Thursday, January 31, 2013

Reminder

Assalamualaikum

Dan Hola (berlagak DJ seketika)



Dikrafkan dengan penuh kerajinan oleh Ain untuk tatapan matamu. Oh ye. Handwriting saya tidaklah seburuk itu cuma seminggu dua ni urat tangan kanan rasanya tersalah ikat. Rasa macam nak minta MC dari pegang blade dan forsep je.

Jarang ada status ke sharing ke dan bla bla dekat facebook yang menangkap mata saya. Sebab saya malas nak buang masa untuk tengok status yang......

"Sepetang di kepci with bla bla bla"
"Argh. Bosannya. Siapa nak teman tengok wayang?"
"Incik asben outstation. Windunyeww"
"Menu lunch: Cili goreng dan gulai kura-kura."

Bak kata orang putih, itu semua bullshit.
Malang la saya bila ternampak benda benda yang tidak positif macam tu bila scroll down (saya pun kadang-kadang negatif sangat). Ayat pun dah negatif. Alahai...

So berbalik kepada gambar di atas. Itu sebagai reminder untuk saya dan you all lah. Bagi saya sendiri yang kedua tu sering terjadi (macamlah yang lain tu tak pernah kan). Okey. Bukan sering terjadi tapi yang lain tu kejadian tak jelas dan yang kedua tu sangat jelas. Ah. Kan dah keling ayat tu.

Kadangs bila saya nak buat sesuatu dan masa tu duit tak cukup atau apa apa kejadian sekalipun mesti akan terkeluar ayat "tak ada duit" Bila cepat tersedar terus mengucap banyak. Betulkan perkataan. Kadangs akan ditegur oleh bff atau adik-beradik. Terima kasih diatas teguran. Dan vice versa la.

Ini semua macam law of attraction. Apa yang kita cakap tu berbalik kepada kita. Suka menarik suka. Baik menarik baik. So asyik ulang ulang tak ada duit je, nanti kita tak ada duit la. Lagipun selain dia jadi macam magnet kita juga akan jadi tension. Dulu bila asyik fikir duit tak cukup la, nak bayar itu ini la dan bla bla bla saya mesti jadi stress lalu tak happy. So saya stop fikir yang duit tak ada or duit tak cukup or bila duit keluar mula mengeluh yang duit tak kosong. Ha, yang mengeluh ni dah jadi yang paling last tu.




Lepas ni nak cakap baik-baik je. Huhu.

Senang kata macam biasa kita cakap, KATA-KATA TU KAN SATU DOA.

Cakaplah sesuatu yang baik dan sweet. Nanti beroleh kebaikan dan kesweetan di dalam hidup. Aw. Sweetnya ayat.

Sweet macam strawberi. Eh tak. Strawberi masam.

Bye.

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 16, 2013

"Segmen Blogwalking Sampai Muntah by ReX"

Assalamualaikum





Syarat2 penyertaan:

1. Letak banner di atas dan link kan ke entri ni.

2. Buat satu entri pasal entri ni dengan tajuk "Segmen Blogwalking Sampai Muntah by ReX".

3. Blogwalking ke setiap blog peserta yang join segmen ni dan tinggalkan message "blogwalking dari blog ReX" kat shoutbox diorang. Kalo korang nak tinggalkan komen, lagi bagus. Confirm tuan empunya blog sker. Kalo dia tak sker, bagitau aku. Aku tolong shoot kepala dia*kasar lak bunyi, tapi aku gurau je sebenar nyer

4. Nak follow ke tak blog aku ngan peserta laen, ikut sker hati korang. Tiada paksaan mahupun penderaan yang akan dilakukan ke atas korang.

5. Tinggalkan link korang kat ruangan komen.

6. Tarikh tutup sampai 31 Januari 2012.



FAKTA-FAKTA DI ATAS ADALAH SUMBER SALIN DAN TAMPAL DARI PEMILIK ENCIK DINASOUR. UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT SILA KLIK EKOR DINASOUR. 

