Thursday, January 27, 2011

WAIT!

I have something in my mind to write but I guess, not now.
Because I want to pretend that I'm sooo busy. Ceh!




잠깐 만요!!!!


So, apa kata kita layan jejaka-jejaka hensem ni. Ma kite pun dah mula minat dengan Korean Movie. Pandai dah sekarang. Oppa!
















Okeh, see ya!

Tuesday, January 25, 2011

Makcik yang telah menghampakan hajat seorang teruna..

I just came back from Seksyen 18, Shah Alam after 2 hours waiting and waiting for the buzzzzz...Mencik!

Alah balik pon sama. 2 kali mencik! (read. alah=on the way)
Tapi seronok jugak walau terpaksa sedut karbon monoksida yang dilepaskan oleh ekzoz-ekzoz yang sungguh tidak berhati itu.

Oh ya, tajuk agak panjang yang mana sama dengan mengucap panjang I bila ada mak cik tu secara sukarelanya telah menilik I. haaaa..free pulak tu. Terima kasih makcik.

Percayalah! Gambar ni takde kaitan langsung! =)

Mak cik yang diceritakan di atas adalah seorang perempuan yang datang ke arah bus stop bersama-sama beberapa orang sahabatnya (agaknye lerr) dengan beberapa bijik luggage. Situasi itu, saya terjemahkan sebagai "orang yang baru sampai dari mana-mana destinasi dengan bus".

Yes! Betul. (rasa nak sepak tak?)

Kemudiaannya, seorang teruna (yang akan dikecewakan oleh mak cik tersebut) yang turut datang bersama mereka menyapa saya.

"Adik, kakak, nak pegi kl naik bus apa?"

"errr...bus?..errr" (senyum adalah perkara yang boleh dibuat ketika ini)

Selepas tamat sesi soal menyoal (tanya lagi orang tak tahu apa-apa ni kan), teruna tersebut mula la memulakan aksi mengayat beliau. Disebabkan kebosanan menunggu bus yang mungkin besok akan tiba, saya pun melayan la segala macam soalan teruna tersebut. Perempuan gatal memang macam ni. hahaha..=)

Elok je sang teruna...
"nak kenal-kenal boleh ke"
"nombor telefon berapa"

Adik-adik, itu adalah ayat standard para lelaki yang mahu mendapatkan nombor ambulans. Ces..

Mujurlah ketika ini mak cik terbabit muncul lalu memeluk saya. Errr, mak cik, saya..(dalam hati jek)

"Mok cik tengok adik ni come. Lembut. Mok cik tengok mok cik. Ore dio lembut. Kecek dok banyok tapi sekali dio ghoyak, siap."

Ok mak cik. Terima kasih kerana menyelamatkan saya!



Berlalu pergilah sang teruna itu...

Friday, January 21, 2011

Ini sejarah ok!

Dari semalam lagi internet dekat rumah mewah ni slow bangat. Sebal taw! I sibuk-sibuk macam ni dia nak berpe'el. Huh. Mencik.=(

I ada berderet-deret email yang nak kena send (bisnes juta-juta memang macam ni), puluh-puluh blog yang nak kena skodeng (sekadar mengisi masa terluang) dannn facebook lagi. Macam mana nak buat semua tu tanpa internet?

Ok lah, tak payah kita nak tension-tension.

Oh ya, semalam-semalam, dek kerana kelaparan dan kakandaku tiada di rumah, terrrrPAKSA la I masak sendiri. Sehari sebelum tu mak cik tu marah I pasal I makan nasi dengan ayam goreng je. Ades, kalau bab-bab makan ni, I mudah-mudah je atau dalam erti kata lain MALAS.


My lunch sebagai bukti I bukan pemalas =)


Please ignore bahagian yang agak hangit itu =)

Itulah sejarahnya!

Wednesday, January 19, 2011

Serba tak kena dah.

Tadi I pergi interview dekat Sunway. Bukan dalam Sunway Pyramid tapi bahagian luar. Kan sekeliling mall tu ad banyak-banyak building. Tak tahu? Ish ish ish...

Office tu senang je nak cari sebab dia dah bagi landmark. Alhamdulillah. Kalau tak I bantai pegi shopping dalam Sunway tuh. Nak lepak Sunway Lagoon belum bukak der..Cess..

Bawah office tu adalah Station 1 cafe and 1st floor pulak Thomas and Guy Saloon. I ingat nak pergi buat2 rambut dulu ala-ala Lady Gaga, sekali macam bau kemenyan pulak saloon tu. Ke salun memang bau macam tu. I tak tahu you, mana penah pegi..Huhu..=(





Bila dah sampai I tak terus naik, masuk 7e dulu cari soya sekotak. Huh. Dahaga la katakan lepas tu lepak la dulu depan pintu office tu. Sebelah I tu ada la amoi-amoi yang pakai macam tak pakai plus rambut kaler pelangi. Mungkin geng-geng Thomas la tu. Ada sorang tu pakai shirt terkoyak belakang set seluar dia sekali koyak-koyak. Kalau I baju macam tu dah lama Puan Siti Hajar buat lap kaki!






