikum.

Saya mula bekerja setahun yang dulu. Dan posisi saya sekarang membolehlan saya menggelapkan duit syarikat. Hahaha. Maaf, saya bukan akauntan. Lagipun, saya bebal sikit dengan buku lejar. Tambah-tambah masa kelas Kemahiran Hidup. Saya ni tak pandai buat lejar tak apa, janji pandai perabiskan duit. Senang sikit buat akaun.

Jadi secara konklusinya, tugas utama saya untuk menolong bos. Kuli senang cerita. Orang yang bekerja dalam bahagian laboratory dan R n D, mesti tahu rutin labwork yang sama je setiap hari selagi projek belum settle. Saya masih ingat first day repor duty, seorang staff dah tanya,

"Tak bosan ke buat kerja sama?"

So, i was smiling jelah. Hey, first day kot. Mana tahu rutin lagi kan.

Until few weeks ago seorang staff yang dari bahagian lain datang untuk pinjam lab stuff dan bertanyakan soalan yang sama.

Happily. Smiling lagi saya cakap,

"TAK."

So saya memang buat benda yang sama la kot setahun. Bukan lah hari ni buat labwork esok buat biskut. Lusa buat akaun. Tulat buat admin. Lepas tu buat event. Lepas tu acting. Dan sebagainya.

So lagi, saya tanya balik my other mate.

Dia senyap pada saat pertama sebelum menjawab yang sebab tu lah masa kerja kita dengan santaikan diri, get along with staff. Senang cerita happy kan diri dengan tempat keberadaan kita. Yes, saya bersetuju for the first time dengan mamat tu.


Saya terfikir ada ke kerja yang tak buat benda sama? Posmen, hari-hari hantar surat. Even auditor yang selalu audit different tempat pun still kerja sama kan? (cakap jela ye ye?). Tukang jahit? Hey, hari-hari potong kain tahu. Cikgu? Pak cik jaga Gurney Height Condo yang reti ambik my lesen tak reti pulang pun buat benda sama. (ini kes blame orang lain.hehe)

Disebabkan kita buat kerja yang samalah kita mahir. Kan? Hey, Chong Wei pun hari-hari libas shuttlecock taw.

Jadi janganlah kita bosan dengan kerja kita ye. Kalau bosan pun, salahkan diri sebab mungkin kita yang terlalu tekan diri. Mengeluh dan suka complaint. Manusia ni memang suka complaint kan?

Bila kita bahagia, hari-hari tebar roti pun okey je.

Bye.

posted from Bloggeroid

Monday, June 10, 2013

Insuran

Assalamualaikum

Awal bulan Mei tahun ni, saya sedang syok menyembang dengan kakak admin dalam office saya (office saya?). Basically pasal pinggan mangkuk, kari ayam, puding triffle, pasal anak dia, pasal harta benda atas desk saya yang macam Cadbury bar yang buat orang suka makan (say, hilang) sehinggalah pasal e-filing. Dan spesies file apa e-filing ni?

Skip pasal e-filing sebab bukan nak tarbiah pasal e-filing.

Sehinggalah masuk satu part kakak tu explain what type of benda-benda yang boleh tambahkan limit untuk bayar cukai. Sampailah soalan cepu emas dia keluar,

"Ain, you have insuran or not?"

Adat orang bertanya, haruslah jawab.

"No. Im not." Sambil tersenyum comel sebab tak ada insuran. Terus tak comel bila,

"Nevermind. I have a very good plan for you. When your birthday heh? Let me calculate for you"

Er..er..er...

Dan pada saat itu, saya cukup tahu yang, ok, Ain, pandai-pandailah kau nak tolak nanti.

The next day, kakak tu datang with a print out kertas yang saya malas nak ambik peduli tapi dia ada cakap la total amount dan premium is 275 kot. Lepas dia cakap-cakap, dengan sopan santunnya, saya menolak,

"This is not takaful rite? I prefer takaful. Itu islamic based"

"Why?"

Ohhhh. Bab-bab menerang segala hukumhakam memang gua lulus sangat lah. Kalah Ustaz Don nanti.

Baik-baik saya cakap, if takaful saya boleh consider (which is not lah sebab premium too much. haha) dan bla bla with term-term arabiah gua.

Saya ingat itu episod pertama dan terakhir. But still, dia datang with episod dua. Kali ni dengan bukti-bukti ke manakah pelaburan kita akan pergi. Trying to memujuk lagi. Come on man, orang meniaga kan. Kali ini saya cakap yang i bought something and i wish to settle down with that first. Maybe next year? Maybe?

Please. Please. Dont look at me.

Dengan itu, saya berharap by hujung tahun ni saya akan berlaki sebab next year alasan paling kukuh dan solehah sekali bila episod tiga bermula adalah,

"Kak, I need to discuss with my husband"

solid kan? Dan saya tak perlu creating banyak gila alasan.


Sebenarnya bukan sebab saya tak nak insuran tu. Sebab saya lagi suka bila saya nak sesuatu, i go for it. Saya sendiri ada plan untuk beli satu ke, sepuluh ke bila duit terlebih-lebih. Dan saya faham yang mereka cuma mau cari pitis dong. Belanja sehari-hari. Hehe.

Bye/