OK. Ini adalah segmen yang seperti tajuk di atas. Sebagai tanda sokongan kaum kerabat yang mithali haruslah memberi sokongan. Ketahuilah susah payah entri ini di up kan dalam kekangan masa (PERASAN).

Ok. Sekarang nak pergi tinggal link dan tengok blog-blog yang Encik Dinasour link kan.

Ok. Sekarang nak pergi.

Ok. I speak . U listen. Okey. Okey





p/s : tengok video UUM yang hot bagai goreng pisang tu? Goreng pisang lagi sedap. Haha. Bavani tu memang cukup berani untuk voice out kan opinion. Kalau bagi saya, kuncup kat belakang je. Even dari pandangan saya student tu bagi opinion dengan nada yang seems like dalam kemarahan, saya tetap merasakan yang konon adult dan yang cakap listen listen listen tu super duper kurang ajar dan tiada adab. Tak malu ke mention pasal respect bila diri sendiri tak respect orang?

Eh. Terpanjang pula p/s ni.


Jangan lupa sokong segmen abnag ipar gua. Haaa.



Friday, January 11, 2013

Tentang Perasaan

"Bila saya memberi reaksi tidak berperasaan bukan bermakna saya tidak mempunyai hati. Itu tandanya saya mengawal emosi saya" -ain, 2013-

Haha.

Azam tahun baru (yela, orang berazam kau nak berazam. Lepas tu azam jadi asam) nak belajar menyorokkan emosi marah. Sorok je ye. Bukan tak nak marah. Rasanya untuk tak nak marah tu lagi susah. Sama macam nak kurus dengan berlagak kurus dengan pakai baju ketat. Eh. Macam tersasar benar personafikasi ni.

Dulu ada ustaz tu cakap kalau kita marah dengan orang pastu kita sumpah seranah kaw kaw habis segala perkataan dalam dunia ni kita sampahkan DALAM HATI tak berdosa. Berdosa bila kita tuturkan segala mak nenek babi tu dekat orang yang kita marah baru berdosa. Eh. Saya bukan sedang marah. Saya bagi penjelasan tanpa berlapik ni.

So disebabkan saya ni cepat sungguh marah terutama bila ada manusia yang sedang pandu Perodua Kancil warna biru masuk lane sy bila sy tengah speed dan manusia tu bukan jenis faham bahasa nak tekan minyak, instead of menyumpah manusia tu saya akan nyanyi secara tiba-tiba. Oh ye. Perodua kancil warna biru jangan perasan pulak sebab saya bagi contoh je. Kenapa kancil? Adalah kerana dia lagi kecik dari kereta saya. Bila yang lagi besar buat salah saya tak menyumpah sebaliknya saya terhina. Gua tahu la baby gua kecik. Begitulah rintihan saya.

So drivers yang berpengalaman. Be nice untuk orang tak-reti-sangat-drive ni.

posted from Bloggeroid

Sunday, January 6, 2013

Jack Reacher

Assalamualaikum

Semalam saya pergi menonton wayang. Wah. Sungguh gembira sekali saya menonton wayang sehinggalah saya terlelap pada 30 minit terakhir. Ye. Memang harga tiket separuh tu sleeping fee. Tom Cruise berhempas pulas menembak kau tidur pulak. Huh.

Tapi sebab 30 minit terakhir tu dah sampai part conclusian (yelah tu) kita halal kan jela. Bila dah habis kalut tanya orang sebelah ending.

So, How was Jack Reacher, Ain?

HANDSOME.

Ya, Jack Reacher memang kacak sekali.Selain kacak, beliau juga hebat bergocoh dan menembak. Ditambah lagi beliau seorang yang bijak. Genius. Dan dan berani? (Ini tengah buat karakter dan karakteristik untuk Sastera Tingkatan 5 ke?). Anyway, tu memang watak dia.