Sebenarnya tak pelik pun amoi-amoi tu pakai macam tu cuma tapi sebab fesyen lubang-lubang dan warna baju dan seluar tu putih maka nampaklah spendernya berwarna warni. Tapi (tapi lagi), I paling suka badan slim molek je. Tak kurus tak gemuk. Aduh, jeles maa....
Persetankan apa yang diorang pakai.

Yang lagi satu, dekat cafe tu pulak, ada la 3 awang-awang hitam bersama-sama minah hitam. Sedang asyik mereka bercumbu, terpandang pulak. AH. Makin banyak dosa aku lama-lama kat sini.

Tukar kasut terus naik office!

Tuesday, January 18, 2011

Gadis berkaca mata.

Tapi dah lama mencuba kanta lekap. Apa? Ha, contact lense. Bila satu-satu benda tu kita dah biasa sebut or called them in dalam english terus macam....emm...emmm.. ap eh? ap eh?..Kan?

Sama la jugak macam signal. Dari mulut reti bercakap lagi mak bapak dah ajar sebut tu. what else?

Oh ya, tadi pagi, pagi tadi I pergi la kedai, niat nak pegi jumpa doktor to ask him about the kerja tu la tapiiiiiiiiiiiii sekali queue die punye patients sampai Korea. Adeh, sape suruh pegi lambat. Dah sah-sah aritu dia suruh datang pagi kan?

Not my fault. Mata ni ha. Lepas tu bla bla bla.....

Ok. Memang I yang salah. Adui, dah berbulan-bulan terperuk di rumah dengan kelembutan comforter 2 buat tabiat payah nak bangun-sebab-gila-tidur ni dah imun dalam diri. I have to stop now! Kalau tak ha ha tak tahu........

Since, memang takkan dapat jumpa doktor tu, I pergi cari kedai spek.

kedai 1
"ada 325. Nak?"
Sangat tak mesra walhal muka cun.

kedai 2
"kena order la kalau nak yang tu"
Alahai, mcam tak nak bagi aku beli pulak. Takpe2. Cari kedai lain

akhirnya pusing punye pusing jumpa la kedai lain, terus masuk. amoi yang ada kat dalam tu kemain senyum lebar, ceh! Baru la rasa selesa masuk kedai. Ini tak, ada sesetengah kedai tu, belum masuk dah rasa tak nak masuk. Kau nak berniaga ke tak?

Lepas tu I pun cakap la dengan penuh keayuan (rasa nak lempang kan) yang I nak beli Lense. Terus dia bukak ALmari pastu pet pet pot pet. Segala macam dia cerita.

"Ini brand banyak bagus. U boleh pakai lebih dari 6 jam.Lagi aa, dia lebih soft dari yang ni (sambil tunjuk yang satu lagi)"

"berapa"

"yang ini 30, yang ni 20. Ini yang 30 baik maa..Selalu orang datang pakai ini macam la. Banyak bagus..Sepanyol itu mari.."


"oooo"

"ini brand kualiti sama macam proton, ini pulak toyota"
eh, boleh plak ye..

"i nak yang proton la. beli barangan buatan malaysia ma.."

Padahal I sengkek. Cess..

"I jarang pakai pun"

"Ok la"

Kebiasaanya, kalau I oergi satu-satu kedai spek ni, kalau new customer dia mesti mintak isi borang untuk derma organ mata. Yela kan, mata da rabun. eh, bukan. Borang tu dia nak simpan maklumat kita la. Nanti kalau datang lagi boleh die bagi free. Yeke?

Tetiba amoi tu mintak spek
" u boleh bagi spek? kite cuci. xde charge punya"

OH...bagusnya..apalagi, memang macam baru die cuci..Berkilat2 gitu.Next time boleh datang lagi..yeay!

Actually, I started wearing lense masa 1st year university. Saja la kan, nak suruh cantik banyak (rasa nak sepak pulak kan). Tapi tu adalah reason syok sendiri, I pakai sebab keselesaan. Sebelum tu, memang agak tak selesa pakai spek sebab hidung kemek! spek asik jatuh jek. Kejap kejap kena tolak ke atas. Sampai malu jugak. Malu sebab ap pun xtaw.

Ingat lagi masa first time nak pakai, i tanya my friend yang dah biasa. tapi, mula2 nak letak dalam mata tu , susah sangat, tak masok kot! tak reti la kata kan. a few times jugak la cuba.
Lama-lama dah biasa, okey la..



Mula-mula kena letak lense tu dalam posisi macam ni. Kalau dia lengkung ke bawah memang haram tak masuk ok.



Bukak mata leluas, pastu letak la lense tu elok2 ye..

Senang je nak pakai, tak de rasa apa pon. Mungkin first time rasa macam ada benda dalam mata tapi lama-lama ok. Sehati dua ke kita dah boleh terbiasa.
Tapi awas1 kalau rasa gatal ke, baik tak payah pakai. Mungkin kita tak boleh dengan brand tu or mata kita tak boleh adapt dengan lense. so, untuk keselamatan baik tak payah. Mata beb!

