Saturday, April 28, 2012

Rumah manis-manis

Safely arrived at 6 am dekat Ketereh. Abah pick up. Sampai rumah je si kecik tercongok atas sofa. Kenapa awal bangun?

"maye Subuh"

oh. Ok. Good baby.

Dan sampai sekarang belum berhenti sebut "bola, bola, bola, bola"

Ohhhhhh, nak upload gambar yang Ika's friend, Pika, snap time kitorang dekat Putrajaya.












Yeay!

Wednesday, April 25, 2012

Pertama

This is not about Pertama Complex or about winning something. This is something that was written by me when I was deadly crazy about something. I still do, actually. It is not flowery as a flower or poetic and good as you read from others since i am not a poet. But, this is what that has come from my deep heart. It is mine.

Dikau yang pertama
Pertama datang, pertama pergi
Datangmu bersama manis
Pergimu meninggal pedih
Manis itu aku hirup, simpan di dada
Pahit payah aku mamah, terlakarlah duka
Terus, tinggallah calar di jiwa

Dikau yang pertama
Pertama melangkah, mencuri hati, menyentuh jiwa, perlahan menusuk ke kalbu
Hati jiwa ini lantas dikau eratkan di genggammu.
Erat tanpa secalitpun lubang-lubang pedih
Sepiku dibalut rapi, dukaku diusir pantas, jiwaku dipeluk kasih

Benar, dikau yang pertama
Pertama aku serahkan  jiwa

Kau yang pertama
Datang tanpa diminta
Membuka ruang hati. Kejap dikau kuncikan jiwa
Pergimu, layulah bunga hati
Lalu ke mana harus aku isikan lorong-lorong hati

Benar. Aku cinta.
Sungguh. Aku kasih
Pada yang pertama

Aku punya cinta itu. Tapi sayang aku leka. lalai dan lupa
Untuk memberi cinta itu.
Pada dia yang pertama.

Tuesday, April 24, 2012

K-virus

Stok drama Korea dalam laptop semua dah habis tonton. Aduh, macam mana ni. Nak tengok online barai la broadband yang serba kekurangan ni. Dapat blogging, jeling-jeling facebook, check email pun dah kira syukur dah. Lagipun layan online tak best. Tak menarik.



K-Virus tu tak masuk K-Pop, since gua tak suka sangat lagu-lagu Korea yang gedegung gedegang macam bunyi mesin air tu. Bising. Ada la sesetengah yang I dengar. Tapi usahlah ditanya tajuk dan penyanyinya. Sebut la siapa pun, jawapan tetap sama. Kalau lagu-lagu dalam drama Korea, owh, kena yang awesome, memang satu hari la pusing kaset tu je. Sekarang asyik pusing lagu dari drama Heartstring. Best. Rasa nak peluk-peluk je penyanyi tu.

Kenapa K-virus? Suka hati kita lah!

Cerita ni timbul sebab tadi, dekat office, lab-mate cakap bos kitorang selalu layan drama Korea. Damn lah, layan Korea tak ajak. Haaa. Patut la semua sterilization tabur kat kitorang, dia nak layan Korea rupanya. Sebenarnya, I terkejut juga since,

1. Susah je lelaki nak layan Korea. Fahmi cakap, geli la tengok, lelaki Korea jambu air je semua (air tu I sendiri tambah)

jambu ni la yang bos-melayan-korea tu masuk semalam. Sedap tapi tawar. Macam minum air, bak kata lab-mate (mulai sekarang gua nak guna lab-mate, tak mau la kawan sekerja, agak kelmarin pulak rasanya)

2. Bos tu nampak macam skema je bila I pergi desk dia, selalu nampak die ngadap Microsoft word. Ni mesti dia cepat-cepat kecikkan window korea tu bila nampak I. Ceh.

Agak-agak, wajar tak I tukar-tukar drama Korea dengan dia?

Monday, April 23, 2012

Macam kelip mata je

Tadi waktu dekat lab, kawan sekerja (xreti nak eja kawan sekerja dalam english, gua hentam bm je) tanya,

 "ain dah sebulan kerja kan? tak terasa pun kan? jap lagi dah dapat gaji"

 Itulah hakikatnya. Sekejap sangat masa berlalu. Baru rasa macam semalam je (macam tipu je) dapat offer letter. Doa Allah makbulkan. Penantian terbayar. Hehehe. Alhamdulillah setakat ni kerja okey dan best. Masa first dulu, kekok je, sampai nak buka pintu lab pun rasa macam segan. Padahal dalam tu ada dua orang kawan sekerja (lagi) je. Sekarang siap hempas-hempas pintu lagi. Bukan sebab marah, dah pintu tu ringan.


 Ohhhh, hari tu, sebelum masuk kerja, me and Ika temankan bakal pengantin dan tunangnya tu buat sesi bergambar. Dekat Putrajaya, tempat yang ohsem la. Cantik. Berseri. Indah. Menarik. Rasa nak tinggal sana je. Alang-alangkan meneman, si cameraman tu tersnap gambar kami pulak. Kenapa tak bagitau, boleh kami senyum sampai lebam.




Pipi tembam, gemuk. Misi: kuruskan badan (lah konon) supaya dapat pakai kebaya bulan 6 nanti. Huh.



Mak cik sebenarnya dah tahu cameraman tu nak snap dia. Tu yang dia buat-buat posing candid. Ceh, koya sokmo. Hahaha.


Ni last picture cameraman yang hensem bila baring atas rumput tu snap. Yang paling kiri tu photographer juga. Dan memandangkan dia ada camera mahal tu dan kami berdua free, dia la jadi tukang snap gambar kami. Nanti gambar akan diupload kalau dapat kelulusan gua.

 Dalam entri ni ada dua cerita rupa-rupanya. Tak pe, ni kita panggil, bijak mengguna ruang.

 So far gembira dengan kerja dan hidup. Jadi, usahlah "KAU" berlagak tahu.

Sunday, April 22, 2012

With new look

I buka blogspot after sebulan, dah ada new look. Oh, saja la kan nak test kecekapan IT. Mula-mula macam dah sesat. Benci la blogspot ni.

Oh ya, I left Sirim end of March hari tu. Dan, I miss them sangat. I guess masa kita bersama mereka tak menentukan kuat mana perasaan kita terhadap mereka. Tambah-tambah lagi, we always together, bersembang bersama, gelak bersama, semua bersama. Tukar movie sama-sama. Hari-hari tengok mereka. 3 bulan cukup buat I rindukan mereka. I hope, kita akan terus ingat satu sama lain.

Citer lain pulak.

(Lagu Kak Melah ni best la. Rap BI cool)

Sampai hari ni, cukup 3 minggu I kerja dekat litar Sepang tu. Penat la berlumba hari-hari. Kalah Michael Sumaker tuh. Kerja best, mungkin sebab I suka kerja tu. Tekanan belum datang. Bos okey, so far, comel pulak tu. Nak ngurat pun nanti susah la nak kena convert convert ni kan. Hadap je lah.

Dekat building tu orang tak ada. Kadang-kadang je orang datang. Time tu je dapat cuci mata. Tapi takpe, janji kerja I okey aje. Bos kata next month new technician masuk. Yes, Yes, YESSSSSSSSSS, maka dapatlah berlagak senior. Haha


Google senior keluar orang tua berpeluk sakan pulak.

Titik

Jadi kau rasa kau hebat dan super hebat?
Pernah dengar Ramlah Ram-sesaat kau datang?

aku harap ada karma yang datang dekat kau.