So, How was the movie, Ain?

Awesome? too much?

Action movie akan sentiasa menjadi my first love okeh. So memang tak reject la untuk tengok movie ni. Upside down pun kalah dengan list gua. Haha. Action plus kena berfikir sikit lagi super. Movie ni bukan straight forward sangat tapi sedikit perlahan yang membuatkan saya tidur (blame the movie.haha)

Sebab Jack Reacher ni bijak (sebenarnya script writer yang berbakat) so sepanjang movie tu kita akan didedahkan dengan why why how how. Investigation memang selalu eh tiba-tiba macam ni. Saya kagum sangat dengan orang yang tulis cerita pasal investigation. Cara mereka imagine things to memang tak tercapai akal. Sikit. Macam Conan. tapi ada satu part dalam Jack Reacher ni yang boleh dikatakan cliche yang mana kita akan guess sapa si lahanat. Dan dia akan buat kita guess lahanat tu adalah yang berkaitan dengan ciri-ciri lahanat tu la.


TAPI
TAPI!
Menjadi seorang awek Jack Reacher yang genius dan observer, bab bab klise dalam movie ni semua celah gigi. Ceh. Berlagak. Jadi, kalau you guess betul, you kategori imun dengan klise lah. Yang genius ni gua je.

5 over 5 untuk Jack Reacher tak keterlaluan kan?
Saya kata  Jack Reacher, bukan movie tu.


Movie itself?
Saya tak reti nak rate. Kalau tanya best ke tak saya boleh kata "sedak"


Kelantanese guna "sedak" untuk describe kebestan benda-benda lain juga selain makanan.
Contohnya "Jack Reacher ni sedak".



Thursday, January 3, 2013

Jangan nak menipu sangat

Assalamualaikum

Sejak mula bekerja saya sering dapat call dari tempat-tempat yang nak jual insurans, kad credit, dan segala macam jualan la. Yang penting tujuan untuk ambik duit. Macamkan saya ni kerja buat duit. Tapi hari ni orang call nak bagi duit. Bukan bagi duit macam dalam surat khabar selalu siarkan. Lagi tepat dia call untuk bagi kad diskaun untuk barangan kerajaan. Kad diskaun? Serius? Barangan kerajaan? Serius dua kali ganda? Adakah maksud anda barang dari kedai rakyat atau pasaraya Mydin yang ada lambang 1Malaysia besar nak mampus yang gua nak beli pun malu?

He (sebab dia lelaki) called and said;

Helo. Boleh bercakap dengan #myname#.

Yeeeee..

Sebenarnya saya malas nak layan panggilan macam tu tapi sebagai perempuan berhemah saya memang cakap dan akan reject politely.

Cik ada kad debit Maybank ye?

Ye......

Masih aktif?

Ye....

Jadi kami call sebab nak bagi semua pemegang kad debit Maybank kad diskaun. Dekat kad cik dia valid sampai bila?

3/17

Boleh bacakan nombor depan kad tu?

SILENT.

You call dari mana?

*÷?-!÷%- kad. Kan i dah cakap tapi (marah)

Perkataan kad tu je yang saya dengar. Dan saya realize he sekarang dah jadi macha (indian guy)

Dia desak dengan desperate untuk saya bacakan nombor.

You call dari mana. Based dekat mana?

I dah cakap tadi. Jalan Ipoh. Kalau you tak bagi kerjasama i akan block kad you.

Kenapa pulak?

You cakap macam ni dengan pegawai kerajaan?

Hek eleh. Pegawai kerajaan konon. Setahu saya pegawai kerajaan banyak tidur. Mostly. No offense ye yang jadi pegawai kerajaanbyang berdedikasi. You have my respect.

Pegawai kerajaan?

You perli i ke?

