Friday, May 31, 2013
Wednesday, May 29, 2013
Fast and Furious. 6 la!
Assalamualaikum!
Lama pulak tak cerita pasal pergi tengok wayang. Macamkan dalam dunia ni, okey kecilkan skop sikit, macamkan dalam Malaysia kita seorang tengok wayang. Sebagai pengunjung dan pemberi untung tegar dekat cinema-cinema yang berlambak dekat Malaysia ni, saya haruslah tak tertinggal untuk tengok latest movie yang digilai anda semua.
It was Fast and Furiouso numver 6. Dan saya memang tak ingat filem ni pasal apa. Since tajuk dia fast, mestilah berkaitan dengan kereta. Eh, lori pun kadang lebih laju dari kereta. Siap masuk lane paling kanan. Okey.
Memandangkan filem dah categorized untuk orang tua yang reti-tengok-wayang-bazirkan-duit, bila yang muka selalu class class sekolah rendah lipat dalam tudung letak plastik agar tudung maintain mesti kena show off ic dulu. Untunglah wajah awet muda. Dan rugi. AHaks.
Secara 90 peratusnya, dengan aksi memang untuk orang tua ada otak dan Gisele yang comel bangat, filem ni menarik ditonton ketika lapang. 10 terpaksa ditola kerana wujudnya aksi filem Hindustan. Kita semua gelak macam tengok Maharaja Lawak bila scene yang tu keluar.
Sumpah! hindustan sangat.

Tuesday, May 28, 2013
Candor
Tika masih mentah, ingin punya teman
Lalu terima dia dengan senyum yang diukir
Atas lenyapnya logik akal
Lalu kita bercinta berlapikkan impian
Itu cuma kosong bila tiada ilmu di jiwa
Juga kosong jiwa dan akal
Bila kalendar bertambah bilangnya
Kita makin kenal dunia
Dia yang diterima bukan pasangnya hati
Mula terasa tiada akal
Namun kita tahu lampau adalah guru
Sebaik guru semanis kenangan
.......
Bila kita mangga hati dengan masa lampau, jangan meraung alam meminta kunci. Kunci itu kan memang milik kita. Saya selalu pesan pada hati,
"Jaga diri kalian baik-baik. Aku bergantung pada kalian"

posted from Bloggeroid
Thursday, May 16, 2013
Si Terang dan Si Gelap
Kadangkala, Si Terang buntu dengan suasana dingin dan sikap selamba cicak yang Si Gelap ada-adakan. Barangkali Si Gelap sudah imun dengan Si Terang yang acapkali terbabas mengikut jalan amarah dan bodohnya.
Si Terang dan Si Gelap bukanlah serupa. Perangai, latar belakang, cara berfikir, cara mengolah situasi, citarasa dan cara dibesarkan amatlah berbeda. Si Terang keras lagaknya. Si Gelap lembut gayanya. Adakalanya Si Terang merasakan kelembutan yang dipamerkan menyebabakan Si Gelap terbuli. Walhal Si Terang cumalah keras pada permukaannya.
Si Gelap bagaikan mengerti rentak Si Terang. Mana mungkin dinding sabar kukuh terpacak bila yang satu dicantas, melainkan asasnya benar konkrit.
"You listen to me"
"You, shut up"
"Ya, you are wrong. Always"
Si Terang dan Si Gelap sering bertingkah rasa. Tapi habisnya ketawa juga. Si Terang dan Si Gelap hanyalah kuman tak terpandang. Tapi Si Terang dan Si Gelap tahu di mana masing-masing terletak.
Si Terang dan Si Gelap adalah dua entiti yang lain. Berbeza. Tidak pernah sama. Umpama siang dan malam. Tapi Si Terang dan Si Gelap saling lengkap dan perlu. Mereka umpama dua benda yang terpisah padahal mereka satu. Si Terang dan Si Gelap tahu andai mereka tidak cuba mengerti duduknya, dunia mereka kacau. Umpama malam yang mengerti siang, laluereka tidak pernah mahu muncul pada sama masanya. Begitulah Si Terang dan Si Gelap bak malam dan siang, berbeza tapi satu. Tapi belajar kenal saban hari.

Hangat-hangat tahi ayam
Assalamualaikum
Pertama sekali, why tahi ayam? Adakah tahi binatang lain tak hangat? Atau binatang lain tahi dia hangat lama gila? Dan kenapa rasa jijik pulak perenggan ni?
Kadang-kadang saya tengok Malaysians ni memang mengaplikasikan perumpamaan ini. Which ia good tapi yang tak berapa goodnya sebab perumpamaan yang salah. Perumpaan seperti diam diam ubi berisi ke, bagai aur dengan tebing ke tak pula kita applied kan.
Untuk pe'el kita yang begini, marilah kita gelarkan diri kita "tidak istiqamah punya orang"
.

Friday, May 10, 2013
Ulang tahun, sayang.
Assalamualaikum.
Masa mula-mula menjejakkan kaki ke taski dulu, saya ada satu perangai yang saya kira masih ada sampai sekarang (huahuahua) iaitu tersangat malas bangun pagi untuk pergi belajar. Saya kira banyak kelas pagi yang lompong. Oleh itu saya masih ingat dipukul dengan hanger besi yang lembik dek malas ke taski.
Masa di sekolah rendah kami mendapat sepersalinan uniform sekolah lengkap setiap awal tahun. Dan ada waktu ketika kasut sekolah saya agak lusuh (atau cuma menggedik nak yang baru) saya mula merajuk mahukan kasut baru. Kerana tidak diendahkan, protes saya menyebabkan sekeping kaca tingkap kedai sewa selesai saya kerjakan. Itu bukan niat. Tapi dia cuma berdiam.
Semasa mendapat tawaran ke mana mana saya sering dihadiahkan satu persalinan baru.
Ada satu ketika saya masih termasuk dalam angka penganggur, dia membelikan telur peyuh. Alasannya, kerana saya suka. Itu memang tiada apa tapi bagi saya, itu tanda saya istimewa di ingatan dia.
Dia sering memberi kata nasihat walau kadang kami sambut dengan gurauan.
Juga tempat kami bersenda
Pasti sekali bertukar cerita
Selamat ulang tahun sayangku.
9 Mei. Seperti setiap hari, ma sentiasa di hati.
Selamat hari lahir.

Monday, May 6, 2013
Kepada PRU13
Pagi bernafas lagi
Mentari menyapa lagi
Seperti biasanya mereka.
Tapi bumi tempat aku berteduh masih menyebar angin busuk mereka
Benar lagi telus,
Malaysian

Subscribe to:
Posts (Atom)