Saturday, September 29, 2012

Bajet 2013

Assalamualaikum.

Semalam langsung tak ada peluang dengar pembentangan bajet 2013. Sekilas pun tak dapat. Jadi, pagi ni bangun pagi-pagi dan online. 

Dan. 

Wow! Terkesima la dengar bajet 2013 yang saya rasa macam sunggut bajet hebat. Jom tengok. Ini antara yang saya grab dari others sources. Not mine. Saya bukan tercongok depan tv nak salin butir bicara najib unless dia kata nak peruntukkan 2 juta setengah untuk saya.

1. Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus. * KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.

2. Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.

3. Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.

4. Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.

5. RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

6. Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

7. Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

8. SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

9. Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

10. Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan. * Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

11. Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

12. Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

13. DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.

14. Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

15. Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

16. Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

17. Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

18. RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.

19. Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

20. Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.

21. RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

22. Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

23. Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

24. Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.

25. Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.

26. Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.

27. Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan.

28. Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun.

29. Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.

30. Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015

31. Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015

32. Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama

33. Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip “nilai untuk wang”

34. Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan.

35. Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.

36. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT.

37. Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai

38. Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta

39. Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.

40. Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.

41. Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.

42. Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.

43. Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.

44. Melalui Pakej Komunikasi Belia, rebat one-off sebanyak RM200 akan diberikan bagi pembelian satu unit telefon pintar 3G daripada peniaga yang dibenarkan. Inisiatif ini adalah untuk belia yang berusia antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah. Sejumlah RM300 juta diperuntukkan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.

45. Bantuan Rakyat Satu Malaysia atau BR1M 2.0 diberi kepada yang layak, kriteria sama seperti BR1M pertama iaitu pendapatan RM3,000 ke bawah. Sebagai tambahan BR1M 2.0 diperluaskan kepada individu bujang 21 tahun ke atas dan pendapatan bawah RM2,000 akan memperolehi RM250 seorang membabitkan peruntukan kerajaan RM3 bilion.

46. Kerajaan akan meneruskan program Baucar Buku Satu Malaysia kepada setiap pelajar IPTA dan pra-universiti. Untuk itu, nilai baucar akan ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250.

47. Bakal haji yang mencarum di KWSP, kini dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang. Inisiatif ini terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000.

48. Bonus penjawat awam sebulan setengah gaji secara berkala tiga 3 bulan.


Kita mesti rasa wow wow wow je bila dengar kerajaan peruntukkan 2 billion untuk itu, 3 billion untuk ini, 100 billion untuk itu ini. But then, saya tengok saban tahun kita tak kemana pun. Ye saya tahu kita patut buat apa-apa yang akan mengekalkan kerusi kita. Hek eleh.

Lihat nombor 44. Bajet paling bijak pernah saya dengar. Ni nak bagi orang-orang muda berlari-lari anak pergi grab smartphone ke. Dan feeling-feeling smart pakai smartphone padahal asyik dok share entah apa-apa isu dekat facebook. Penting sangat ke smartphone tu. Kenapa tak bagi rebat untuk benda yang lagi ilmiah sikit. Lagipun smartphone sekarang gila murah. Saya yang tak kaya pun mampu beli. Siapa yang dapat untung?

BR1M untuk individu bujang 21 tahun ke atas bergaji bawah 2000. Boleh la. Buat simpanan kahwin gamaknye ye. 

Saya tahu lagi ramai bijak pandai yang boleh kritik bajet 2013 secara positif dan negatif. Saya akan rajin-rajin untuk baca. Nak jadi smart kan, maklumlah dapat rebat 200 beli smartphone. Best kan hidup kat Malaysia?

Ok. Nak pergi kelaur beli surat khabar yang dah bertukar jadi surat politik. Eh.

Bye.





Oh ye. Jangan lupa bayar PTPTN. Kan dapat 10% diskaun. Kan saya dah cakap best hidup kat Malaysia ni. Haha.

Friday, September 28, 2012

Pilih

Assalamualaikum.

Dan helo my blog. Kamu juga.

I is sedih sebab lama tak dapat post entry untuk page ni. After mental breakdown hari tu, tambah dengan time limitation plus internet problem minus kemalasan, saya strongly rasa itu adalah alasan yang kukuh tidak dapat dijejaskan lagi. Since nak online lepas balik kerja sangat susah saya cuba untuk mencari kaedah mengupdate blog dengan cara smart memandangkan dah guna smartphone. Phone dengan tuannya perlu la seiring. Dua-dua smart dan comel. Hihi. Gelak sebagai tanda innocent selepas puji diri sendiri.