That macha still memaksa desperately. Siap sumpah seranah lagi. Dia panggil saya mangkuk hayun. Hahaha. Bagus! Nasib baik saya mangkuk hayun daripada jadi bodoh kena tipu dengan dia.

I akan block kad you sebab menghalang tugas saya. You kena pergi Putrajaya untuk setel. How u go is not my problem.

Putrajaya tu sebelah rumah saya je macha.

Kenapa nak block?

Sebab i ada kuasa. I akan remark kat sini yang u menghalang tugas i.

Setahu saya saya buat kad dengan maybank. So tu urusan i dengan maybank. You buat la apa u suka. Kenapa paksa i bagi maklumat tu

You ni Melayu ke. Bahasa Melayu pun tak faham. I nak buat pengesahan. I ada semua maklumat u

Oh ye. Berapa nombor ic i?

I akan block you.

Tak habis-habis nak block.

You tak faham ke. I nak buat pengesahan. U tak tahu ke pengesahan tu apa.

I tak faham.

I tahu you takut. Satu takut nak bagi info. Dua takut kena block.

Haha. Provokosi sampah.

Saya takut duit kena kebas la macha.

I akan block you. U menganggu tugasan i. Im just doing my job

What kind of job?

Dey macha. Aku tengah lapar parkinson dan kau call cari pasal. Memang kita bertikam lidah la.

Kenapa la saya tak push end call je?

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 2, 2013

Welcoming 2013

Assalamualaikum

Waaaa. Hari ini 2 Januari 2013. 2013 okey. Fuh. Semakin dewasa nampaknya. Hujung tahun lepas (bunyi macam lama padahal beberapa hari je) saya apply annual leave dan balik kampung. Drive seorang diri 7 jam. Sungguh lonely. Tapi Alhamdulillah sampai ke Cherang Melintang dengan selamat. Lagi bertambah gembira sebab dapat spend quality time bak kata buku-buku motivasi dengan lovesssssss.

Macam biasa la cabaran mencari rezeki terpaksa balik ke kota raya (tak sangat) dan malam tahun baru dengan semangatnya walau baru sampai lepas 3 jam driving (4 jam lagi orang lain drive) sanggup ke Putrajaya. Sebelum ni tak pernah buang masa untuk pergi mana mana tempat yang buat sambutan. Dan malam tu berjaya buang 2 jam plus 1 jam tersekat dalam jam. Bagus. Lepas ni buat lagi benda kurang berfaedah ni.



Malaysians memang sukakan hiburan. Butinya manusia yang seperti semut tu ha. Hanya Allah yang tahu berapa ramai manusia pada malam Tu.







Detik semasa semut semut counting kami sibuk berposing.

Tak ada apa pun nak cerita pasal sambutan sebab saya alah sikit dengan tempat ramai orang sebab hormon akan respond dan mula la buat perangai. Baby dan kids memang macam ni. Hehe.

Welcoming 2013 dengan semangat baru. Stop thinking the past. Macam.susah.saja. Dan jangan fikir future. Serius? Ini yang dicakapkan oleh mak saya. Katanya quote dari seorang motivator. Mulanya saya macam tak setuju kenapa tak perlu fikir sebab kita kena plan untuk future kan. Bila fikir baik baik apa yang cuba dia sampaikan adalah jangan terlalu fokus dengan future. Terlalu sibukkan masa hadapan. Sampaikan kita akan terlepas dengan present time (dah macam belajar grammar). Kita patut ingat yang present time la yang lead tu future. Jadi fokus pada present untuk dapat best future. Itulah maksudnya. Lagipun kita tak tau bila kita mati. Sibuk sibuk cari duit(contohnya) dengan alasan untuk future tapi tiba tiba esok mati. Tak ada guna dah duit tu.

Bagi saya, dalam erti kata yang lain bersederhana.

Selamat tahun 2013. Semoga 2013 memberikan kita keharmonian jiwa dan kehidupan.

posted from Bloggeroid