Paling penting kalau kita deal dengan lense ni hygiene! Ingat adik-adik! tangan tu mesti mesti mesti always dibasuh dulu before sentuh lense. Sebelum makan pun kena basuh jugak.

Oh, baru teringat, nak makan ni.
Apa-apa pun, amoi kat kedai spek tadi memang best ah!

tersepit

Nak mandi, terpaksa tunggu anak dara tu..Adeh, hilang mood nak mandi.
I dalam situasi yang agak tersepit.
Perlu bijak berfikir.
And ubah perangai paling penting*




Berdoalah, Allah sentiasa bersama hambaNya.......

Sampai bila nak macam ni...

Boleh tak kalau kau berhenti menyalahkan orang?

"eh ain, kalau bayaran muka kereta kite panggil gapo doh?"

"deposit?"

"bukan, so lagi tu?"

I tengok syok kakak tengah pulak menyampuk. Oh, feel lari beb!..

Have you ever been in a situation where you cant say "STOP BLAMING ME!"
Sebabnya you mahu jaga hati dia seboleh-bolehnya, maklum la hati dia fragile, kita ni hati keras macam batu. Ketuk sejuta kali tang tu jugak.

Padahal dah sah-sah dia pun ada salahnya. I memang kurang mengerti la dengan manusia seumpama ini. Adakah dengan meletakkan batu atas bahu orang kau rasa kau baik dan hebat. Yela, dah kau tak salah, yang salah orang lain.

Sampai bila?

Dari dok pot pet salahkan orang, tuding jari walau kau tuding tu nampak sengetnya, apa kata muhasabah bak kata orang Arab.
I ve done a BIG mistake (setakat ni la) and i really really regret. Orang selalu cakap, manusia ni patut dapat peluang kedua tapi i got none!

Sangat susah bila orang tu hanya fikir salah orang. Dia? Langsung tak salah. Almost perfect kot.
I mahu timbul dari kelemasan ni. Sesak sampai tak boleh bernafas tapi siapa yang tahu..
Sampai bila?

I believe yang positif side seseorang tu lagi banyak dari bad side dia. I've stop blaming you, no! I never blame you. at all.
boleh tak you buat benda yang sama?

Sunday, January 16, 2011

Serba-salah

Nak tulis pun serba-salah. Tulis salah, tak tulis pun salah. Garu-garu kepala. Aiseh. Nasib baik kepala tak berkelekelemumur. Gunalah sunsilk!. Nak tulis jugak!

You all tahu tak, (ceh, kau tulis syok sendiri boleh pulak tanya macam ramai baca) last 2 days, I pergi interview. Yang paling seronok kan, that was my first interview! Yeay!!!!!!
I have one before actually, during my secondary school, called mock interview. Seingat-ingat I, during that time, tak de la hancus interview aku macam semalam!

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sabarrr.Sabar..

I anggap tu satu pelajaran. Sebelum pergi tu, memang I tanya orang macam mana, apa dia tanya. Jawapan memang semua dalam otak. Otak mesin fotostat memang macam tu. Tapikan, tak seindah mimpi. Sekali rasa baru tahu kenapa femur dengan tibia macam nak putus je..
Learn from mistake.

Prof Normah pesan dekat I (I kan student bermasalah) "dont worry ain, it just a learning process. Practice practice practice"
Rindu pulak! Prof, takde kerja kosong ke?

Bila pulak second interview nih?

Yang paling penting, kita kena confidence bak kata seorang tu la. Oh, dah ketaq tu senyum la lebar-lebar, bukan saja bertambah ayu tapi kita akan rasa lebih relaks. Senyum sedekah okey. Dah tahu nak hulur duit kat tabung susah, senyum pun susah ke?
Awet muda juga!

Lepas tu, jangan gelojoh, relaks bro..relaks.relaks.relaks. Bila orang tu tanya, tarik nafas dulu pastu buat je pengsan. Dah kata nervous kan. Sangat susah bila kita dalam situasi tu, takut dan berdebar, sampai lidah kelu. Sebab tu practice tu penting.
Tengok! Practice lagi yang keluar.

Ohh..malas la nak cerita tips interview ni, goggle je. Haha. Memang dasar kedekut. Tak! Pemalas!

I selalu set dalam kepala, yang perlu kita takut tu Allah, diorang tu manusia jugak. Tak mati punye. Paling teruk mungkin terkencing dalam seluar. Kencing-kencing ni isu sensitif. Tapi deruan adrenalin 2 normal, tanda kita ni manusia bukan alien. Cakap memang senang, pung pang pung pang! Nak buat susah beb. HA! Kat sini la pentingnya praktis! Ambik cermin besar2, berdiri depan tu and praktis!
Ini kali ketiga practice tu muncul....

Kesimpulannya, PRACTICE MAKES PERFECT!

Ana raffali pun praktis entah berapa kali baru menang AJL. Tak suka ah. Gedixs u! Antara banyak-banyak performance, Siti jugak yang best!!!!