Dan untuk comments pada last entry tu saya sangat-sangat berterima kasih. Thanks guys and girls yang awesome hensem cantik dan bergaya. That was sooooo nice words for me. Currently saya okey dan happy sebab sebab saya pilih untuk happy. So kalau anda sedih dan hancur, sila la menangis sekejap. Beritahu dengan Allah yang anda sangat sedih. Ask for kekuatan dan kesabaran. Boleh update dekat blog juga. Hihi.

Tapi jangan buat status facebook lol.

Oh ye hari ni ustazah Ain nak bagi tazkirah pasal pilih sebab tu title dia pilih. Bukan pasal smartphone dia. Mungkin entry tu dia buat lepas ni lepas dia dah master dengan smart-la-sangat phone dia. Dan kalau nak baca pasal pilih jodoh pun bukan sebab saya mana kahwin lagi so how come....how come nak cakap benda yang tak ada pengalaman. Tak ke pelik tu. Actually boleh tapi tak ada garam la entry tu. Haha.

Years dulu kan saya putus cinta. Sedih woo. Boyfriend pertama tu. So saya super sedih dan rasa kalau dia tak nak dekat saya, maka tak ada la lelaki lain yang nak. Dan saya akan jadi pwrempuan loser keseorangan dengar lagu Judika hari-hari menangis sebelum tidur. Sedih tak jadi macam tu? Meh nok oyat, memang sedih gila gila gila. Dan memang gila. Dan kenapa saya jadi macam tu? Sebab saya pilih nak jadi macam tu. Nampak tak yang kita memang boleh pilih nak jadi gila atau tak. You can cry tapi jangan overdose. Nanti mata terlebih bersih.

Ok. Itu contoh je.

After kejadian dukacita baru-baru ini, saya totally lost dan rasa macam kenapa benda tak best macam tu keep happen to me. Jangan tanya berapa liter airmata la. Kan saya bilang boleh menangis. Dan kalau tak menangis tu yang parah. So saya fikir saya nak sedih dan rasa tak happy pergi kerja balik rumah sampai bila? It is not me yang buat semua tu. Lagipun Tuhan nak bagi saya ingat dekat dia. Selalu ingat. Selalu. Selalu. So Dia bagi test. Nak tengok markah saya berapa.

Saya memang fragile. I can easily burst into tears.

Tapi saya selalu ingatkan diri even saya alone, saya ada Allah dan orang(s) yang buat buat saya happy. So saya pilih untuk bahagia. Saya pujuk diri untuk senyum. Saya pujuk hati untuk tenang. It is not easy for me sebab saya bukan macam orang lain. Saya gila sikit. Kadang-kadang banyak. Jangan compare kita dengam orang lain. Itu bukan perkara positif. Yang positifnya kita pilihlah untuk happy. Always try.

Try. It is a must.

Ok. Back to work. Mentang la bos meeting.

Bye.

Published with Blogger-droid v2.0.9

helo!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, September 9, 2012

Heartbroken story

Assalamualaikum blog kesayangan yang comel selalu. And you too.

Saya tidak tahu patut atau tidak untuk menulis (atau lebih tepat menaip) sesuatu yang saya kira sebagai personal yang saya tangisi for few weeks. Kalaupun saya patut menulis (menulis suits me better kot.hihi), saya tidak tahu macam mana untuk describe into words yang betul-betul menggambarkan jiwa saya. Tapi, tengoklah akhirnya saya memilih untuk patut dan tahu (kalau post ni "published").

Awal tahun 2012 ni (cepat sangat kita dah nak jumpa 2013), saya masih ingat betapa saya terpaksa struggle dan bersabar bila saya dapat offer untuk kerja di Sepang. Siapa yang tahu how Sepang looks like akan tahu macam mana susahnya hidup kalau tidak berkaki. Tapi saya sentiasa tahu, itu hanya untuk sementara. Tapi kita semua tahu bukan penantian tu satu penyeksaan. Lebih-lebih lagi penantian yang kita tak tahu secara tepat masa,hari dan tarikh kita dapat keluar daripada penyeksaan tu.

"Allah tahu yang terbaik buat saya"

Saya begitu happy sebab saya dapat apa yang saya mahu. Saya fikir penantian saya terbayar. Saya sukakan kerja saya. Senior yang merangkap person yang saya report to bukanlah seorang yang saya patut tidak selesa dan not happy with. Sesiapa yang pernah tanya saya sama ada saya happy atau tidak akan tahu yang saya selalu cakap saya happy dengan kerja saya. Yes. I. Am.


Sehinggalah beberapa minggu lepas.

Bukan saya mula membenci kerja saya cuma saya mula unhappy dengan workplace saya. Lebih tepat dengan sesetengah manusia yang kalau dengan bahasa kasarnya saya boleh gelar mereka sebagai kuli saya sahaja.

Apa yang terpaksa saya rasa apabila terpaksa mendengar tiap-tiap hari mereka mengata dan mempersoalkan apa yang saya buat?

Menuduh saya dengan benda yang saya langsung tak buat?

Saya tidak hadapkan respect mereka yang langsung tidak tahu untuk respect diri sendiri. Saya tak perlukan respect macam tu. Dan saya tidak akan memilih untuk form a friend relationship dengan mereka yang saya tahu tidak sesuai untuk menjadi kawan saya. I dont speak their language. Maaf. Saya tidak bercakap babi, sial, bodoh, shit, damn, bangang, babi babi babi dan babi dalam percakapan harian saya. Saya bukan tidak pernah menyumpah.

Saya tidak pasti bila semua umpatan dan sesi mengata saya tu bermula. Mungkin right after I got myself a car. Small car. Satu yang saya mampu. Yang akan memudahkan urusan saya yang kemudiannya ditafsirkan sebagai berlagak. Kemudian membandingkan saya dengan seorang housemate yang dia kata kaya tapi tidak berlagak. Tolonglah, housemate tu kaya pakai kereta Vios mak bapak dia yang bayar. Saya beli kereta, even tak Vios manapun, saya beli sendiri. Dan kalaupun saya nak berlagak, memang saya patut berlagak pun. Atau mungkin sebab kau tak boleh nak dapat satu? Atau lebih kurang ajar kau tak mampu?

Dan dia kata "bukan audi pun nak berlagak".

Saya tak tahu  isu kereta-baru-berlagak ni jadi topik mereka untuk berapa kali. Everyday I guess. Takpe, saya biarkan je. Itu semua cakap-cakap manusia tak ada modal. Saya masih berlagak biasa. Biasa disini bukan bermaksud saya huha-huha dengan mereka. Kan saya dah cakap saya tak bercakap bahasa mereka. So, saya cuma bercakap apa yang perlu, give order(s), dan jadi friendly sikit-sikit.

Sehinggalah (lagi) last week.

I got myself new handphone sebab dah lama mengidam dan handphone lama tu pun ihsan Kak Long tercinta. Itupun selalu buat hal, selalu mati tanpa ucap selamat tinggal. Itupun dijadikan isu.

Dan mereka kata "kalau baik tak menunjuk macam tu"

Sampai sekarang saya tak dapat nak uraikan "menunjuk macam tu" tu apa. Seperti biasa, tiap hari saya akan masuk lab dan bawa logbook dan handphone saya. Letak atas meja dan buat kerja. Itu menunjuk ye? Mungkin saya patut balut handphone tu dengan kain sarong atau dengan cadar (lagi tak nampak kan). Since saya tinggal sekali dengan diorang, habis semua apa yang saya buat dijadikan benda untuk diumpat, digali-gali konon menunjukkan mereka tak puas hati dan betapa durjananya saya ni. Paling mengguris bila hal yang saya dah bincangkan pun dijadikan isu. Saya terang-terang dah cakap "apa-apa bagitau, kita duduk satu rumah tak sedapla ada apa-apa".

Jadi, for the whole weeks saya decide untuk berdiam diri, cakap apa yang perlu. Saya sakit hati. Saya jadi bahan mereka mngutuk. Bila saya suruh buat sesuatu, reply dengan kurang ajar. So saya decide untuk senyap dan biar dan buat dunno ajalah.

Lepas 5 hari, saya dapat text message. Meminta saya keluar dari bilik saya atau lebih tepat menghalau saya dari rumah tu. Senang kan? Benci dan meluat dengan saya, terus halau. Macamkan rumah tu dia punya. Padahal dulu, tanpa saya dia tak kan boleh sewa rumah ni. Dikatanya saya berlagak, tak reti bawa diri, lebih baik duduk dalam hutan dan kalau tak puas hati cakap depan-depan tak payah tunjuk muka tak puas hati. Setahu saya yang tak puas hati sekarang mereka, dia. Kenapa saya yang kena cakap depan-depan dan tak perlu tunjuk muka masam tak puas hati?

Saya betul tak faham. Kalau saya yang tak puas hati, sayalah orang yang akan hantar text message dan cakap,

"dah ada kereta berlagak. Nak pergi sendiri"
"tak offer"
"dengan staff lain menggedik"
"sila berambus dari rumah ni"
"tak payah hempas-hempas barang"
"tak puas hati cakap depan-depan"
"belajar tinggi patut ada akal"
"kerja ni kena ada keberkatan"

dan macam-macam lagi la.

Instead of saya, dia yang hantar text message tu. Sekarang ni siapa yang tak puas hati?
Lepas tu hantar text again mengatakan maaf untuk terkasar bahasa tapi still dengan apa yang tak puas hati tu.  And she asking me to be better. Berubah untuk kebaikan. Saya rasa kau yang patut berubah dulu. Kalau dah jadi muslimah sejati, dah tahu jaga aurat betul-betul, dah reti nak bercakap dengan betul, hati pun dah basuh dengan clorox, dah masuk U, baru kau layak nak cakap semua tu.

Memang lepas ni saya akan berubah. Berubah jadi yang sepatutnya. Sampai bila-bila saya tak akan menjadikan mereka kawan.Mereka cuma layak untuk jadi mereka yang bekerja untuk saya. Ye. Memang ayat ni ayat berlagak.

 Saya cuma beri apa yang mereka mahu.


Sunday, September 2, 2012

Seoul Garden, Korea.

Assalamualaikum!

Hari merdeka lepas saya pergi Korea. Maksud saya makan makanan Korea yang obviously la Malaysian made. Tapi, saya rasa more to Siamis made la kot since semua staff macam muka Siam je. Tak kisah la made in mana pun as long as dapat rasa makanan Korea sebelum terbang ke Korea. So, im gonna put lots of pictures sebab dekat Seoul Garden, kejapppppppppppp, oh! saya dah mention ke yang restoran tu nama Seoul Garden? Emmm. I did. Alah, you all kan selalu pergi je. =)

Oh ye, since dia bakar-bakar style and buffet yang mana kena makan slow and slow and slow, sebab itu kita kena isi masa terluang dengan snap pictures. Come on. We love camera. do you?



Ini sangat klise tapi sebelum masuk kena snap gambar depan gate supaya orang percaya kita. tetapi pic ni snap lepas kenyang. On that day, agak full house la juga. Kaya-kaya rupanya rakyat Malaysia ni

Nampak tak meja ni kosong dan innocent. 

Even tisu pun putih bersih

First round. Oh ye, pleasa jangan percaya kuantiti makanan tu since saya mengamalkan konsep sikit-sikit jadi bukit. Saya tengok orang lain sekali ambil memang banyak. Mungkin diorang malas nak bangun duduk atau gelojoh? Hahaha. Oh ye lagi, jasmine tea awesome dan rasa berbunga. Suka!

Ehem. Ini bukan second round ye. Seriously, saya tak tahu berapa kali saya bangun duduk antara seat dengan tempat buffet. Eh, saya kan mengamalkan konsep sikit-sikit. Sambil makan kena la berjalan, baru lemak-lemak ayam tu terbakar sikit. Nanti boleh makan lagiiiiiii banyak. EH!

Korea la sangat kan.

Dah masak! Yeay! boleh makan. Sayaa suka sangat dengan sayur yang macam taugeh ada daun tu. Dan tembikai yang dah kena gigit. Itu ada ayam kopi, bulggogi (tak tahu betul ke x) dan ayam dah masak. Ignore jela nama-nama tu.

Udang, papadom dan kangkung. Tolonglah ain. Pick another restaurant kalau nak makan kangkung.

Again? huh... Oh ye, yang sejemput tu kimci. Sedap. Dan portion dia memang kecil sebab saya nak tester je. Daging ayam dah sekilo beb......Kan saya dah cakap, memang saya mengamalkan sikit-sikit jadi bukit.



Kesian dia. Eh, dia tengah happy sebab orang tangkap gambar dia. Apa la sangat daging-daging kopi dibandingkan dengan gambarnya ditangkap.

They got ice cream too. Oh, ice cream with lots of nuts is kacang! Meja belakang tu datang for budak baju hijau birthday. Untung la dik, kecik-kecik dah sambut birthday dengan tempat macam ni. Akak dulu beli cekedis letak dalam pinggan  je dapat.

Seoul Gatden pun ada pencicah kopok ni. So sad diorang tak ada kopok lekor. Oh ain. Again? Tadi papadom ni kau nak kopok lekor pulak?
Satu-satunya pic yang dapat snap dekat foods kaunter. Huish tula kan, camera besar sangat. so blur tu sebab Ika nervous. Haha.
Ada siapa-siapa yang makan chopstick guna 2 tangan macam ni?

Dia tengah makan
Dan mengamuk apabila gambarnya diambil. Oh ho.


Pinggan dah kosong. Perut dah penuh. Jom la kita balik. Dah 5 jam kita kat sini.

See. Kosong dan innocent. Dan tolong la percaya lagi yang total pinggan kami hanya ni. Untuk masa itu. 




"I love Seoul Garden.
Seoul Garden is my first love"
Thatwaswhymyfacebecamelikethat.
Rasanya dengan jumlah yang kami makan tu, harga dia worth it la kot. Mungkin statement ni untuk sedapkan hati je. Atau ayat pujuk untuk ke sana lagi. Well see la ye. Bye!